Persiapan Sebelum Bercuti

Cuti sekolah datang lagi , yeah!  Esok saya dan Intan akan memulakan percutian kami dengan rancangan memandu lebih kurang 510 kilometer.

Memandangkan saya akan bercuti panjang dan tinggalkan rumah dalam jangka masa agak lama, banyak perkara² yang perlu disiapkan. Ini juga kali pertama saya akan memandu seorang diri ditemani Intan.

Saya akan ke Kuantan terlebih dahulu untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu dan kemudiannya akan memandu ke Tasik Kenyir .

Pertama kali akan bergerak sendiri, pertama kali akan melalui jalan tersebut ( Kuantan – Kemaman – Kuala Berang – Tasik Kenyir ) tanpa ditemani suami dan anak² bujang. Along tak cuti dan Angah baru mendaftar masuk kursus asasi di Kedah , 2 minggu lepas.

Yang paling teruja sebab dapat bercuti dan tinggal bersama suami sepanjang cuti sekolah ini…dia dah dapatkan rumah sewa untuk kami. Ini juga pengalaman untuk kali pertama..hihihi..sebelum ini dia di Algeria, manalah saya mampu nak pergi sana bercuti.

Nak layan perasaan teruja tu satu hal, nak tinggalkan rumah untuk jangka masa panjang pun nak kena buat persiapan. Macam inilah perkahwinan jarak jauh, saya dah terbiasa uruskan sendiri semua perkara. Ada beberapa perkara rutin yang perlu disiapkan sebelum bercuti, antaranya

  • Bayar semua bil yang sampai – astro, telefon , api , air dan kwsp. Bukan takut kena potong, takut lepas balik bercuti sibuk itu ini sampai terlupa
  • Pastikan semua sampah dikeluarkan dari dalam rumah.
  • Pintu, tingkap semua siap dikunci dalam keadaan selamat.
  • Kemas rumah, sebab saya tak suka kalau buka pintu waktu balik dari bercuti ternampak keadaan rumah yang bersepah.
  • Off dan cabut semua soket elektrik yang tak perlu.

Persiapan diri

  • Pakaian – saya akan tinggal di pendalaman dan akan menjelajah hutan – perlukan jeans , kasut dan stokin
  • Ubat – untuk sakit ringan – minyak angin dan panadol
  • Penjagaan diri –  keperluan asas , ubat gigi,  berus gigi, shampoo dan sabun
  • Charger kamera dan handphone
  • Toto , bantal dan tikar – saya biasa bawa untuk  keperluan tak terduga.

Untuk kereta juga perlu buat persediaan juga.  Moga perjalanan lancar dan selamat.

  • Saga FairLady saya baru diservice mengikut jadual berkala yang ditetapkan oleh pihak pengeluar.
  • Minyak enjin, air radiator, wiper, lampu  ( signal , depan, belakang, brek serta lampu kabus  ) semua dalam keadaan baik.
  • Dua hari lepas, saya dah tukar ke empat-empat tayar dan tayar ganti juga telah diperiksa berada dalam keadaan baik. Alignment/balancing pun baru buat.
  • Oh.. saya juga ada kabel jump start dalam bonet.

Saya cuma merancang dan bersedia, selepas itu berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga perjalanan kami anak beranak selamat pergi dan balik.

 

Apa lagi ye yang saya terlepas pandang ?

 

 

p/s – mulai besok, blog ini akan bersiaran secara ‘live blogging’

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ..kperluan diri smua wife sediakn..tp part utk kereta byk sya abaikn..peringatan yang dan tips yg berguna .tq
    Jom terjah post menarik dari chekmud ..TRIP UTARA 3H2 PART 2My Profile

  2. tapi kenapa tasik kenyir? bukan temenggor..kuala ahan ataupun sungai pergau? hehe
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Ciri-Ciri Suami yang Wanita Sekarang Takkan CariMy Profile

  3. Selamat berlibur.. 🙂

  4. Nampaknya semua dah siap sedia =)

    p/s-teringat iklan kat radio pe entah, last2 kicap jalen jugak yg lupa nak bawak…hohoho
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Dahri Utusan Maharaja Rom vs Imam MudaMy Profile

  5. Dah siap2 mau pergi untuk bercuti…
    Semoga perjalanannya lancar dan selalu mendapat perlindungan dari Allah SWT
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mendaftar dan Memasang Google Analytics di BlogMy Profile

