Warung Pinggan Besar Aziz Satar

Entri ini adalah siri terakhir untuk Cuti-cuti Malaysia saya ke Pahang dan Terengganu.  Saya tak cerita tentang aktiviti peribadi kami, apa yang saya kongsi adalah lokasi atau tempat menarik yang boleh dilawati apabila melawat sekitar Pahang dan Terengganu.  Mungkin boleh memberi idea kepada sesiapa yang sedang merancang bercuti sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Saya listkan entri tersebut supaya senang untuk membuat rancangan percutian dan menyusun jadual.

Atau kalau ingin mencari tempat lain yang ingin dilawati, klik Tempat Menarik Untuk Dilawati., mungkin boleh mendapat idea merancang cuti akan datang.

Entri ini untuk kawan blogger saya Arin yang sedang bercadang untuk melawat pantai timur juga untuk sesiapa yang akan bercuti sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Jangan lupa bawa Hanum, Zara dan Harith  naik  Bas Kayu ye…

 

sempadan negeri terengganu

Sebenarnya saya pernah ke warung ini pada lawatan dulu, tapi tak berapa ingat hinggalah baca blog Puan Bee mengenai percutian dia ke Cherating awal Disember baru-baru ni.  Senang saja nak ke warung pinggan besar gedabak ni.

Selepas memasuki sempadan Negeri Terengganu, memandu lebih kurang 5 Kilometer. Sampai di persimpangan lampu isyarat ke – 3 ( masa saya pergi itu lampu isyarat ke-3, tak tau lah selepas itu ada lampu isyarat baru ) , ambil simpang ke kanan ke arah Kuala Kemaman.  Paling senang, persimpangan yang ada Masjid Geliga di sebelah kanan dan ada Hentian Bas Ekspress Kemaman.

Kira-kira 300 meter, jumpa simpang tiga, ambil arah ke kiri. Sebelah kiri akan jumpa SMK Geliga. Selepas sekolah, Warung Aziz Satar berada di seberang  kanan jalan .

kedai satar yang sedap di terengganu

Inilah warungnya… Warung Aziz Satar.  Satar adalah nama makanan yang popular di Terengganu. Khabarnya pemilik  asal warung ini juga bernama Satar.

satar sedap  di kemaman  terengganu

Satar ialah masakan istimewa di negeri Pantai Timur Semenanjung. Ia adalah campuran ikan tumbuk seperti isi ikan selar kuning, kerisi, gelama atau tenggiri bersama lada , kelapa parut dan bahan rempah lain. Satar dibungkus dengan menggunakan daun pisang berbentuk kon dan kemudiannya dicucuk pada bilah buluh dan akhirnya dibakar.

Harga satar untuk 10 biji ialah RM 5.00.  Kalau beli di gerai sepanjang jalan Kuala Kemaman, harganya RM4.00.  Saya dah beli dan agak kecewa kerana keras dan sejuk.

Puas hati makan yang mahal sepuluh sen tetapi lembut , panas dan sedap.  Bukan nak makan tiap hari, atau nak makan selori, entah²  dua tiga tahun sekali.  Alang-alang nak makan , cari yang betu-betul memuaskan hati.

moa

Warung Aziz Satar juga dikenali dengan nama Kedai Kuning terletak di Jalan Kuala Kemaman, Kg Geliga , Kemaman , Terengganu.

ikan pari bakar

Dua kali kami makan di sini sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Cherating.  Malam malam kali pertama, kami ambil seekor ikan pari bakar.  Separuh saja dihidang dan separuh lagi dibungkus.  Tak larat nak makan bertiga.

Sedap… saya suka.  Ikan kat sini memang segar.

sotong pulut

Hari terakhir di Cherating, selepas check out, dalam perjalanan ke Kuala Terengganu kami singgah untuk makan tengahari pula.  Ada berpuluh-puluh jenis masakan dan berjenis-jenis ikan.

Pais ikan dan pais sotong juga sedap.  Harga sebungkus pais ikan antara RM 2.00- 3.00  dan pais udang RM 2.00

Tahu pais?  Ikan atau udang atau sotong dibungkus bersama rempah ratus di dalam daun pisang dan kemudiannya dibakar.

warung pinggan besar

 

Ini adalah satu keistimewaan di Warung Aziz Satar – pinggan besar!  Pinggan saya yang besar gedabak tu nampak kosong bila ada sotong dan sayur sahaja.

