Apa Perlu Buat Jika Isteri …

  liat bangun pagi ….

  • Letak jam loceng ( sekarang gunakan telefon ) di sebelah isteri supaya dia perlu bangun untuk mematikannya.
  • Bila tiba waktu untuk bangun , nyalakan lampu. Badan kita semulajadi akan mudah untuk bangun bila keadaan terang.

Kalau payah sangat, siram je dengan air!:lol:

Kalau Intan, dia letak garam kat mulut Along.  ” embah yang suruh “   ayat bela diri.

Kalau ada petua atau tips, bolehlah kita sama² berkongsi.

37 Replies to “Apa Perlu Buat Jika Isteri …”

  1. haha kesiannya, siapa la yang mencari tuh kan. kalau saya adik bangun tido, pergi sebelah katil dia buat-bising buat benda jatuh, tak bangun jugak tampar je. tapi kalau dlm kes org kahwin bahaya, kang bergaduh plak.

  2. Assalam..
    Bak kata ustazzz…
    Selimutkan seluruh badan isteri dari hujung kaki ke hujung kepala…ambil surah Yasin dan baca di sisinya…kot2 petua ni berkesan…ataupun bisikan…Innalillah di telinganya…
    Jom terjah post menarik dari iza ..Peringatan Contest: 28 Hari Lagi.My Profile

  3. alarm tu letak la jauh sikit yang tak tercapai dek tangan mahupun kaki..yang kena bangun untuk off alarm tu..

    guna jam loceng yang zaman purbakala tu..yang besar lagi bingit tu..sebatu boleh dengar..dulu kat hostel kalau dengar jam tu rasa nak campak ke dinding je biar berderai..bingit..

  4. tak susah pun, cakap je, I nak kahwin sorang lagi boleh? kalau dia tak bangun jugak, maknanya dia setuju.

  5. Amalkan baca ayat 3 kul sebelum tidur dan niat nak bangun jam berapa insya Allah ada yg akan kejut kita di waktu pagi. Jangan give up kalau buat beberapa kali tapi tak menjadi, amalkan 40 hari insya Allah pasti menjadi.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Calon PMR 2011 semuga suksesMy Profile

  6. Ada ustaz bagi petua kepada sesiapa yang susah sgt bangun tidur pagi …tapi petua ni hanya menjadi bila ada kesungguhan nak bangun. sebelum tidur baca lah doa, pastu baca bismillah 23 kali sambil menepuk dibahu sendiri dan niatkan jam berapa nak bangun. insyaallah berkesan. masa tersedar tu teruslah bangun.., kalau main nanti-nanti alamat tersambung tidur le.silap-silap dah naik matahari baru sedar..spesis liat macam ni hanya berkesan dengan siram air satu baldi 😈
    Jom terjah post menarik dari latep ..Selamat berangkat ke Tanah Suci…Selamat menduduki PMRMy Profile

  7. Semasa duduk asrama ketika sekolah dahulu saya jadi jam loceng kepada kawan-kawan dorm waktu tengahari sebelum waktu study petang. Saya bukan jenis tidur tengahari 🙂

Comments are closed.