Press "Enter" to skip to content

Segak Setia Pengawal Istana Negara

Setiap kali melalui kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong ini, Intan minta untuk  berhenti melawat.   Dia teruja melihat banyak  bas persiaran membawa pelancong berhenti di sini.

Istana Negara patut dimasukkan di dalam senarai tempat yang sesuai membawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur.

beratur dengan pelancong asing untuk ambil gambar disini

Akhirnya petang Ahad 2hb Mei 2011, hajatnya terlaksana. Dalam perjalanan balik dari Serdang kami berdua membelok memasuki  perkarangan Istana Negara yang terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra.


Kebetulan tepat jam 4.30 petang kami berpeluang melihat para pengawal istana melakukan rutin tukar giliran bertugas.


Amat kurang pelancong tempatan di kawasan ini. 99% adalah pelancong putih gebu – China, Taiwan atau pun Korea.

Mengikut sejarah, bangunan Istana Negara adalah rumah kediaman   seorang jutawan, iaitu Encik Chan Wing yang dibina dalam tahun 1928 .

Pada waktu pemerintahan Jepun (1942-1945 ), bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun.  Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan diubahsuai sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sehingga tahun 1957 sebelum dibeli oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan Istana Negara.

Akhirnya… sampai juga saya menjejak ke tepi perkarangan Istana Negara yang menjadi  salah satu tempat menarik  untuk dilawati di Kuala Lumpur.  Intai dari luar pagar sudah mencukupi , sekurang² saya pernah ke sana walaupun dah 1000 kali melalui jalan ini.

Lokasi Istana Negara, Kuala Lumpur

 

Intan tanya ” makcik, pakcik dah pernah pergi sini?”

 

Edit :  Akhirnya 29/4/2012 – kami berjaya memasuki kawasan Istana Negara –  Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita

44 Comments

  1. Rodziah bt Bakar Rodziah bt Bakar

    Assalamualaikum…….. sangat menarik, menarik gaya penyampaian laman ini. Tahniah!

  2. damha damha

    saya lom sampai lg le…he3333 😥

  3. malu dengan soalan intan.. selalunya lalu depan jer.. mungkin penah pergi, tapi masa kecik2 dulu. skg tgk2 je.. kdg2 nmpak pengawal atas kuda.. lalu je pun, tak singgah.. hahaa.. malu..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Kat Mana Korang Simpan DuitMy Profile

  4. ianya dulu memang kediaman seorang pelombong bijih besi yang dah kaya, zaman tu memang rumah dia ler yg besar raksasa je ada. dia warga cina, miskin, berhijrah ke sini dan meletopp
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Cerita tv dan siputMy Profile

  5. Tak terjejak pun lagi.Mana tahu rezeki dapat pingat ke apa.Amin.:D
    Jom terjah post menarik dari haiqal ..Obama Vs OsamaMy Profile

  6. puteraduyong puteraduyong

    alamak…pertanyaan akhir tu membuatkan saya tersedar seketika… dan berazam untuk singgah seketika… 🙂
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..INI BUKAN SUMPAH LAKNATMy Profile

  7. menarik juga kalau dpt bergambar dgn pengawal istana..bkn kt London je ada. =)

  8. Assalamualaikum,
    Saya pun belum pergi…entah-entah dah sampai 1 juta kali apa lalu lalang depan pagar tu…

    Errrr intan kawad sebiji je macam pengawal tu…SENAMMMMM DIRIII hu hu hu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Cinta IniMy Profile

  9. Tak ingat le dah pergi ke belum. kalau pergi pun semasa lawatan sek men dulu. dah tak ingat…sama mcm tak pergi jugaklah.hehehe
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..3 Hari 2 MalamMy Profile

  10. syafiq syafiq

    pakcik tak pernah pergi lagi sini cu… 😆
    Jom terjah post menarik dari syafiq ..Wordless Wednesday 1My Profile