Keluarga kami bukan biasa makan dengan pelbagai jenis masakan serentak.  Tak pandai makan bercampur-campur.  Nasi dan satu jenis ikan dan satu jenis sayur walau pun ada berpuluh-puluh jenis menu yang lain.

Ini entri last cuti-cuti tahun lepas………….. final episod ni.. hiks!

 

©kujie –  26 Januari hingga 28 Januari saya bercuti ke pantai timur lagi.  Nak pergi rumah blogger Hairul Azni.  Tetiba dia muncul… jeng…jeng..siapa dia?

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Selamat menikmati liburan beserta masakannya Satar-nya, pasti enak sekali ya.. :)
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Jakarta Barat Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  2. sedapnye makan satar… rasa nak makan keropok lekor pulak…
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Perbahasan Hukum Darah NifasMy Profile

  3. Aduha sudah lama tidak merasai pais sotong ini. Apa bila melihat gambar tersebut terliur jadinya.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

  4. sedapnyaaaaa… ikan pari bakar tu..
    Jom terjah post menarik dari mia liana ..Banner Untuk Haryati Dan SafuraaMy Profile

  5. Besar betul pinggan. Kalau makan ramai-ramai mesti tak muat meja ni. Hehe
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong IslamMy Profile

  6. sedapnya,, tak pernah lagi makan sotong masak lemak, selalu buat sambal sotong je.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Cuti dan Keperibadian Tuanku MuhrizMy Profile

  7. ohhh minatnyaaa satar, otak2 dan pais ikan…

    depan taman perumahan emak ada org jual otak2 sedap. kasi duit je la bila2 teringin :p
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Sahabat Palestin saya yang pertamaMy Profile

  8. satar tuuu..kalau pedass..memang sedap woo..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Cara blogger otai buat duit dengan blog?My Profile

  9. wahhhh meriah sungguh sepanjang cuti2 malaysia ya
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..hebatnya dugaanMy Profile

  10. nampak menyelerakan…
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Trafik tertinggiMy Profile

  11. Seronoknya dapat bercuti-cuti.. Aya tak pernah lagi sampai negeri Terengganu.. huhu
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Pengalaman Pahit Manis Sebelum Menjadi IsteriMy Profile

  12. memang besar sungguh pinggan dia tu..tapi praktikal jugak bila pinggan besar camtu..letak ikan bakar tak payah guna pinggan lain atau ikan jadi terjuntai keluar pinggan..hehehe
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Bakor Yeop Bakor !!My Profile

  13. syaifuddin alias says:

    satar tu memang sedap kalau dimakan semasa panas..
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Tema Blog Putih Mesra SEOMy Profile

  14. memang selalu gi tganu tapi tak pernah cuba pulak..
    Jom terjah post menarik dari tokei proride shock absorber ..Kenali Shock Absorber ProrideMy Profile

  15. Satar memang sedap dimakan kalau panas dan ada pedas-pedas sikit.huhu
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Semakan Kemasukan Kolej Vokasional 2013My Profile

  16. a’aa yang tu best tapi agak mahal bagi org terengganu..cuma aritu terkilan sebab pergi tapi satar dan yang celup2 tepung dah habis..maybe bukan hari minggu dia tak buat banyak kot..

  17. saya suka makan satar. dekat pantai timur memang banyak kedapatan. tapi saya dekat penang susah sikit nak cari.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Review Blog: Denai HatiMy Profile

  18. PM biasa ke Terengganu, tapi hanya pergi ke pulau nya sahaja, Pulau Redang,Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah…

    Lepas nih jika ada rezeki nak melawat tempat2 menarik yang lain pulak di Terengganu, takmo dah lah pergi pulau…hehe
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Cara Tidurkan AnakMy Profile

  19. Sata memang sedap tambah pulak kalau makan panas2..kalau kat area Kuantan ni,gerai jual sata yang popular kat Tanjung Lumpur..selain daripada sata,ada banyak lagi menu yang berasaskan sumber laut kat area tu..
    ** Kita jumpa 26 hb nanti ye?.. :-D
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Apa Niche Blog Yang Sesuai?My Profile

  20. Dulu pegi sana penah terbeli satar yg sejuk, tak puas hati punya pasal pegi gerai lain tunggu dia siap bakar terus makan.. haha!

