Angel In The Devil’s Suit – Kaseh Esmiralda

Suatu hari, kami dua beranak berjalan-jalan di Wangsa Walk.  Tempat wajib singgah semestinya kedai buku.

Tiba-tiba Intan jerit  ” ehhh.. ni buku Acik Nurul ni…. Jom ambil gambar! “

Ini novel kedua adik ipar saya – Kaseh Esmiralda.  Saya belum baca tetapi dari komen yang diterima, novel ini gaya manga-ish .   Padan dengan penulis yang memang ‘kaki manga’.

Ini adalah novel online yang ditulis di blog dan kemudiannya dicetak dan diterbitkan oleh Kakinovel.com.

Dapatkan di  kedai buku berhampiran  atau melalui penerbitnya kakinovel.com

19 Replies to “Angel In The Devil’s Suit – Kaseh Esmiralda”

  1. Baca tajuk ingatkan novel orang putih…. bolehlah kot masuk senarai… anak dara kat rumah ni memang suka baca novel… dah mengumpul lebih 60 novel rasanya….suka novel yg islamik….
    Jom terjah post menarik dari kakza ..Aqeela KidsMy Profile

  2. bagusnya,,saya respek la sesiapa yang boleh mengarang novel nih, sebab bukan senang, nak cari idea macam-macam lah. gud luck kepada adik ipar kak jie.

  3. adik ipar kakjie ke novelis ni?waa.tahniah atas kelahiran buku ni. 🙂

    lynn mmg gemar novel2 ni.tp dah lama tak borong novel.boleh la usha2 buku ni pasni.hihi

Comments are closed.