Percutian mendebarkan dan pengalaman indah

Tengahari baru kami bertolak , selepas kereta selesai diservice. Gear oil, minyak hitam, air, bateri semua telah diservice sebelum memulakan perjalanan.

tragedi dilebuhraya

Siapa boleh melawan takdir? Sekurang-kurangnya saya telah berusaha dan berdoa untuk memastikan perjalanan kami dalam keadaan baik.

Ada yang hantar sms : ” Kak Jie ni siapa? Tiap kali kereta breakdown, polis cepat saja escort”

Kebetulan saja tu, jangan mudah menilai apa yang gempaQ . Kak Jie bukanlah ‘somebody’. Makcik blogger saja.

Selain bersyukur kepada Allah kerana melindungi kami selalu – dengan sedikit ujian dan diberikan kami berganda-ganda pertolongan, ucapan terimakasih juga untuk Encik Plus Ronda 5B WQL 5618 dan 4B WQL 5725, Encik Polis trak tunda WNB 4295 dan pokok di tepi kilometer 230.5 arah utara kerana memberi ruang untuk kami berteduh dari terik mentari.

Anak-anak saya jerit : ” Terimakasih pokok….”

Walaupun Encik Plus Ronda memberi jaminan kereta selamat digunakan , saya rasa lebih baik kami singgah bermalam di hotel dan memulakan perjalanan keesokkan harinya. Kami masih dalam mood bercuti, jadi apa salahnya merasai percutian sepanjang perjalanan. Saya keluar di Parit Buntar dan kami singgah di hotel pertama yang ditemui – Damai Hotel Parit Buntar.

Dengan 2 bilik dulexe yang boleh diakses dari kedua-dua bilik, anak-anak yang terlebih teruja. Seawal 10 pagi kami dah check out.

air panas ulu legong

Pagi esoknya, awal-awal kami ( saya dgn 8 anak-anak ) ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling.

Saya pernah melawat Sari Ater Hot Springs, Bandung, Indonesia, Kolam Air Panas, Labis, Johor, Kolam Air Panas, Bentong , Kolam Air Panas Pedas , Kolam Air Panas Selayang dan Kolam Air Panas Hulu Tamu di Batang Kali.

Kalam Air Panas Ulu Legong ( Ulu Legong Hot Spring ) adalah yang paling besar, bersih dan disengara dengan baik. Tiket masuk untuk dewasa RM 4 dan kanak-kanak RM 2 rasanya berbaloi kerana ianya dijaga dengan baik.

feri pulau pinang

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Butterworth dan menyeberang Selat Utara-Selatan dengan menaiki feri.

Romantiknya kala hujan gerimis ….

ยฉKujie – esok sambung percutian hingga Selasa 23/12/2009 ,

Bila keputusan PMR 2009 keluar?

Keputusan PMR 2009 yang akan diumumkan pada 24hb Disember 2009.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Terasa rugi pula balik malaysia cuti tak ke kolam air panas legong.. aduhh!
    .-= Faridrashidi´s last blog ..Rumahku Bukan Syurgaku =-.

  2. Lain kali ajak Ira sekali ya…join akak gi jalan2…..Seronok nampak. :mrgreen:
    .-= Ira´s last blog ..Selamat Tahun Baru Hijrah =-.

  3. Bagi saya percutian yang seronok adalah pengalaman perjalan bukan sekadar destinasi percutian … bila kita sabar dan tenang dengan berbagai kerenah perjalanan itu yang membuat percutian lebih menarik.
    .-= denaihati´s last blog ..Dapat Duit dari Twitter =-.

  4. selamat bercuti.
    selamat pergi dan pulang
    .-= ariff´s last blog ..Tips Menjenamakan Blog Anda =-.

  5. sungguh seronok dapat bercuti dan jalan-jalan melancong. melancong untuk diri dan ber’honey moon’ sudah tetapi anak-anak belum lagi pergi kemana-mana (hu3).

    menanti sehingga kesemuanya kembali stabil.
    .-= megat´s last blog ..Menangani pasangan keras kepala =-.

  6. bestnye cuti..nak bercuti gak!!!!
    .-= mario´s last blog ..Bintang Porno-Rin Sakuragi Menggegar Indonesia =-.

  7. kak jie, bestnya bercuti jenjalan, me cuti gak tapi pengsan kat rumah..ha..ha..ha ๐Ÿ˜›
    .-= Little Mamaโ„ข´s last blog ..QUIZ: Salam Maal Hijrah 1431 =-.

  8. Bukan senang dapat duduk dalam longkang.. hehee… anyway, Alhamdulillah.. cuma kereta jam saja.. takde apa2 yang lain berlaku.. percutian kak Jie makin bertambah meriah sebab dapat tambah hotel penginapan ;). Kalau anak2 neeza, sangatlah suka.. ๐Ÿ™‚
    .-= Neeza´s last blog ..Jauhilah bidaah.. =-.

  9. owh bestnye tengok kak jie sekeluarga. adoi ai.
    cabaran aku akan bermula plak tak lama lagi.
    makin besar tanggung jawab lepas ni.

    ade rezeki bleh la jumpe besok. kedai tok penghulu bukak
    pada malam hari.
    .-= Kreuger´s last blog ..Info Kesihatan : Pendarahan ketika hamil =-.