    Disebabkan pinggan beso sangat, macam ciput sangat nasi tu.. heh..

  21. alaaa…. tensennya tengok makanan2 yang best tu.. ni yang rasa nak terbang ke sana sekarang juga..tengah lapar ni, tapi malas nak gerak ke cafe…hehe
    Jom terjah post menarik dari Nadot ..Ayam Bakar Mas Mono Shah Alam yang SedapMy Profile

  22. sama la kita. tak reti makan banyak2 jenis. lagi pulak keturunan jawa. lagi le tak reti makan meriah. 1 lauk 1 sayur cukup. buat sambal kalau nak pedas. lagi pulak dulu adik-beradik ramai. memang tak dididik makan meriah.

    sangat kontra dengan pasangan. family dia nasik sejemput tapi lauk sayur pulak mau 5 jenis. adoi sangat beza tradisi.

  23. hai kujie,
    selamat bercuti bersama keluarga tersayang, harap ada kesempatan untuk bercuti di sana sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. mudah-mudahan.. takkan asyik kerja je kan.. hehe
    Jom terjah post menarik dari donnyien ..Pohon persahabatan dan semangat baruMy Profile

  24. kakjie sama dgn bee , pinggan besar lauk sotong saja .. tk reti nak makan banyak2 sangat pun
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..#ww versi video : Amalan murah rezekiMy Profile

  25. beberapa kali lalu Terengganu tak pernah singgah lagi..

    Next time kena plan lalu sambil nyinggah mana² yang menarik..atau bercuti di Cherating ke..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Keputusan Cabutan BertuahMy Profile

  26. teringin sata lagi kakjie ..hukhuk
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Oh … Hari ke 12 tiada airMy Profile

  27. Bila lihat pari bakar + sambal = teringat kat JB..
    adehhhh…. sodapnya diperah limau + nasi panas2
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Wordless Wednesday #68My Profile

  28. Coverage semua entri percutian di Pantai Timur memang membantu kepada rakan-rakan yang nak ke sana.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Himpunan Kebangkitan RakyatMy Profile

  29. Opps bukan Aziz Satar geng bujang lapok tu rupanya. Nama serupa, orang tak sama. Bila org dok citer pasal Terengganu ni, kawe rasa jeles sikit2 :D Ya lah, dah lama benar tak pi sana sampai kenangan pergi sana tu pon dah hilang dalam memori di kepala. Harap gambo2 jer.
    Kalau ada rezeki ke sana, kawe cuba lah cari Restoren Aziz Satar ni. Tengok sotong tu geram jer dibuatnya. Suka makan sotong ehhh…
    Jom terjah post menarik dari Dulu Lain Sekarang Lain ..Anugerah Juara Lagu 2012My Profile

  30. Dah lama tak makan satar,kalau betul2 pandai buat memang sedap.Sotong tu dalam nya pulut ker Kak Jie.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Masalah Samsung Galaxy S2My Profile

  31. menyelerakan bila tengok sotong2 tu
    Jom terjah post menarik dari lensablogger ..Hadiah Lumayan – I Am Nikon Annual Photo Contest 2013My Profile

  32. lensablogger says:

    sedap dan menyedapkan…

  33. takde kena mengena dengan pak aziz satar le ni ek?
    Jom terjah post menarik dari zool ..Review buku Biografi Syed Mokhtar AlBukharyMy Profile

  34. pelakonkah??kekeke..kawan saya yang duduk kt kemaman pun tak pernah cerita pasal warung ni..haish..
    Jom terjah post menarik dari sharafie ..Karangan Bahasa Melayu SPM Tahun 2005My Profile

  35. owh satar…kegemaranku..nanti hujung bulan ni balik sana beli banyak2..hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Nasib Seorang BloggerMy Profile

  36. apsal ada gambar poker muncul bila masuk blog ni?
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Blogger Fatin Liyana yang sungguh comel.My Profile

  37. ingatkan aziz satar pelakon tu.. =)
    Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..10 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-AnakMy Profile

Trackbacks

  1. Warung Pinggan Besar Aziz Satar | Hidup Biar Sedap says:

    […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Warung Pinggan Besar Aziz Satar | Hidup Biar Sedap […]