Wat Phothikyan Phut Thak Tham dan Satay Lanang Jabi

Sambung lagi entri #throwback. Sebelum tu kena baca dulu entri sebelumnya

  1. Dari Pantai Sri Tujuh Ke Pengkalan Kubur Bersampan Ke Tak Bai Narathiwat
  2. Pengantin Silent Reader Di PCB

Selesai majlis kenduri kahwin pembaca senyap blog saya di Kampung Badang, PCB, kami ambil peluang melawat keluarga rakan serumah dan seuniversiti Along di Pengkalan Chepa. Dekat saja ikut jalan tepi lapangan terbang. Kami libatkan anak-anak dalam semua rancangan percutian. Ada bahagian makpak, ada bahagian anak-anak.

Selepas luangkan masa lebih sejam , kami teruskan perjalanan untuk balik ke Hulu Terengganu melalui jalan pantai.  Masa pergi ke Tumpat kami ikut Setiu, Guntung, Besut, Jertih, Peringat, Kubang Kerian , Wakaf Baharu.

Perjalanan balik nak ikut jalan lain pula, lalu tepi Pantai Irama, Pantai Bisikan Bayu, Melawi, Tok Bali dan ke Kuala Besut. Sampai kat kawasan Kampung Balai, Bachok ternampak dari jauh patung buddha berdiri tinggi.  Sebagai pelancong sebagai orang yang ingin tahu kami ambil keputusan untuk memasuki kawasan tersebut.

Wat Phothikyan Kg Balai Bachok. Kawasan memasuki tersebut. Populasi penduduk Kampung Balai adalah berketurunan Thai dan Cina dan bercakap dalam bahasa Kelantan Hokkien (Min Nan). Mereka juga sangat fasih bercakap Bahasa Melayu. kebanyakannya adalah penganut Buddha dan mengamalkan amalan tradisional Cina. ( rujukan wikipedia) Wat Phothikyan double Dragon Temple Kelantan Wat Phothikyan Phut Thak Tham bermaksud Wat Dua Naga ( Twin Dragon Temple ).  Kawasan  ini  dipagari dengan patung naga sepanjang 598 meter. Mengikut catatan pada papan tanda untuk pelancong, Wat Dua Naga dibangunkan semula oleh sekumpulan sami pada tahun 1993. Wat ini mengandungi bangunan mandi wap sebagai satu cara perubatan tradisional dan bangunan lord tempat upacara ‘masuk sami’. Di dalam bangunan ini terdapat imej buddha yang diperbuat daripada tembaga bersadur emas.

Masa kami berada disekitar tempat ini, datang seorang penduduk atau mungkin pihak yang bertugas menjaga wat menegur dan bersembang dalam bahasa melayu yang sangat fasih.  Beliau menerangkan beberapa maklumat mengenai patung ini.  Bertanya kami datang dari mana dan di akhir perbualan sebelum bergerak beliau berpesan…hati-hati memandu, kalau penat, berhentilah rehat dulu.

Manis bukan…..! wad siam bachok kelantan Patung Buddha yang diperbuat daripada simen setinggi 108 kaki. Penerangan daripada penduduk tadi, patung ini membawa maksud penganutnya tidak memakan daging. pantai irama Dari Wat Phothikyan Phut Thak Tham, kami teruskan perjalanan dan singgah di Pantai Irama. Memang sengaja kami memilih untuk balik melalui jalan pantai supaya dapat berhenti dimana-mana saja lokasi menarik. Memang itulah gaya percutian kami sejak dulu.  Tak tetapkan target, teruskan perjalanan dan berhenti saja di mana yang sesuai.  Sebab itu dalam bonet kereta sentiasa ada tikar lipat. main wau di pantai irama Petang yang indah di Pantai Irama dan tengok beberapa penduduk sedang menaikan wau mereka. Terpesona melihat lentuk wau yang terapung di udara. Teruskan perjalanan balik ke Tasik Kenyir melalui  Kuala Besut , terus ke Jertih dan singgah di Jabi makan satay Lanang. Satay Lanang Jabi, Jerteh ni sangat popular, jadi masukkan lokasi ini di dalam peta perlancongan apabila ke pantai timur.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. besarnya patung..tapi lagi besar patung kat batu caves

  2. Gambar cermin mata hitam tu memang cantik dan mempersonakan
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Belajar Dari Master Shaklee Azlin | Bijak Di Sini Bijak Di SanaMy Profile

  3. perhh…sy oghe sokmo g bachok pn x rajin sapa…

  4. Salam Kak Jie,

    Percutian keluarga yg paling menyeronokkan. Bila lah agaknya boleh sampai ke sana…

  5. cukup menarik..percutian yang tak rumit dan yang pasti memberi kesan libur kepada anak-anak.
    Jom terjah post menarik dari Hero Borneo ..Buku Mengubati Jiwa Yang ResahMy Profile

  6. wah..jie pun xpernah mak kat patung tu.. tapi gaya bercuti kak kujie mmg menarik..byk tmpt2 mnarik yg kak pergi..
    Jom terjah post menarik dari jiesusanos ..Hitam, Putih Dan SimpleMy Profile

  7. dulu,masa family duk kelantan,pernah termasuk Wat Phontivihan. Yang ada sleeping buddha tu. lagikk besauu. tak tau pulak ada yang terbaru dan terbesorr. dah lama tinggal Kelantan..:)
    Jom terjah post menarik dari zennaya ..Cukup Tabah….My Profile

  8. saya balik rantau panjang lalu grik..rugi pulak tak ambil kesempatan jalan-jalan di pantai..
    banyak juga tempat menarik di kelantan untuk dilawati yea..
    Jom terjah post menarik dari tutyrahiza ..Petua Susu Badan BanyakMy Profile

  9. bersorrrnyer patung naga & patung budha
    Jom terjah post menarik dari Nizam Musa ..Hello world!My Profile

  10. Menariknya ….sambil merapatkan silaturrahim dan bercuti ….. dapat re-energize…
    Jom terjah post menarik dari Handsock Muslimah ..●●●STATUS STOK HANDSOCK LACE TERKINI-67 WARNA PILIHAN●●●My Profile

  11. besarnya patung buddha dia …
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..AYUH FAHAMI APA MAKSUD CEREBRAL PALSYMy Profile

  12. bestnyer bercuti kak jie
    Jom terjah post menarik dari Promosi Perodua ..Promosi PeroduaMy Profile

  13. Teringat sewaktu kecil dahulu. Arwah bapa saya akan buat trip outstation ketika musim cuti sekolah. Dapat peluang melihat tempat orang dengan menjelajah Semenanjung.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Budak bermain rounders di Pantai PuteriMy Profile

  14. Kalau pergi Pantai Timur memang lebih suka ikut jalan pantai macam-macam boleh tengok
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulanMy Profile

  15. Memang besar patung tu. Dari jauh dah nampak. Tapi saya tak pernah masuk pun kat situ
    Jom terjah post menarik dari Stuwie ..Japanese Instant Coffee Bag.. they really think of everythingMy Profile

  16. Assalamualaikum,
    Kak jie, saya ore kelantan pun tak pernah sampai di wat ni.

    Tiap kali balik kg banyak habiskan masa dengan keluarga dan tak jenjalan negeri sendiri, itu pasalnya.
    Lepas ni bolehlah jenjalan macam ni dengan anak2 buah pula
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Berikan Daku SyurgaMuMy Profile

Trackbacks

  1. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Wat Phothikyan Phut Thak Tham dan Satay Lanang Jabi | kujie2.com […]