Press "Enter" to skip to content

Team Liverpool Land Surveyor

Semalam Sabtu 12/05/07, seawal 7 pagi , saya dan keluarga dah keluar dari rumah. Dalam rancangan akan ke Labis, Johor untuk ambil beberapa point untuk as-built. Singgah site di Bandar Tun Hussein Onn hingga jam 10.30 pagi. Kemudian kami bergerak ke Labis.

Selepas Tangkak, kami singgah Air Terjun Gunung Ledang. Agak kecewa dengan tahap kebersihan di sini…sampah di mana-mana!
Jam 3.30 petang kami terus perjalanan ke Labis. Kat Labis ada satu restoran yang kerap kami singgah bila ke sana. Restoran Mee Bandung Muar…. dengan 3 mee bandung dan 2 nasi ayam…kekenyangan. Kemudian kami ke site di tepi landasan keretapi untuk ambil beberapa point untuk as-built. Kali ini kami berkerja sekeluarga. Anak-anak dah besar dan dapat membantu. Kiranya ini adalah percutian 2 dalam 1.

Tengok anak- anak lelaki saya, masing-masing dah setinggi abah dia dan semuanya peminat fanatik Liverpool!

Tengok curamnya bukit.

Team Liverpool Land Surveyor! Girl yang comel tu bakal Pengurus..he he
Selepas siap kerja kami balik. Team yang kerja kepenatan..saya memandu sampai rumah. Jam 10.30 malam dah sampai rumah, tengok AF5.

3 Comments

  1. Jie Jie

    wslm EQ

    thanks ucapan tu…

    huwawa…ko nk tnya psl anak sulong tu ke….psl somi sulong akak nie dik non oiiii….. nk keja hambat punggai dgn sipar….huk huk….

  2. Equilibrium Equilibrium

    askum
    hepi mother’s day kak

    errrr…..bape umoq anak sulong tu???cam sepadan jek!!!muahahaha

    best regards,
    equil

Comments are closed.