power bank yoobao

Tasik Kenyir Aku Datang!

tiket bas ke tasik kenyir
Tiket dah beli, merancang mencari sebanyak maklumat untuk bercuti lagi.

Setelah ke utara ( Kota Kuala Kedah , Wang Kelian, Gua Kelam , Gua Tempurung, Gunung Jerai dan Pulau Bunting ) dan ke selatan ( Kembara Komuter Seremban ) , kali ini saya akan ke timur .  Cuti sekolah tahun ni memang berjalan sakan!

Tasik Kenyir Aku Datang!

Saya dan Intan akan menaiki bas melalui Hentian Putra dan ini adalah kali pertama  kami menaiki bas ke Tasik Kenyir.  Seronoknya nak naik bas macam budak tadika tak sabar nak ikut rombongan sekolah.

Cara untuk ke Tasik Kenyir :

  • Jika dari Kuala Lumpur – ikut Lebuhraya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau-Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang (kira-kira 413 km )

Nota : selepas Bandar Al Muktafi Billah Shah, kira-kira 10 km, ambil kanan ke Lebuhraya Pantai Barat – Kuala Terengganu dan keluar di Ajil. Teruskan ke Kuala Berang. Lebuhraya ini baru dibuka.

  • Dari Kuala Berang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir kira-kira 35km.

Atau jika memandu sendiri, boleh gunakan laluan :

  • Dari Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang ( kira-kira 200 km )
  • Gua Musang – Felda Aring – Pengkalan Gawi , Tasik Kenyir ( kira -kira 159 km)

Kalau menggunakan perkhidmatan bas – beli tiket di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Bas Kenyir Express dengan harga tiket  RM 44.40 ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bertolak setiap jam 9 pagi dan 9 malam.

Ini kali ke-3 saya ke Tasik Kenyir.  Suami saya bekerja di kawasan tasik tersebut  – Projek Empangan Hidroelektrik Puah

Saya cuma ke Tasik Kenyir, bukan bercuti di Tasik Kenyir.  Kami dah tempah bilik di Legend Resort Cherating dan bercadang untuk ke Muzium Sungai Lembing dan Pekan, Pahang.

 

 

power bank yoobao

Bila  bercuti seperti ini, penggunaan bateri telefon adalah satu perkara yang perlu difikirkan.  Selain untuk mengupdate live blogging, saya kerap gunakan untuk carian maklumat tempat menarik dan GPS.

Jadi saya  beli  power bank.  Ada pelbagai  jenama, saiz dan bentuk.  Saya beli  Power Bank Yoobao kapasiti  6600mAh secara online. Set power bank ini ada kabel micro-USB ( Samsung, Blackberry ) , Apple (iPhone, iPod, iPad) dan Nokia.  Boleh cas kamera juga.

Setelah ujian  dilakukan, power bank ini boleh mengecas telefon Samsung Galaxy S3 sebanyak 15% dalam masa 10 minit.

 

©kujie – blog saya dihinggap malware sejak Sabtu, maaf kepada blogger yang terkena jangkitan  berpunca dari blog ini.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Tasik Kenyir Aku Datang!”

    1. tapi pemandangan sangat cantik…damai sepaanjang laluan tepi tasik tu.

      laluan tak elok tu taklah panjang sangat tapi itulah laluan paling dekat suami saya berulang alim ke Sg Tembat & Puah

  1. harus bawa joran bersama. baru dapat impact keriangan maksima.. hahaha

    wah, muzium sg. lembing baru sekali maza panjat.. itu pun di sekelilingnya sahaja.. masuk ke dlm belum lagi. ahaks..
    Jom terjah post menarik dari maza ..Malam di Sungai KuantanMy Profile

Comments are closed.