Santuari Ikan Sungai Chiling


Tanpa rancang, adik dari Tanjong Malim telefon ajak pergi mandi manda bersama ikan kelah di Santuari Ikan Sungai Chiling , Kuala Kubu Bharu . Dia pernah ke sana , kami saja yang belum.

Santuari Ikan Sungai Chiling merupakan habitat semula jadi ikan kelah yang terdekat untuk dikunjungi orang ramai dengan bayaran  kemasukan RM 1.00 seorang. Pelawat hanya dibenar melihat dan memberi makan tidak dibenarkan memancing ikan kelah.

Memandu melalui Ampang Pecah – Kuala Kubu Baru arah ke jalan Bukit Fraser mesti melalui Empangan Kuala Kubu Bharu. Saya melihat proses pembinaan empangan ini dari mula hinggalah sewaktu sudah dilimpahi air.

Selepas empangan, mesti jumpa jambatan sempit yang klasik ini. Park kereta selepas jambatan kerana jalan masuk utama Santuari Ikan Sungai Chiling berada di sebelah kanan.

Park saja kereta, nampak adik dan keluarganya tengah berkelah makan tepi kereta.  Adoi… kata nak berkelah tepi sungai, ini makan tepi jalanraya.  Tak menyempat-yempat!

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan memasuki kawasan laluan ke Santuari Ikan Sungai Chiling.

Saya snap signboard tersebut tetapi tidak membacanya!

Ohhh…….sungguh kecewa !

Selepas berjalan masuk hampir 50 meter, ternampak pintu masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling ini ditutup.  Pusat ini dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja!  Hari ni Khamis….. tak ada rezeki lagilah nak mandi sambil  bermanja-manjaan dengan ikan kelah.

Kami berpatah balik dan turun melalui susur jalan ke bawah untuk mandi.  Menuruni tebing jalan hanya berpaut dengan akar² pokok.  Tak dapat masuk , mandi sekadar dipinggiran pun cukuplah.

Hanya kami adik beradik anak beranak mandi di sini. Mana orang lain? hahaha…semua masih bergumbira ber’open house’.


Ini rakaman secara amatur yang dibuat oleh adik saya pada kunjungan ke Santuari Ikan Sungai Chiling.

Moral of the story :

  1. Dapatkan maklumat sebelum redah!
  2. Apa juga keadaan, masih ada cara untuk menikmati hari dengan lebih indah!

Bagaimana untuk ke lokasi Santuari Ikan Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu.

Dari Kuala Lumpur ke Rawang, terus ke utara melepasi Serendah, Batang Kali dan Rasa. Belok kanan ke Ampang Pecah sehingga simpang tiga Kuala Kubu Bharu. Belok kanan ke arah Bukit Fraser sehingga melepasi Empangan Kuala Kubu Bharu.

 

Entri pengalaman ke Santuari Ikan Sungai Chiling

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    Woohoo.. meriahnya… tak pernah tahu plaks ada tempat berkelah kat situ, aritu lalu gak jalan tuh waktu konvoi naik motor naik ke bukit fraser. :D nanti bolehlah cuba pergi plaks…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Blues hari rayaMy Profile

  2. Ex says

    kawasan ni kawasan hutan simpan & kawasan pemeliharaan ikan.. limit hari utk penjagaan.. nak masuk pon kene bayar sorg RM1.. klu nak best dr pintu masuk tu jln kaki 45-60min.. ade air terjun yg sgt best..

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge