16 September sudah tercatat sejarahnya…

Indahnya hari ini.Terimakasih Tuhan kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini. Semoga Allah tetap memberikan rahmatNya buat kita semua.

Merenung detik-detik lalu
Kita terduga dan tersungkur
Namun kecewa bukan penghujung
Nyalakan obor kesabaran
Menyinar erti pengorbanan
Tersingkap rahsia jadi pedoman
Kita masih disini
Menjejak redha Ilahi
– Satu Suara

Hari ini, 16 September adalah tarikh yang paling disebut² oleh rakyat Malaysia. Hari yang ditunggu² ketibaannya oleh segelintir dari dari kita untuk melihat catatan sejarah tercipta.

Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri, hati hati hari-hari, beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci
menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa
-Ku Berlari

Tetapi disebalik keghairahan kita menunggu detik 916 untuk melihat sesuatu yang disebalik senario politik Malaysia, usahlah kita lupa . Waktu bersahur pagi tadi, Intan, anak kecil saya mengucapkan ” Selamat Hari ATM” . Terkejut juga kerana dia mengetahui.

” Semalam dia tanya abang ATM tu apa” , jawapan suami melupus teka teki.
” Intan tahu mana?”, duga saya.
” Kat TV ”

Hari ini 16 September, adalah tarikh penting bagi negara kita. Sehingga pagi ini, masih belum tercatat sesuatu yang penting dalam kalendar sejarah negara kita tetapi 2 peristiwa penting ini pernah berlaku.

Pertama, ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-45 dan

kedua, sambutan ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ke-75 .

Saat badai mendera ku, hingga rapuh dan goyah
Tiada daya ‘tuk bertahan
Hanya Engkau tempat ku berpegang

Berkatilah setiap semangat jiwa
‘Tuk selalu berjuang di jalan-Mu
Terjagalah hati yang kadang redup
Tertiup angin duniawi
Gemerlap kilauan harta
Takhta dan cinta manusia
Yang menyesatkan
Selamanya…

Saat hujan basahi ku, penuh lumpur dan noda
Dalam derai air mata, dengarlah permohonan ku
– Ku Mohon

Selamat Hari Malaysia & Selamat Hari ATM

Dan satu fakta penting… majoriti kaum perempuan suka 916 dan  ATM ! Emas dan Automated Teller Machine , nak² pula dekat² nak sambut raya.:lol:

Selagi kejora berkerlipan…kita masih punya harapan

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ohh patut ar.. byk tube sana sini.. he he..

    >>> lagi pun semlm kak jie set main page 10 entri..hari ni dah tukar tinggal 6

  2. dah 45 tahun penubuhan Malaysia yang meliputi perlis hingga ke sabah. Selamat mengingati hari penubuhan Malaysia.

    >>> Sabah cuti….16Sept kenapa negeri² lain yang terlibat dalam Penubuhan Malaysia tak cuti ye… 😆

  3. saya tak suka ATM tapi sangat suka kertas yg keluar dari ATM. hehehe

    >>> tak suka kena Q ye
    kertas berkualiti tinggi cop kepala agong ye?
    ke kertas bank slip tu? 😆
    sbb dia tunjukkan baki yang mengecut tiap kali keluar kertas berwarna warni.. 😆

  4. hehhehehhe….

    tatau plak pasai ATM tuh 😀

    >>> ATM mana may?
    yg macho ke yg ada kepala rimau 😆

  5. hahhhaa..ingtkan psl nak tukau kerajaan br tu..hi hi hi

    >>> itu semua org dah fikir 😆

  6. jieee…916 ye? jun x suke pkai la jie..hahaha, kelako x? yg ade ni pon sbb ade org bg, jgn harap ler nk p beli…ATM tu, suke gak tp jarang sgt guna sbb cik abe bg cash, n bila nak ape2, mintak aje..wahahahaa…. 😈

    >>> samalah Jun…916 tu tak pernah bertukar berganti baru sejak kahwin..tak berapa minat..tapi adalah sikit2..pelengkap seorang wanita…yg feminin..kehkeh…bab ATM tu..hahaha kita org duit pasar mmg transfer online dari akaun..so Jie kena Q kat ATM tu… 😆

  7. Ha ha. betul tu Kak Jie.. 916 ramai perempuan yang suka.. 😛

    p/s: kak.. maaf ya. kenapa skrg blog ni berat sikit eh.. akak dah measure pakai “meter” yg dulu tu tak..

    >>> sik baik lelaki faham pompuan suka 916 tu.. 😆
    berat sbb main page ni ade video youtube byk sgt..hahaha

  8. uiks.. baru tau yang ari ni Hari ATM… hehehe 😳

    Mmm ingatkan hari nak tukar kerajaan jer… hehe… bila la gamaknya akan terjadi?? huhu

    >>> tak tunggu sgt tukar kerajaan tu..sbb hal politik apa2 pun boleh terjadi..