  11. maza sudah tinggal di KL ini hampir 15thn.. tapi sekadar lalu lalang sahaja di muka pagar istana negara dgn motor kapcainya.. huhuhu

    err.. kalau tak silap tahun lepas atau dua tahun lepas negara kita diberi penghormatan oleh Sultan England dengan menjemput askar kita mengawal salah sebuah istana hebat mereka.. hehehehe

    dengar kata, peluang ini hanya diberikan kepada negara2 Commonwealth.. hmmm?!
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Garden of Eden- Kontes sudah tutup daaaMy Profile

  12. oh..baru tau diorang nak tukar shif pun ada acara nya jugak eh? hehe….lansung x pernah pg…

  13. Hisyam Hisyam

    Rugi kak jie tak buat cam dalam citer mr bean tu. Hahaha.
    Jom terjah post menarik dari Hisyam ..Pekerja Fikir Dan Tak FikirMy Profile

  14. Abang guard tu mesti tak bergerak cam lam cite mr bean kan
    Jom terjah post menarik dari Razlan ..Panduan Asas TemudugaMy Profile

  15. 😳 Malunya bila ramai foreigner yg pegi. Sebab saya dah plan beberapa kali nk singgah tapi belum terlaksanan hasrat di hati

    patt: akak, sy tak pandai la nk tukar ikon yg mcm org marah kt tepi ni. cemane nk tukar? buruk la die wat muke cm tu. maaf kak sy budak br dlm dunia blogging ni
    Jom terjah post menarik dari nisa ..Runtun Hati Ini My Profile

  16. date 2 mei betul dah, hari je yang salah….bila cuti je ingat Ahad, rupanya hari tu Isnin :mrgreen:

  17. Adilla Harun Adilla Harun

    Elok juga tu. Tak lama lagi cuti sekolah. Agak-agak tak berjalan jauh, Insyaallah, boleh jengah-jengah ke sana.

  18. adeh.. terasa! beribu kali lalu tak pernah singgah situ :mrgreen:
    cuma jeling2 bas persiaran yang banyak kat situ… semalam 1st time saya jejak kaki ke TUDM sg besi yang selama ni cuma nampak signboard dari jauh jer.. 😆
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..kecelaruan identitiMy Profile

  19. biasa gak lalu situ, tapi lom penah singgah lagi :mrgreen:

    *rasanya ahad 1 mei kan kak jie?
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Promosi SD2 Mei 2011My Profile

  20. cuba ambil sedikit masa utk menikmati apa yg kita ada skrg….cewaahhh…org dah pergi bolehlah ckp kat org yg belum pergi…hehehe

  21. tujuan entri ni d publish mmg nak suruh kawan2 g melawat….huhuhu

    sbb mmg tau ramai yg tak pernah singgah 😆

  22. satu hari..kena berhenti juga sekejap
    sekurang2nya boleh sama level dgn pelancong asing tu yg dtg jejauh dah jejak 😆

  23. Nak kena cari info jadual waktu acara2 tu… belum jumpa. Nasib baik main terjah hari tu dapat jumpa acara tukar pengawal tukar shif

  24. Nanti kalau datang KL, masukkan Istana Negara tempat untuk disinggah ye.. 😆

  25. anak2 belum jerit2 nak pergi lagi kot :mrgreen:

  26. hehehe..mak long gebu kelabu taik anjing :mrgreen:

  27. hehehe…baik punya alasan :mrgreen:

  28. Hari-hari lalu sebelah istana negara tapi tak tau bila boleh jejak kaki ke sana

  29. Dok lalu je pun..
    Tak pernah la pulak singgah..hehehe :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Happy Birthday NoinMy Profile

  30. sekadar lalu je, tgk dr tgkap bas tiap2 kali balik kmpung T_T

  31. SHIMI SHIMI

    memang seswai untuk bawa anak2. Time ada kuda pun best gak tengok depa kawad.

  32. azura azura

    tak pernah lagi menjejakkan kaki di perkarangan Istana Negara…dan amat jarang sekali ke Kuala Lumpur…kali terakhir melalui susur jalan ke Istana Negara sewaktu ke Hospital Kuala Lumpur hampir 2 tahun lalu…tahun ini rasanya belum sekali pun jejak ke KL…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Iklan Cadbury dan Kak Ceera oh so sweetMy Profile

  33. Selalu lalu depan Istana setiap kali ke Bangi tetapi tidak pernah singgah 🙂

Comments are closed.