Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…

Assalamualaikum dan salah sejahtera kepada rakan pembaca blog kujie2.com. Ini adalah entri pertama yang dihasilkan di HQ (ceruk dapur, rumah sendiri )selepas hampir 12 hari meninggalkan rumah untuk bercuti.

Walaupun saya dapat mengupdate blog dengan entri terkini dari mana-mana lokasi saya berada tetapi feel mengetuk keyboard dengan irama tersendiri adalah satu perasaan lahir dari jiwa gagal dicapai. Bagaimana canggih sekalipun gadjet yang membolehkan kemaskini dilakukan dalam perjalanan, duduk dikerusi yang spannya keras sebati papan lapis kerusi ini jugalah yang selesa.

Puasnya dapat berada semula di depan skrin desktop …

Entri kali ini saya cuma ingin berkongsi gambar-gambar cerita perjalanan pulang dari Tasik Kenyir dengan menempuh perjalanan hampir 453 kilometer dengan masa 11 jam 30 minit. Perjalanan yang panjang dengan mengutip seribu satu pengalaman. Perjalanan ini sendiri adalah percutian seribu satu kenangan.

Kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi dari Kampung Pasir Simpul,Kuala Berang, Hulu Terengganu. Saya suka perjalanan pagi…………kabus berbalam-balam disebalik puncak gunung ganang. Udara yang bersih dan saya sukakan hijau……..hijau….hijau!

Kami berhenti disetiap tempat yang menarik untuk merakamkan kenangan.  Sepi dan damai – kicau burung memenuhi suasana.

Saya suka pokok .  Setiap jenis pokok mempunyai bentuk tersendiri.  Batangnya, dahannya atau daunnya membentuk struktur fizikal yang menarik.

Pokok yang cantik, bila mati pun masih nampak cantik!

Sesekali ternampak burung terbang di angkasa. Hebang sedang mencari sarapan pagi!

Semua gambar burung terbang ini diambil sewaktu kenderaan kami sedang bergerak menggunakan kamera kompak.

Singgah di Santuari Gajah Sungai Ketiar. Terdapat 2 ekor gajah dewasa dan seekor anak gajah. Menurut staff yang bertugas, ini adalah penempatan sementara sehingga pusat pemeliharaan kekal siap di Pengkalan Gawi. Santuari Gajah Sungai Ketiar dikendalikan oleh Jabatan Pelihitan terletak bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut. Pelawat boleh mengambil gambar, memberi makan, menunggang gajah dengan diawasi petugas selepas jam 2 petang secara percuma.

Sebenarnya laluan Tasik Kenyir – Gua Musang adalah laluan biasa bagi haiwan ini. Menurut petugas, terdapat lebih kurang 50 ekor gajah yang hidup liar disekitar kawasan ini dalam beberapa kelompok. Sekarang adalah musim air sungai cetek jadi lebih kerap untuk melihat gajah di laluan ini kerana gajah-gajah akan bergerak melintasi sungai.

Gambar yang diramakan oleh suami sewaktu dalam perjalanan balik dari kerja beberapa hari sebelum itu. Sekumpulan gajah berada di tepi lebuhraya sewaktu hujan lebat.

Trivia:

  • Gading gajah Asia dalam bentuk padu berbanding gading gajah Afrika yang kosong dan berongga.
  • Telinga gajah Asia lebih kecil berbanding telinga gajah Afrika
  • Kedua-dua jantina gajah Afrika mempunyai gading, sedangkan hanya gajah jantan Asia yang bergading

 

Melepasi sempadan daerah dua negari Terengganu dan Kelantan hampir jam 10.00 pagi.  Cuaca masih lagi berkamus.  Sebenarnya kami dari laluan bertentangan, tetapi nak dapatkan view pokok cantik tersebut, berpatah balik untuk mencatatkan gambar kenangan ini.

 

Ok…teruskan perjalanan. Selepas melepasi bandar Gua Musang, Kelantan, kami singgah lagi di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Biasanya cuma melalui laluan balik ke KL tanpa membelok memasuki bandar Kuala Lipis.

Dua tiga kali pusing, tak nampak pun Tok Ti….hihi

Dulu saya pernah bertanya, setiap papantanda jarak ( contoh Kuala Lumpur 88 KM ), dimanakah center point sesuatu jarak lokasi A ke lokasi B diukur? Kata suami, secara amnya ianya dikira dari Pejabat Pos sesuatu bandar.

Nampak saja papantandan Kuala Lipis 0 bersebelahan Pejabat Pos Kuala Lipis, itulah buktinya. Saya yang degil ini masih tak berpuas hati. akan mencuba mencari fakta yang lebih dipercayai…bukan tak percaya suami sendiri, tapi saja nak cari bahan untuk membangkang..hihihi

Salah satu sebab kami ke Pejabat Pos Kuala Lipis adalah kerana bertanya pegawai bertugas jalan untuk ke Muzium Kuala Lipis.  Saya diberitahu ada muzium di bandar ini tetapi kurang papantanda untuk menuju ke lokasi.  Seorang kakitangan PosLaju sudi menunjukkan jalan ke lokasi Muzium Kuala Lipis.

Inilah Muzium Warisan Kuala Lipis terletak di Bukit Bius, Kuala Lipis.    Bangunan ini adalah bekas  rumah kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ( SUK ) yang dibina pada tahun 1902.

Ada kisah menarik di sini….. tunggu entri istimewa nanti.

 

Lebih kurang 75 kilometer dari Kuala Lipis, kami singgah pula di Muzium Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang.  Lurah Bilut adalah Felda  pertama di Malaysia yang dibuka pada tahun 1958.

Banyak kenangan di sini – kami pernah tinggal di Bentong hampir 3 tahun sewaktu suami bekerja untuk projek jalanraya Bentong – Raub.