  10. Pengalaman satu daalm sejuta tuh.
    Walopun diuji dgn peristiwa seumpama
    ini tetapi alhamdulillah semenya kembali
    lancar selepas itu.
    .-= Eriyza´s last blog ..Maal Hijrah 1431H =-.

  11. Cabaran menjadikan kita lebih kuat kan..Pastinya ia jadi pengalaman yang menarik dan indah kan kak jie..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Wa Kena Beb =-.

  12. syoknya bercuti….=)
    .-= zella´s last blog ..lupakan bung mokhtar.. inilah idola masa kini! =-.

  13. Dekat juga kita sebenarnya ya… :mrgreen:
    .-= kruel74´s last blog ..Hard Rock Hotel Penang : Wish you are here…. =-.

  14. aduhaii.. terasa terikut2 sama bercuti…cuti2 malaysia.. huhuhu

    hari ini masih lagi di rumah sendiri. menantikan org baru lahir ke alam fana .. huhuhu

  15. hehehe jalan2 akhir tahun ek kak? cam best je kolam air panas tu..nnt bila dh praktikal kt pgkalan hulu, leh la gi nnt..hehe
    .-= x-po´s last blog ..BAGAIMANA KALAU DAPAT TAHU MANDUL BILA DAH KAHWIN? =-.

    • @x-po, nak g sana, lalu depan rumah kak jie, jgn lupa say hai kat mak dgn ayah kak jie..hehehe

      tempat tu di buka 24jam

  16. Hotel Damai, pernah duk situ masa masih belajar di MRSM Transkrian. Ada pengalaman menarik dalam percutian kali ni..
    .-= beliamuda´s last blog ..Respon: HurulAini Memberikan Tip Tingkatkan Trafik =-.

    • @beliamuda, ok juga hotel dia…lagi pun itulah hotel pertama yg kami jumpa
      penat seharian bersidai tepi jalan…tak sabar nak mandi2 :mrgreen:

  17. better safe than sorry.. =)

  18. seronoknyeeee kalau dapat bercuti selalu…

  19. โ™ฅchentatikuโ™ฅ says:

    kakjie, alhamdulillah, walau Dia bagi kesulitan, Dia selitkan kemudahan..syukur..

    cuti2 malaysia ye..seronoknya!
    .-= โ™ฅchentatikuโ™ฅ´s last blog ..::sengal:: =-.

  20. “Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”…
    Saya sentiasa ingat ayat itu apabila ditimpa apa2 masalah…hati akan jadi lebih tenang dan sabar.
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Ikan laga bernama The Rock =-.

  21. wah kak jie! sakan ye bercuti… seb baik ade pokok tepi hiway bagi teduhan… kalaula rosak tu tang tempat yang langsung tade pokok kan ke haruuuu!! ๐Ÿ˜ฏ

    time cuti2 ni angahla paling berdebar sebab result dah nak kuar sangat dah tuuuuuuu ๐Ÿ˜›
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..365 hari menyulam cinta =-.

    • @~mrs azmi~, itulah..anak2 pun menjeri2 kt pokok yg berjuntai tu..terimakasih poko
      mesti pokok tu pun hepi sbb ada org terima khidmat dia ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

      result dia..hahaha..t.akut , sbb trial dia dpt 2A 6B ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

  22. catatan menarik sepjg percutian…8 org yer anak2 akak…mmg silap ejam panggil akak, kena panggil makcik nie, ejam pun ada 7 org jer adik beradik…
    .-= ejam´s last blog ..Kalendar 2010. =-.

    • @ejam, anak 3 orang je…. tu campur anak2 sedara ๐Ÿ˜†

      • @Kujie, lor yeker…hidup2 igtkan anak akak 8org…tapi kenapa semuanya lepak dgn akak? diorg amik kelas tambahan “Mari Jadi Blogger Bersama Kujie” ker…hehe

        waktu kecil ler mereka rapat, dh besar nanti ikut haluan masing2 jgn sampai selisih bahu pun tak ditegur mmg nk kena ler tu…
        .-= ejam´s last blog ..Kalendar 2010. =-.

        • @ejam, cuti2 skolah kan… lagi seronok kalu boleh menghabiskan mase dengan sepupu2 ๐Ÿ˜‰
          .-= ~mrs azmi~´s last blog ..365 hari menyulam cinta =-.

        • @ejam, anak kak jie 17thn, 15thn & 10 thn
          anak2 sedara mmg tiap thn bila cuti sekolah dtg ‘bersummer camp ‘ kat rumah kak jie
          ada sebelah suami, ada sebelah kak jie
          jadi…kejap jadi maklong, kejap jadi mak uda ๐Ÿ˜†

Trackbacks

  1. […] lebih 400 kilometer nak hantar Angah…eeeee…ngeri dan rasa fobia pula bila teringat kes percutian mendebarkan di tepi highway hingga menjadi berita tergempar Kujie dan Anak-anak ditunda oleh truck […]