Sze Yeah Kong Rawang

Tak berapa nak sihat sebenarnya. Tak lah teruk sangat. Dedor ( the door ) aje kata orang.

gambar tahun baru cina

Hari Sabtu lepas, saya hadir event blogger di Carcosa Seri Negara dengan 2 anak sebagai peneman.  Kemudian melawat adik bongsu yang sarat menunggu hari di Jalan Klang Lama.  Lepas maghrib baru balik.

Gambar kami gunakan Sony Alpha5000 yang boleh flip skrin 180º untuk ambil gambar self-potrait.  Korang kena tengok spec kamera ni di sini http://bit.ly/1bHwIzo

Dah beberapa kali saya nak singgah di sini, tetapi selalunya berdua saja dengan Intan.  Kali ni ada anak lelaki, kami pun singgahlah sekejap.  Ambil gambar dua tiga keping.

Tokong Sze Yeah Kong, Rawang

Tokong Sze Yeah Kong , Rawang yang dibina pada tahun 1869. Lokasinya bersebelahan Rawang Walk dan Wisma Etonic ( Parkson Rawang )

 

penjaga tokong

Apek ni punya teruja tengok kami masuk kawasan yang biasanya orang Melayu takut nak masuk. Dia siap nak bergambar sekali  dan betul-betulkan “remos’ rambut dengan air liur.

 

tanglong

Intan berdiri kat belakang ni..dia cakap ” semua tu gambar Intan ambil, jangan lupa bagi kredit”

Dengan mama sendiri pun nak berkira. :p

Nota : Hujung minggu ada percutian keluarga…dah lama kami tak sekeluarga ( 5 orang ) bercuti bersama. Last tahun lepas waktu bercuti tengok LIMA2013 kat Langkawi.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Hahaha..bersemangat betul uncle tu ekk nak bergambar..siap baiki rambut lagi tu..hehe
    Jom terjah post menarik dari Pondok Papan ..Langgan Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 SEKARANG!!!My Profile

  2. Memang jarang orang melayu nak masuk tokong ni. Tambahan lagi bukan tempat pelancongan lagilah tak masuk.
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Roti Subway Malaysia Selamat DimakanMy Profile

  3. Cantik hiasan lampu tanglung di waktu malam.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Apa lelaki mahu dan apa wanita nakMy Profile

  4. view yang cantik……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..MESSTIN KARATMy Profile

  5. dari cara intan pegang kamera tu macam guna dslr je.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Hand phone AP atau OriginalMy Profile

  6. intan nampaknya ada potensi jadi photographer yang bagus..:D kak jie kena belikan die DSLR nampaknya nanti..ehehe
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Rahsia Ambil Gambar Waktu Malam Menggunakan HandphoneMy Profile

    • Ada seketul canon, tapi hangat2 taik ayam je nak guna tu
      sekali pakai hp je juga
      dia ada frame view yang org lain tak terfikir, itu je
      remaja usia 15 thn buang masa kat twitter dan facebook , dia menjelajah instagram tengok gambar orang lain
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sze Yeah Kong RawangMy Profile

  7. lama tak menjengah kat blog akak …bz kerja banyak …antara blog fav saya ….
    syok boleh tgk merah2 warna tanglung tue

  8. Cantik gambar tanglung view dari bawah. apek tu rugged betul.
    Jom terjah post menarik dari Fadhil ..Jalan-Jalan di Taman Saujana Hijau PutrajayaMy Profile

  9. hahahha, kena bagi kredit tu yg x tahan… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Rahsia Empayar Hartanah Untuk Pelabur HartanahMy Profile

  10. Teruja apek tu, kalau bukan islam datang masjid nak tgk2, kita pun rasa bangga hehehehe..
    Jom terjah post menarik dari azman ..Wakaf Al QuranMy Profile