helikopter atm

Terowong Komunis Malaya Di MuziumTentera Darat Port Dickson

Ini entri sambungan cuti-cuti naik Komuter KTM ke Seremban Selasa lepas.  Selepas menjamu selera dengan menu masak lemak cili api Negeri Sembilan  , Kak Long bawa kami ke Port Dickson.  Port Dickson yang  sangat terkenal dengan pantai peranginan dan bandar tentera darat.  Terdapat sembilan pusat latihan dan lima pasukan, yang menempatkan sejumlah 10,439  pegawai dan anggota tentera ( (statistik sehingga 1 Mac 2012) di kawasan Port Dickson.

Bandar Port Dickson mendapat nama daripada seorang pegawai tinggi British, Sir John Frederick Dickson, yang begitu sinonim dengan ketenteraan sejak tertubuhnya kompeni perintis Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Mac, 1933.

Destinasi kami adalah untuk melawat Muzium Angkatan Tentera Darat yang terletak di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA). Senang saja nak pergi, kita akan jumpa muzium ini selepas keluar dari lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang.

Keistimewaan muzium ini adalah kerana ianya difokukan kepada segala yang berkaitan dengan  tentera darat.  Banyak maklumat boleh diperolehi dan yang paling menyentuh hati ialah kisah lampau perwira negara yang terkorban ketika bertempur dengan komunis

muzium angkatan tentera darat port dickson

 

MuziumTentera Darat Port Dickson dibangunkan di dua buah depot lama Tentera Darat dan mempunyai sembilan ruang pameran bermula dari era zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini.  Muzium ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.

 

muzium tentera

 

Caribou yang dipamerkan di sebelah Auditorium Muzium Tentera Darat yang baru siap dibina.

auditorium muzium tentera darat

Intan dan Wani ditemai bodyguard comel – Aiman

helikopter atm

 

Kawasan muzium ini dipenuhi dengan berbagai jenis kenderaan tentera, termasuk kapal terbang, kereta kebal dan senjata artileri yang menjadi bukti  kepada perjuangan dan pencapaian sejarah perang  di Malaysia.

kereta perisau angkatan tentera malaysia

Tak banyak gambar dari ruang pameran muzium yang dapat saya kongsi kerana kawasan tersebut dilarang menggunakan ‘flash’ kamera.  Suasana suram dan kelam di dalam muzium tak menghasilkan gambar yang jelas.  Jadi………. kenalah pergi sendiri untuk melihat begitu banyak bahan artifak sejarah.

Masuk adalah  percuma.  Muzium dibuka setiap hari Rabu hingga Sabtu .  Tapi musim cuti sekolah ini ,saya pergi hari Selasa pun muzium dibuka.

Waktu lawatan dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

bahan pameran muzium

Ini adalah Pillbox M118 yang ditemui di tepi Sungai Langat pada tahun 1992 oleh pihak Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua.

 

pameran muzium angkatan tentera darat

Ada satu terowong yang di panggil Terowong Komunis Malaya ( PKM ) sepanjang 142 meter dibina bermula dari Blok B Muzium Tentera Darat.  Jangan lupa  untuk masuk ke dalamnya  kerana perjalanan melalui terowong ini tentu memberi satu pengalaman perit dan getirnya anggota tentera kita menangani ancaman PKM.

 

terowong komunis

Terdapat artifak asal dan panel grafik untuk membantu pelawat menyelemai dengan lebih mendalam sejarah perjuangan menentang KPM. Contoh seperti bilik rawatan yang terdapat di dalam terowong , bilik mesyuarat dan bilik tidur pihak komunis.

muzium angkatan tentera

 

Pada 29 September 2009, Port Dickson telah diisytiharkan sebagai  Bandar Tentera Darat sebagai tanda pengiktirafan jasa  Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di Port Dickson.

Bandar Tentera Darat

Sebenarnya rasa tak cukup masa sewaktu mengelilingi kawasan muzium .  Rasa teringin untuk kembali lagi… bersama suami dan anak-anak.  Menambah bilangan muzium yang pernah kami jejaki.

raptai perbarisan

Sewaktu dalam perjalanan keluar dari Muzium, kami melalui padang kawat PUSASDA (Pusat Latihan Asas Tentera Darat) dan terdengar bunyi riuh pancaragam. Rupa-rupanya ada latihan perbarisan tamat latihan. Encik yang bertugas tak benarkan Intan bawa kamera jadi ini gambar dari telefon. Saya intai sikit untuk catatan kenangan.

Pertama kali nampak pasukan beruniform dengan derap bunyi kasut yang seiring dan senada.

 

Aiman

Terimakasih Kak LOng  dan Aiman yang mengiringi kami sepanjang percutian dan lawatan ini.

©kujie – Sesiapa yang mempunyai info dan maklumat lain mengenai Muzium Tentera Darat ini bolehlah dikongsi diruangan komen .  Terimakasih

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Terowong Komunis Malaya Di MuziumTentera Darat Port Dickson”

  1. belum pernah melawat kawasan ini.
    masa kecil dulu saya tinggal di pga ulu kinta. komunis masih banyak. blok rumah pangsa betul2 di belakang hutan dan bukit.

    memang waktu itu pasukan polis hutan yang baru menjalani latihan di situ. merasalah pengalaman melihat mereka berkawat. melakukan latihan tembakan.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Victoria Soto Seorang WirawatiMy Profile

    1. tahun ni kak jie pergi
      muzium warisan kuala lipis
      muzium felda lurah belut
      muzium bank kerapu, kota bharu
      muzium kota kuala kedah
      muzium negeri kedah
      muzium padi
      dan…muzium tentera darat.

      19/12 nanti nak bercuti ke pantai timur, bercadang nak ke muzium sg lembing dan muzium sultan abu bakar, pekan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ajarkan Aku Menulis Tajuk EntriMy Profile

Comments are closed.