  9. tarikh yang ditunggu2.. nombor yang memang digilai oleh kaun wanita hehee.. tapi neeza kan kak Jie, kurang suka pakai 916 tu. rasa rimas.. yg ada ni pun sebab terpaksa pakai. nasib baik kan laki neeza hehee..

    >>> 916 tu tak pakai pun tak pe neeza
    utk pelaburan pun elok 😆

  10. Aku pun tak tau…
    SELAMAT HARI MALAYSIA

    >>> ye..selamat hari malaysia
    selamat hari atm

  11. katenye mintak tangguh sehari…
    sape nk explain nih???

    tunggu je laaa…
    yang pasti, keadaan dalam negara sekarang ibarat ribut dalam cawan…
    ade ruang dan peluang untuk diperbaiki… 😕

    >>> tak ghairah sgt nk tunggu ttg hari pertukaran politik tu..penat sgt…keterlaluan..
    kita nk teruskan hidup dengan lebih sedap
    jadi…cipta sendiri kegembiraan kita.. 😆
    ambil tahu sekadar yg perlu saja

  12. slmt hari malaysia jugark kepada semua warga malaysia! lebiuu malaysia!

    >>> lebiuuu ien! 😆

  13. hari penubuhan Malaysia – ok
    hari ATM – ok
    hari apa lagi ehh? kata ada extra? x kan cakap2 kosong jer lagi… kekekeke….

    >>> hari belum berakhir… 😆

  14. sy ada tanya pelajar2(budak kelas belakang) pasal 16 sept ni hari apa…depa jawab harijadi perdana menteri… :roll:

    >>> bila ye hari jadi perdana menteri? 😆

  15. saya amat suka ATM..lagik2 kalau dalam nye isi penuh.. 🙂

    >>> arin..bile² berdekatan ATM tu…lebih²kan angka 0 dibelakang tu…. 😆

  16. A’a.. x perasan lak ATM pon disambut pada hari 16 Sep..

    >>> Kak Jie pun nasib baik anak ingatkan pagi tadi..hehehe…

  17. hehe.. 916 n ATM.. x pernah terfiikir pulak pasal emas dan mesin ATM.. hahaha..

    >>> org pompuan bab emas 916 dgn mesin ATM mmg cepat tangkap…hehehe 😆

  18. hehehe….bijak2…

    atm??? suda tak berani mampir…kena tunggu ujung bulan plak. heheheeh…

    >>> wahhh..garangkah si harimau itu…? 😛

  19. Selamat Hari Malaysia!
    Selamat Hari ATM.

    916 tak bertambah, pakai mana yg ada.
    ATM sendiri dah berkurang, tumpang ATM hb pulak.

    😆

    >>> kak jie pun 916 tak de yg baru
    ATM tu kena juga cari , korek2 yg tinggal seredak 😆

  20. saya 916,tak suka tapi…….ATM suker sgt 😛

    >>> owhhh.. ATM yg mana? yg macho ke yang tinggi mcm iklan maybank tu 😆

  21. Dalam kesibukan menanti 16 september bagi melihat senario politik negara kita, kita terlupa pejuang-pejuang tentera yang sibuk menjaga keamanan negara kita. Ketiadaan mereka mempertahankan keamanan dan keselamatan negara, dimanakah kita pada hari ini. 💡

    >>> Masa kecik2 dulu kalau berselisih dgn trak2 askar yang berkonvoi seronok….itulah kenderaan paling hebat pernah tengok..siap jerit…peace… dengan icon V dua jari 😆

  22. aeropama dot com says:

    yup kakjie. ramai sudah lupa tentang tarikh tertubuhnya malaysia dan ulangtahun ATM ni. lagi2 sekarang yang dok sibuk dgn cite penukaran kerajaan. kalau benar2 berlaku akan tercatit satu lg sejarah baru dalam arkib negara…

    >>> Dulu Hari ATM di sambut 31 Julai tetapi Bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengarahkan supaya Hari ATM pada 31 Julai itu ditukarkan kepada Hari Pahlawan dan diraikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

  23. mmg pompuan ske kan…huhuuu…panjang pompuan Q depan ATM..hiks….

    poser ker? 😎

    >>> sbb tu pernah terbaca mcm2 benda mengarut ttg pmpuan kt mesin ATM.. 😛
    Insya Allah masih poser..lum tinggal 😆

  24. Suka 916 juge… tp tak suka ATM… lebih suka guna Debit card lebih lebih lagi jika bukan kepunyaan sendiri

    *ehem*

    >>> huk…. siapa mangsa debit card ituuu 😛

Trackbacks

  1. negaraku.net says:

    16 September sudah tercatat sejarahnya… | Hidup Biar Sedap…

    Hari ini 16 September, adalah tarikh penting bagi negara kita. Sehingga pagi ini, masih belum tercatat sesuatu yang penting dalam kalendar sejarah negara kita tetapi 2 peristiwa ini penting pernah berlaku….