Press "Enter" to skip to content

Aku, ‘kan menjadi malam-malam mu ‘kan menjadi mimpi-mimpi mu dan selimuti hati mu, yang beku

InsyaAllah – panjang umur saya akan selamat tiba di Butterworth jam 3 pagi 5hb Sept 2010. Saya balik ke Baling, berdua dengan Intan menaiki bas Transnational dari Hentian Duta.  Semua tiket perjalanan ke Baling dah habis dan Butterworth adalah piliah selepas tiket ke  Sungai Petani juga habis.  Nasib baik adik saya akan menjemput  di Butteworth.

Dari rumah saya bawa kereta dan simpan di Stesen Keretapi Rawang, teruskan perjalanan dengan KTM Komuter hingga ke Stesen Putra dan ambil teksi ke Hentian Duta.

Kenapa tinggalkan kereta di Rawang?

Saya akan balik semula dengan keretapi yang dijangka tiba jam 4.50 pagi 8hb Sept 2010. Tiada sesiapa yang akan menjemput kami balik ke rumah nanti. Balik semula bertiga dengan Angah. Along masih ada kelas sehingga Selasa.

Doakan segala perancangan dan perjalanan kami anak beranak dilindungi Allah ye kawan-kawan.

Kepada kawan-kawan yang akan mula bercuti – hati-hati di jalanraya.   Sebelum keluar dari rumah, berdoalah dan sewaktu dalam perjalanan berzikirlah dan berselawat.  Setelah berusaha dan merancang ( rehat yang cukup dan kenderaan yang disenggara baik ) , barulah tawakal dan berserah pada Allah.

p.s – rasa mcm entri ni terlalu pendek untuk tajuk sepanjang itu..:lol:

©kujie – jumpa lagi!

31 Comments

  1. selamat pulang bercuti kak jie.. saya balik penang raya ke4.. huhu.. bali ganu dulu tahun ni.. moga semuanya selamat ye..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Lelaki Liat BerpuasakahMy Profile

  2. semoga selamat sampai dan pulang…. dan tak lupa selamat hari raya buat satu keluarga….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Kisah Hidup Nabi Muhammad ep 8My Profile

  3. Kebiasaannya jika bertindih, disebabkan CSS yang digunakan tidak dikod dengan baik, cara penyelesaian, tukar kod CSS yang digunakan untuk elemen pada tajuk tersebut.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Pujian kepada Mydin WholesaleMy Profile

  4. Baru dapat buka web kak jie, kalau ikut jadual perjalanan kak jie tuh, patutnya dah sampai aa ni… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Pujian kepada Mydin WholesaleMy Profile

  5. Lee Lee

    berhati, berhati di jalan raya!!

  6. mrs jamal mrs jamal

    raya nanti kat kolumpo jer la ye
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Jemputan VipMy Profile

  7. dah sampai ke kujie? mesti keletihan dengan perjalanan yang panjang tu.
    semoga nanti kembali dari sana juga selamat hendaknya dan segala urusan di permudahkan.
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Hari Raya Tahun 1992My Profile

  8. moga dipermudahkan kak jie..

    P/s:silent reader udah lame

  9. rozy rozy

    selamat hari raya kak jie….wargh…….!!aku jugak yang kerja lagi! 🙁

  10. Moga selamat dalam perjalanan Jie.Selamat Hari Raya Eidul Fitri

  11. afiq aiman afiq aiman

    nak sampai dah ni…nanti boleh gi melawat…ada kat kedah gak ni…pokok sena..tau?
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Tingkatkan Traffic Blog Dengan TULIPMy Profile

  12. Semoga selamat sampai Kak jie~=)
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..Jika Awak SenyumMy Profile

  13. yey,tak sabar nak balik kampung…tapi yang tak bestnya drive lama..letih sehh….
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Kisah Si Puteri BedakMy Profile

  14. Anun Anun

    Selamat Hari Raya buat doktor…teruskan menulis, dan yg lebih utama, teruskan menjadi seorang perawat selama mana masih ada upaya…

  15. Ayie Ayie

    Assalamualaikum kak jie, maafkan saya di sebabkan komen saya ini tiada kaitan dengan entri ini. Saya ingin bertanya sesuatu dengan kak jie tentang blog.

    Menulis sesuatu tajuk yang panjang-panjang untuk sesuatu entri didalam blog saya, akan menyebabkan tajuk tersebut akan kelihatan bertindih. Tetapi apabila saya melihat tajuk entri kak jie ini apabila ditulis panjang-panjang pula, tidak pula bertindih. Adakah saya perlu menukar code didalam blog saya? H1, H2 atau H3
    Jom terjah post menarik dari Ayie ..Photoshop Membuang jerawat dimukaMy Profile

  16. Aminn kak g.. semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali. kita balikkampung jugak fari rabu, 8 hb.. selamat hari raya aidilfitri..
    Jom terjah post menarik dari zulman ..Ku Susun Jari SepuluhMy Profile

Comments are closed.