Rock Music Di Pusat Sains Negara

Siri jelajah Cuti-cuti Malaysia kali ini adalah melawat Pusat Sains Negara. Tempat paling kerap saya lawati kerana sentiasa menjadi pilihan anak-anak dan menjadi salah satu tempat menarik untuk membawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur.

GPS Kordinat Pusat Sains Negara – 3.149761,101.644819

 

Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik.

Geodesic – The term “geodesic” comes from geodesy, the science of measuring the size and shape of Earth; in the original sense, a geodesic was the shortest route between two points on the Earth’s surface, namely, a segment of a great circle. The term has been generalized to include measurements in much more general mathematical spaces; for example, in graph theory, one might consider a geodesic between two vertices/nodes of a graph – wikipedia.org

Pusat Sains Negara dibina untuk meningkatkan kefahaman di dalam bidang sains dan teknologi serta untuk menggalakkan budaya celik ilmu dengan menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi.

Berjalan melalui terowong akuarium dan melihat kepelbagaian ikan air tawar tropika dan kami bertuah kerana waktu lawatan bertepatan dengan waktu sesi menyelam dan memberi ikan makan.

Antara galeri yang terdapat di Pusat Sains Negara :

  • Akuarium
  • Laluan ke alam sains
  • Alam mesin pintar
  • Dunia era hadapan
  • TeknoMal
  • Gaya hidup digital

Taman Pendidikan Sains – Biodiversity

Waktu lawatan kami sebenarnya telah tamat tempoh untuk sesi pameran dan aktiviti tetapi kakitangan PSN yang masih bertugas untuk mengemas segala peralatan mereka masih sudi memberi serba sedikit penerangan dan melayan berbagai² pertanyaan.

Di  dalam makmal Biodiversity Area kami belajar ujikaji bagaimana tumbuhan menyerap cecair dengan ujian sekuntum bunga kekwa putih dan cecair berwarna.  Melihat liang roma tumbuhan di bawah mikroskop dan mengenai beberapa fakta menarik mengenai serangga.

* Kepompong rama-rama lebih kecik berbanding kepompong kupu-kupu.

Taman Pendidikan Sains memberi peluang kepada para pengunjung menjiwai sains dengan memahami biologi haiwan dan tumbuhan menerusi taman-taman temanya seperti Taman Arnab (Rabbit Alley), Taman Alam Semulajadi (Nature Centre) dan Taman Burung (Bird Aviary).

Demonstrasi Sains di Auditorium Quantum

Demonstrasi Sains yang disampaikan oleh En.Mohd Aziz  mengenai fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian seperti tindakbalas kimia, ilusi optik dan elektrostatik.

Ekperimen akhir seperti persembahan kemuncak artis dengan asap berkepul-kepul dalam rancangan muzik Juara Lagu.

Program berlangsung setiap jam 12.00 pm, 2.00 pm dan 4.00 pm.

Disepanjang laluan PSN terdapat banyak Sudut Eksperimen Sains dengan pelbagai jenis eksperimen sains yang bercorak ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dan membina perasaan ingin tahu terhadap sains.

Bermula 1 Dec 2010 hingga 31 May 2011 ada pameran Dinos Alive!

Sumber dan rujukan – Pusat Sains Negara

Tempat lain yang sesuai bawa anak bercuti – [link]

Nota : Dapatkan maklumat di kaunter infomasi supaya tidak tertinggal aktiviti² yang telah dirancangkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  1. Pingback: Tempat sesuai bawa anak-anak bercuti | kujie2.com

  2. Pingback: Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010 Di Muzium Negara | kujie2.com

  3. Pingback: Kembang Perawan Di Taman Orkid Kuala Lumpur | Hidup Biar Sedap