Tanpa Papantanda, GPS Temukan Kami Dengan Jambatan Pulau Bunting

jambatan pulau bunting sedaka yan

Ketika berada di puncak Gunung Jerai, pasti akan nampak sebuah jambatan yang menyambungkan tanah besar ke sebuah pulau nun jauh sayup mata memandang.  Menurut petugas resort di puncak Gunung Jerai, itu adalah  Jambatan Pulau Bunting yang terletak di daerah Yan, Kedah.

Kami mengambil keputusan untuk pergi ke jambatan tersebut.  Agak pelik kerana binaan sebesar itu tiada dalam lokasi perlancongan di negeri Kedah.  Apa yang misterinya?

gunung jerai nampak pulau bunting

Berpandukan GPS, kami turun dari Gunung Jerai dan memasuki Jalan Sedaka di Daerah Yan. Tanpa papantanda, akhirnya kami pun sampai juga ke Jambatan Pulau Bunting selepas melalui jalan tanah dan batu, lopak dan semak samun.

pulau bunting , yan

Khabarnya projek politik ini terhenti apabila bertukarnya kerajaan di Kedah dan sekarang menjadi port memancing yang popular.  Ada beberapa peniaga yang menjual kuih dan minuman di jambatan tersebut dan turut menyediakan sewaan motorsikal dengan hargal RM 5 sebuah.

 

jalan masuk ke jambatan pulau bunting sedaka

Inilah jalan masuk ke Jambatan Pulau Bunting tersebut.

jambatan pulau bunting yan

Jambatan sepanjang 2.3 Kilometer ini milik JKR dibina antara tahun 2002 hingga 2005 oleh Gamuda.  Ianya menghubungkan Dulang Kecil,Yan ke Pulau Bunting yang tidak berpenghuni.

jambatan pulau bunting sedaka yan

Binaan jambatan ini memang cantik tetapi apabila tidak disenggara dengan baik, ada binaan yang telah rosak atau bersepah.  Pemandangan yang cantik itu diburukkan lagi dengan sikap pengunjung yang membuang sampah seperti plastik, botol minuman merata-rata.

gunung jerai dari pulau bunting

Berapa agaknya nilai Gajah Putih ini?

gerbang jambatan pulau bunting

Jambatan dengan gerbang ( arch ) di bahagian tengah.

 

17 Replies to “Tanpa Papantanda, GPS Temukan Kami Dengan Jambatan Pulau Bunting”

  1. Projek Jambatan Pulau Bunting… saya baru pagi tadi ke sana, rasa sedih sangat2 kenapa projek yang telah diluluskan tidak di teruskan. Jangan kita menunding jari mencari siapa yang salah. Saya berharap pihak yang berwajib dapat meneruskan projek pulau Bunting agar ia tidak menjadi projek gajah putih.

    1. Inilah projek yang tak ada hujung pangkal…. sekejap nak buat pelabuhan, sekejap nak buat refinery, sekejap nak buat power station, sekejap untuk pelancungan. Memang projek politik dan pembaziran….buat dulu baru nak minta kelulusan dan memang tak lulus pun sebab tu tak boleh dibuka. Jambatan ni dah terbiar beberapa tahun sebelum bertukar kerajaan yang ada sekarang.

    1. kalau dah terbentang depan mata, mesti nak tau dan nak pergi
      rasa pelik kerana benda cantik besar mcm tu…tak pernah diwartakan atau dipromosikan…. sbb tu teruja nak pergi tengok.

      tahun lepas dah nampak tapi masa tu kami anak beranak je… tak berani sgt nak menjelajah mcm tu…

      tempat ni post org rempit dan muda mudi dating…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Stalaktit dan Stalagmit Di Gua TempurungMy Profile

  2. Pernah lalu disini tetapi tak pernah ke jambatan. Ada apa bila sampai ke hujung jambatan kak Kujie?

    GPS pernah membawa kami sekeluarga melalui jalan perkampungan SIAM dari Machang, Kelantan menuju Ke Jitra.

    Sangat membimbangkan, tetapi ia pengalaman perjalanan.
    Jom terjah post menarik dari hisham ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  3. syok la kak, adventure sungguh…
    dayah rasa dah bertahun dayah tak explore benda benda cam gini…
    kalau dulu tu , memanjang je ambik tahu..
    kalau skrg , dyh belum tentu jejak kaki ke jambatan nih .. takat dgr cerita je la.. sejak beberapa tahun nih tak lasak dah..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..apa yang kita mahu dalam hidup kita?My Profile

Comments are closed.