Semalam sibuk, hari ini sakit.

Saya mengalami simtom PMS (Post Menstrual Syndrome)yang teruk sejak kelahiran Intan. Anehnya saya tidak pernah mengalami masalah seteruk ini dari zaman anak dara dan sehingga berkahwin. Masalah ini timbul secara tetap dan rumit selepas pembedahan kelahiran Intan. Saya melahirkan ketiga² anak dengan cesarean section( c-section).

Saya muntuh, sakit kepala yang teruk dan merasa mual dan loya - seperti morning sickness yang dialami di awal kehamilan. Saya mudah sensitif dan mudah menangis tanpa sebab.Proses ini akan saya alami setiap bulan dengan kadar yang teruk.

Kita berinteraksi secara psikologi dan fisik terhadap setiap proses kimia yang terjadi pada tubuh tetapi sehingga hari ini, saya sendiri tidak faham reaksi pada proses tindakanbalas itu. Selalu pakar perubatan bercakap ianya terjadi kerana kekurang hormon progesterone dan berlebihan oestrogen.

Tiada formula yang dapat melenyapkan simtom PMS ini kerana tiada acuan yang tepat disebabkan setiap orang berbeza, biologi dan fizikal. Apa yang kita dapat lakukan adalah mengawal tahap simtom PMS itu.

Nak sambung tidur….