Aidiladha 2008

Bertanya aku pada diri
Apa sebenarya merunsing hati?
Apa sebenarnya mengunci fikir ini?
Ku selam-selam lautan hati
Ku cari-cari rasa apakah ini
Ku fikir-fikir, ku jangka-jangka
Bertemu jawapankah aku akhirnya?

Ku teroka luas ruang memori
Ku belek-belek diari hidup ini
Semalam yang dulu, hariku kini
Apa terjadi?
Apa yang menjadi ?

Ku pandang jauh ke dalam diri
Ku ingat-ingat rasa di hati
Ku sentuh lembut waras fikir ini
Ku susun atur cebis-cebis memori
Entah mengapa dan bagaimana
Jawapannya telah lama ada (rupanya!)

Rupa-rupanya aku pelupa
Lama aku tak hiraukannya
Minda ku ini jadi tak upaya
Resah di hati terus meraja
Kerana ‘ia’ sedang derita
Jiwa, hati, nyawa jasadku ini
Sedang haus, sedang lapar
Sedang tandus, lemah, terketar-ketar

Meminta air, merayu bekalnya
Menagih simpati aku si empunya
‘Ia’ minta aku ada,
Terjaga dan kembali semula
Pada Dia satu-satunya
Kasih dan cinta yang selamanya!

‘Ia’ pinta aku pergi
Mencuci dosa, memohon ampunNya,
Ubah cintaku, pulangkannya kembali
Pada Dia, dan Dia saja mesti!

Dulu ‘ia’ berbisik-bisik,
Kini ‘ia’menjerit-jerit,
“pulang ‘aku’ pulang”
“kembali ‘aku’ ke pangkal jalan”
“sudah lama ‘aku’ berjauhan”
“nah! kembalilah penuh kerinduan!”

Jeritan ‘ia’ ku dakap erat
Kata-kata ‘ia’ jadi azimat
Ku kata pada diri
Kembalilah pada matlamat
Pada asal diri
Pada Dia yang hakiki

Hanya pada Dia bisa jumpa damai
Hanya dengan Dia bisa ketemu bahagia
Hanya punya ‘ia’ dari hidayahNya
Disiram cahaya ilmu dan taqwa
Bisa aku temukan penawarnya
Ubat hati yang parah terluka
Akibat alpa

‘Ia’ ku biarkan terus tipis
Dengan dosa noda dunia
Dengan asyik melupakanNya!

Hai aku!
Usah biar diri ini
Terus diracun dunia
Kembalikan aku berpijak di bumi nyata
Menjunjung langit redhaMu sentiasa

Ampuni aku Tuhan
Sucikan noda jiwaku ar-Rahman
Aku ingin kembali
Jangan tinggal aku sendiri
Tidak ada daya dan kekuatan
Tidak dapat tidak
Hanya denganMu ya ar-Rahman!

Kembalilah damai hati
Kembalilah tenang fikir ini
Kembalilah ‘ia’ menunjuk jalan
MenujuMu ar-Rahman penuh kecintaan
Mencari ampunan penuh keredhaan

Khaleel Al-wafii

Kujie ~ Di penghujung 2008 yang berbaki ini, saya cuma ingin mengaudit diri , menoleh kebelakang menghitung apa yang telah ditinggalkan yang mungkin tersasar jauh dari ketetapan dan kembali untuk membetulkan kecacatan dan kesilapan. Terimakasih Tuhan kerana meminjamkan nafas sehingga ke detik ini…..

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua, Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Slamat Hari Raya Aidil Adha kak…

  2. salam aidiladha!sure busy gilos ek?

  3. wow..cantik kedua2 blog akak..hehe..orang baling eh? =} tq lawat blog sy… ^^

    hapacritas last blog post..Apo kono eh JANG!

  4. Salam Aidil Adha buat Kak Jie sekeluarga… semoga berbahgia selalu di sisi keluarga terchenta… đŸ˜›

  5. Sis Jie!

    Happy Eid-Adha…

    Halalkan segala2 hutang-piutang betolkan blog!Lain kali hutang lagi..

    Roger!

  6. selamat hari raya gak kak jie….sesama mengaudit diri okey! đŸ˜€

  7. Wah siap nak mengauditkan diri..
    Walau macam mana pun..
    just nak wish kak jie dan keluarga..
    Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..
    Sambut Raya kat mane tu?

    ecahs last blog post..Eid Mubarak..

    • @ecah, dtg lah rumah kak jie… msk DM
      terus jumpan surau, ambil kiri…terus………
      nnt belah kiri tu nmpk rumah pagar papan
      depan rumah tu ada kereta park 5-6
      mcm kenduri kawen..hahaha
      adik beradik ramai dgt sbb mak mertua raya kt sini

      singgah leh……bawa le apa2 yg ade kat dapo tu sekali

      hahaha..slmt hari raya aidiladha

  8. Lantiklah auditor bertauliah kak, utk mengaudit diri..
    panggil ernst & young ke…

    ape2 pun, salam eidulfitri..

    ChekguBHs last blog post..Ujian Allah…