Adik Ammar Dan Ku Adam Hakimi

By Kujie, 05/02/2010 2:23 pm

Saya update entri ringkas  ini hanya satu tujuan – untuk setai Projek Amal Nuffnang membantu Adik Ammar yang mengidap Patent Ductus Arteriosus ( PDA ) berkaitan masalah jantung . Klik blog Puan Asmaniza untuk mengetahui kisah mengenai Adik Ammar.

ammar 333x250 Adik Ammar Dan Ku Adam Hakimi

Sebagai blogger, ada beberapa cara untuk membantu adik Ammar.

Pergi pada Blog Manager di Dashboard Nuffnang, pada bahagian Add Preference > tick Show Charity Ads . Atau menyumbang secara terus ke dalam akaun Asmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank).

Kempen amal ini akan berlangsung sehingga tengah malam 17hb Februari 2010 dan pembedahan  Adik Ammar dijadualkan pada 22hb Februari 2010.

EDIT : Selepas 3 hari kempen ini berlangsung, Nuffnang mengumumkan bahawa kutipan derma telah mencukupi bagi pembedahan Adik Ammar. Dengan itu Projek Amal Adik Ammar telah ditamatkan bermula hari ini 8/2/2010.

KISAH SAYA – Ku Adam Hakimi

adam hakimi Adik Ammar Dan Ku Adam Hakimi

Ini adalah post Oktober 2007 mengenai anak saudara saya yang mengalami masalah jantung berlubang. Syukur Adam Hakimi yang kini berusia 3 tahun beransur baik dan boleh berjalan, bercakap walaupun agak lambat dari kanak-kanak lain.

Adam masih lagi menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan mendapat bekalan ubat dari Hospital Baling.  Ubat Adam hanya disediakan untuk  keperluan Adam sahaja .   Setiap 2 minggu sekali, adik saya akan telefon bahagian farmasi hospital untuk buat ‘tempahan’  ,  barulah  ubat di proses.

©Kujie -Saya sangat sibuk…. penat sangat. Semalam tak boleh buat medical checkup sebab pesakit terlalu ramai dan terpaksa buat appointment petang Selasa 9/2/2010. Dari KKB terus memandu ke Jln. Raja Laut selesaikan beberapa keperluan Angah . Intan dengan kerja sekolah bertimbun-timbun. Along pula demam. Dua hari lepas dia berhujan waktu ke tempat kerja. Kemudian semalam dia mula belajar memandu di jalanraya.

Post Lain Yang Berkaitan

15 Responses to “Adik Ammar Dan Ku Adam Hakimi”

  1. maza says:

    insyallah akan dibantu….

    walau kecil bantuannya, kalau dikongsi ramai-ramai, jadi ringan lorr..
    huhuhu
    maza´s last blog ..Anderline Maza panas dek kejutan Kujie My ComLuv Profile

  2. mesticun says:

    bantulah setakat mana yang kita mampu.
    mesticun´s last blog ..Bush syaitan bekas presiden amerika My ComLuv Profile

  3. Dak Wan says:

    Arwah anak buah teman seorang pon turut mengalami nasib yang sama. Teman kengkadang sebenarnya tertanya-tanya juga, mengapa@apakah puncanya ye dilahirkan begitu?
    Dak Wan´s last blog ..Buat Para Sahabat! My ComLuv Profile

  4. blinkky says:

    Semoga cepat sembuh…=)
    blinkky´s last blog ..My Alexa Rank After 308 Days Blogging My ComLuv Profile

  5. Ayah Aiman says:

    berbangga dengan usaha murni para blogger prihatin..semoga usaha murni utk membantu adik ammar ini berjaya..
    Ayah Aiman´s last blog ..Sehari Di Pusat Jagaan Warga Emas.. My ComLuv Profile

  6. asz says:

    salam kujie … terima kasih sudi support my lil Ammar … moga Ku Adam Hakimi juga sihat sentiasa … May Allah bless u & family always … Amin!
    asz´s last blog ..Pleaseee … i want peace! My ComLuv Profile

  7. wazy says:

    semoga adik ammar dan adik ku adam hakimi cepat sembuh
    wazy´s last blog ..Contest Baru Pulak My ComLuv Profile

  8. Faarihin says:

    semoga mereka semua cepat sembuh..
    Faarihin´s last blog ..Awak Gembira Ke? My ComLuv Profile

  9. alhamdulillah… bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi utk sy..

    .
    .

    semoga adik adam hakimi cepat sembuh..
    kutaksempurna´s last blog ..Isk Isk Isk.. Lihatlah DUNIA!! (sambil menjulang trofi di tangan) Pastikan ketiak tidak basah sebelum angkat tangan tinggi-tinggi :P lol My ComLuv Profile

  10. jmr says:

    semoga adik amar cepat smbuh..amin
    jmr´s last blog ..Cam x kena je jalan cerita dia….finas o finas…. My ComLuv Profile

  11. zati says:

    semoga mereka cepat sembuh..

  12. tekkaus says:

    Saya rasa lepas ini pun saya nak tulis satu post tentang adik ammar. :D
    tekkaus´s last blog ..Girl Wants Jessica-Alba-Plasty To Win Boyfriend Back! My ComLuv Profile

  13. tekkaus says:

    Kami lebih bertuah jika dibandingkan dengan adik Ammar kan? :(
    tekkaus´s last blog ..Girl Wants Jessica-Alba-Plasty To Win Boyfriend Back! My ComLuv Profile

  14. ~mrs azmi~ says:

    kesian kak jie terkejar kesana kemari.. moga selamat semuanya!
    ~mrs azmi~´s last blog ..Edisi siasat : bertudung tapi tidak berbaju.. ape kejadah nya ini?!! My ComLuv Profile

  15. cik epal says:

    rasa macam mahu membantu juga…semoga mereka cepat sembuh :)
    cik epal´s last blog ..wuhuuu..cek nuffnang sudah rm1000 ….nak cashout.. boleh beli tempe banyak banyak. yahoooo~ =) My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Panorama Theme by Themocracy