  6. kak jie macam saya… saya pon suka travel yang mencabar. contoh aritu saya sorang dari UiTM Segamat ke Kedah. hanya nak jumpa kawan.. saya sorang je. dah lah kereta sewa.. tapi dengan yakin, dengan doa alhamdulillah selamat segalanya
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Kelebihan Membaca Ayat Seribu DinarMy Profile

  7. amat berguna tips ni.. hati-hati memandu
    Jom terjah post menarik dari Azydy ..Lelaki Kacak Kongsi 10 Gaya Lelaki KacakMy Profile

  8. selamat bercuti, semoga erat hubungan kekeluargaan
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Balik KampungMy Profile

  9. bawa keta jangan laju-laju aa..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Mencintai Ain Maisarah – Part 1My Profile

  10. Assalamualaikum,
    Selamat bercuti, kak Jie dan Intan. Moga selamat dan dilindungi Allah sepanjang perjalanan.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..No Plat WWW 1 Berharga RM520,000My Profile

  11. selamat bercuti kak jie!! 🙂
    Jom terjah post menarik dari norf ..Tips Untuk Berubah – BertudungMy Profile

  12. Salam,

    Hiks jelesnyeeee, andailah Yan berani nak drive jauh2 macam kakjie ni, dah sampai gamaknye ke Kerteh sob…sob… rindu kat suami hehee, nama je outstation dalam negara tapi Ya Allah susahnya nak dihubungi, dah masuk dalam loji telefon xdibenarkan bawa masuk, kalau outstation oversea senang je nak contact huhuhu.

    Nasib jugalah dah terbiasa dengan perkahwinan jaraj jauh ni, tapi kalau makan tahun tu rasanya xkuat kot, kena menuntut dengan kakjie heheee
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Kek Tiramisu ComelMy Profile

  13. Wah, bercuti bersama suami terchenta ! ehehehehe …
    Semoga cuti kali ini penuh pengisisan yang sangat menarik. Hati-hati sepanjang perjalanan Kak Kie. 🙂
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..PANTUNMy Profile

  14. Selamat Bercuti kak jie. Amboi persediaan kak. Kemain lagi. Memang power !
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Blog Hariz Berwajah BaruMy Profile

  15. Sekarang ini sudah mudah untuk bayar bil. Saya kalau tidak sempat akan bawa balik bil bayar dikampung secara online. 🙂

    Sebenar tidak ada alasan untuk membayar bil kerana kemudahan pembayaran online boleh dibuat selagi ada liputan broadband.

  16. sekejap je sampai tu kalo naik fairlady.. 🙂

    selamat bercuti, selamat memandu dan selamat menghabiskan masa bersama keluarga tercinta semoga semuanya selamat..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Bukti cinta muMy Profile

  17. #untunglah cuti-cuti Malaysia. Semoga selamat pergi dan balik.
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Walkhunt sempena Hari Belia Negara Peringkat Parlimen Sepang 2012.My Profile

  18. waaaa….selamat menjelajah…enjoy the trip.
    jangan lupa bgtau jiran @ balai polis berdekatan @ sesapa yg boleh dipercayai utk ronda2 kat area rumah masa ditinggalkan.

    benda2 lain yg selalu saya bawa kalau berpergian beberapa hari..
    * wayar extension
    * iron kecil
    * ubat2 basic seperti utk demam/tahan sakit,selsema,pening,cirit-birit,senak.
    Jom terjah post menarik dari ieda ..SEJARAH PANDU MALAMMy Profile

  19. Lupa lak… berhati2 dalam perjalanannye..
    Jom terjah post menarik dari KesumaAngsana ..Hadiah Tak Disangka – AlhamdulillahMy Profile

  20. selamat bercuti k.kujie.. samalh kita tgh membuat preparation ke arah tu… minggu depan

  21. iza~de~bintang says:

    Selamat bercuti Kak Jie & Intan…hati-hati di jalan.
    Dah ke Kenyir tu boleh lah bawak joran sekali, boleh mancing kelah, baung, patin wow…hari-hari makan ikan segar 🙂

  22. Lampu suluh penting juga…kalau perjalanan sampai malam.Selamat bercuti Kak Jie…semoga perjalanan selamat pergi dan pulang.
    Jom terjah post menarik dari azman ..LELAKI KACAK TERAKHIRMy Profile

  23. cikedis says:

    kak jie pg ke balai polis terdekat bgtau yg kak jie takde pada sekian2.. senang polis nak buat rondaan..

  24. UpProfits says:

    Jauh perjalanan kak Jie.. 😉
    Jom terjah post menarik dari UpProfits ..Himpunan Jutaan Belia di PutrajayaMy Profile

  25. ok jumpa di sana!