 

Ada banyak kisah dan cerita sepanjang perjalanan ini, patploh hari patploh malam pun tak habis-habis.  Kisah manusia, kisah binatang juga kisah alam… Saya suka pokok, saya suka hutan , saya suka batu , saya suka awan, saya suka muzium, saya suka mencatit kenangan…………. sebuah kisah hidup yang mungkin tidak akan sama dan berulang yang terlalu panjang untuk diucap, terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Di Kangar pun ada batu tanda 0 KM tu, pun bersebelah dengan pejabat pos Kangar. Saya ingatkan situ adalah center bandar ^_^
    Jom terjah post menarik dari syuhada ..Bank hanya kawan masa senang?My Profile

  2. oooo..ingatkan perkiraan jarak tu seluruh Malaysia bermula dari 0KM yang kat Kuala Lipis tu..

    rupanya dari setiap pejabat pos..emm..tapi konfius jugak sebab kalo cam kat Ipoh ni je dah berapa banyak pejabat pos..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Gadget – Skrin pecahMy Profile

  3. Assalamualaikum,
    Seronok kalau ada orang yang sejiwa boleh berenti mana2 je nak singgah dlm perjalanan jauh begini. Kakak saya pernah komplen “kalau asyik berenti je, bila nak sampai?”, nasib baik saya yang drive, suka suki sendiri je berenti mana nak berenti untuk ambil gambar 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Mi Boleh Turunkan Berat Badan?My Profile

  4. Hampir 12 hari meninggalkan rumah, tentu terlalu banyak kisah untuk dicoret…
    Sebuah entri pun belum mampu untuk mengakhiri kisah yang terpalit di dinding-dinding kehidupan… Selamat kembali ke rumah tercinta Kak Jie… Rumah manis rumah.. hehehe ^_^
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Kerana Air Coway….My Profile

  5. Perjalanan yang penuh makna dan banyak pengalaman dikutip sepanjang perjalanan.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Ray Ban Wayfarer cermin mata tidak lapuk dek zamanMy Profile

  6. Ikhtiar Shah says:

    teringin nak melancong ke sana ke sini..hehe
    Jom terjah post menarik dari Ikhtiar Shah ..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

  7. betul lah tu bila terlalu banyak yg indah membuatkan ianya sukar untuk di kupas
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..InsafMy Profile

  8. memang best susan kampung ni…owh, ema pun baru tahu cara ukurnya..
    Jom terjah post menarik dari ema ..Wish happy birthday to my younger sisterMy Profile

  9. Setiap bandar di Kemboja ada papan tanda zero KM.

  10. Gajah liar tepi jalan pemandangan biasa kalau ke sebelah sana (teganu).Pokok tu sangat cantik,macam bonzai pun ada.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Tip Sembahyang Jumaat Di Masjid Kg BaruMy Profile

  11. iza~de~bintang says:

    Iza ni kan Kak Jie, baru habis meeting dengan kastemer.
    Baru jer duduk nampak update entry Kak Jie.
    Tengok gambar pemandangan cantik… tenang ja rasa.
    Walaupun ambil dari dalam kereta, timing nyer perfect.. nampak liku2 semua. Tu yang best 😀

    • iza~de~bintang says:

      eh awat comment ni lari naik ataih hu hu…

      • hahahaha…wat lawak pulak dia ni…. mmg yg baru dok ataih.

        • iza~de~bintang says:

          Sebenarnya tadi Iza nak balas komen Kak Jie yg bawah tu, jadi patut nya keluar bawah komen Kak Jie lah… tetiba duk ataih pulak… tu yg komen sekali lagi he he he..
          Rajin terlebih tengah2 hari Jumaat ni hik hik hik

  12. iza~de~bintang says:

    Waaaa lawanya gambar2 ni Kak Jie… terutama yang pokok tepi jalan tu dan yang first tu.
    Memang kembara yang penuh kenangan.
    Best best best

    • gambar 1st tu dlm kereta sdg bergerak tu iza…tu yg best kalau berjalan ada pemandu ni..kehkeh

      sepanjang jalan ni ada mcm jenis pokok, bentuk , lekok sana sini …adeih….70-80km tu dok cerita pokok je…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Signature Peribadi Curious CatMy Profile

      • Dira suka gambar pokok yang dekat sempadan Hulu Terengganu tu.. Pokok tu sangat cantik…

        Kalau kami berjalan sama-sama, kami suka ambil gambar langit.. Sampaikan kat dalam facebook, dira buat album Tentang Langit dan si dia buat album Perjalananku (dah masuk 5 album dah)… huhuhuhu
        Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Check In….My Profile

Trackbacks

  1. […] perjalanan balik dari Tasik Keyir tempoh hari, saya bukan saja singgah di Muzium Warisan Kuala Lipis, malah kami singgah pula di […]

  2. […] Terlalu Rumit Untuk Dikupas Dan Terlalu Indah Untuk Dibiar Tanpa Erti […]

  3. […] -> Cameron Highlands -> Gua Musang -> berhenti di Tasik Kenyir (3D2N) – jumpa buah hati […]

  4. […] lepas sungguh berbeza. Empangan ini nampak sangat menyedihkan. Awal bulan lepas saya juga melalui Tasik Kenyir.  Saya melihat tanda  air Tasik Kenyir yang sedang menyusut tetapi perubahan Empangan Kuala Kubu […]

  5. […] perjalanan balik dari Tasik Keyir tempoh hari, saya bukan saja singgah di Muzium Warisan Kuala Lipis, malah kami singgah pula di […]

  6. […] Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti… […]

  7. Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti… | Hidup Biar Sedap. says:

    […] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; […]