Aset perempuan yang ingin dikongsi

Lama saya tak membalas email ” A Letter From Heaven “ …kepada  sesiapa yang sering tertanya-tanya apa itu ” A Letter From Heaven ” – ianya adalah tajuk email yang saya terima setiap kali anda menghantar email kepada saya melalui borang Hubungi Saya .

dak buntu wrote:
salm kak…sye nk tnye something nie….tp x taw la k.jie bleh reply  x…heheh…
pasal saintis muda tu,ape xtiviti yg dyeorg lakukan ekk kak…

Saya dah reply email ini dan terangkan beberapa tips dan panduan yang saya dapat dari anak saya , Angah sewaktu dia menyertai Pertandingan Saintis Muda.

azreen omar wrote:
Assalamualikum….Kak Jie…
ni first time saya datang blog akak….baca satu n3….terus terpikat, hingga hbis n3 lama2 akak saya dok baca….saya cuma ingin mengucapkan terima kasih sbb banyak ilmu n info yg saya perolehi kat sini…..smga akak akan terus menulis lg….tumpang lalu yea kak…. 🙂


Terimakasih. Kak Jie sering ingatkan diri ( walau sesekali leka dan terlupa/ tergelincir ) untuk menulis yang baik-baik kerana Kak Jie percaya amalan kita tidak hanya dicatat oleh para malaikat sewaktu hidup sahaja tetapi dari cerita-cerita dan kesan yang kita tinggalkan di dunia setelah mati umpama cermin nilai dari perilaku kita selama hidup. Alangkah indahnya, sebuah kematian yang meninggalkan cerita-cerita baik pada keluarga atau jejak hidup yang pernah kita harungi menjadi pelajaran kebaikan bagi mereka yang masih hidup dan bermanfaat untuk orang lain.

Kak An wrote:
Aslmk. Kak An rasa seronok meneroka blok Kujie. Boleh x kujie tolong buatkan Blog utk kak an. Maklumlah Kak an ni bute IT. Dah tua baru nak blajo sibuk nak buat blog. He he 😀

Saya kesan Kak An ada di blog saya semalam 1 jam 2 minit dengan 41 actions ( 41 entri lama dibacanya ) .  Kami berbalas email dan saya telah create satu blog untuk Kak An. Saya tak kenal siapa Kak An tetapi  gembira kerana dapat mengembirkan seseorang pada hari tersebut sedangkan paginya saya tak bermaya langsung untuk bangun.   Tak sampai 1 jam semuanya selesai , siap dengan akaun gmail hingga template terkini.

Celine Lai wrote:
Bolehkah anda beritahu saya Ce’wer Chalet ni bersih tak? Keadaan bilik dan suasana macam mana? Bilik RM80 boleh tinggal berapa orang? Harap boleh dapar info dari anda sebab saya nak pergi marang masa Raya. Thanks

Kami berbalas email dan saya beritahu pengalaman dan serba sedikit panduan untuk bercuti ke Terengganu.

Aswani Saili wrote:
Salam, saya dh baca bbrp tips dlm blog Kujie. Dlm forum pun, nmpknya kujie open-minded w’pn surirumah. sebenarnya byk pekdahnya jadi surirumah. Tmbh plk suami mmpu..agaknya lps kawin Kujie decide x nk kerja. wpn dok rumah, byk bnda blh buat smbil tgk anak2 & develop idea kretif utk isi masa lpg & tmbh duit poket. tertarik dgn tip beli coli yg Kujie post dlm blog. saya ingat nk tahu lagi psl ‘aset’ org pompuan ni..harap Kujie sudi kongsi ilmu/tip berguna.

Dlm forum?  Saya keliru kerana saya tidak seaktif dulu lagi berforum.  Malah saya telah serahkan Teratak Santai kepada pengurusan baru.  Saya tak balas email ini, serammmmmmmm…. kerana aset tersebut bukan untuk dikongsi… ahahahahaha.   Saya kongsi dengan anak-anak sehingga mereka berusia 2 tahun. :lol::mrgreen::oops:

Ida wrote:
Salam Kujie,
I nak tanye, macam mana u tanam pokok tenggek burung tu. Kalau boleh, i nak tahu cara and kalau ada sumbernye bole terus dapat dari u.
Thanx

Saya dah balas dan masalah selesai.

yaze wrote:
saya boleh penuh impian anda

hehehehe…..entah saya keliru dengan email ini. Saya tak balas email yang kabur dan tak telus ….

Ada beberapa silent readers yang hantar email sokongan dan dorongan .  Terimakasih.   Kita berkongsi cerita peribadi yang lite-lite cukuplah,  saya bukan selebriti.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Aset perempuan yang ingin dikongsi”

  1. Salam Kujie. Ingat akak lagi ? Tentang kes anak akak yang autistik tu, akak dah pergi putraja. Jabatan dah hantar laporan siasatan. Sedih la Kujie. Mereka hantar laporan palsu. Mereka kata : CIKGU TU TAK BERADA DI SEKOLAH PADA HARI KEJADIAN. Hakikatnya, dia ada. Ramai saksi. Kenapa ye dalam laporan , kata, dia tak ada kat sekolah ? Kalau tak salah, tak payah la menipu kan ? Apa pandangan Kujie dan kawan2 ?
    .-= Ani´s last blog ..AUTISTIC ABUSE IN SCHOOL =-.

  2. hai assalammualaikum kak jie/kenapa orang suku tipu orang yang lemah daripadanya/?kadang2 kita sentiasa bersabar kerana kita tidak ada kawan sekelas lagi selain darinya itu.

    1. @, waalaikumsalam… ada masalah dgn kawan sekelas ye…

      adat manusia akan cuba menguasai pihak lain, mcm itulah org yg kuat akan menguasai org yg lemah.

      Disamping bersabar, salah satu cara adalah ‘berlapang dada’ menerima keadaan itu. itu pun kalau kita tak ada kekuatan utk mengubah sikap dia.

      jgn pamerkan sifat2 lemah, negatif diri kita, sedaya ucapa tunjukkan diri kita yg berpendirian teguh serta berpesonaliti menarik…sikit demim sikit mungkin cara ini akan dapat membuka mata dia utk lebih menghargai kita.

  3. 😥 Salam Kujie. Kujie bolong tolong akak ? Akak sedang mencari ibu-ibu yang ada anak autism, yang mana anak mereka dipukul, dilempang atau ditumbuk guru di sekolah ? Akak nak kongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan dgn mereka.
    Untuk makluman Kujie, di luar negara, kes-kes macam ni dirujuk sebagai autistic abuse. Banyak kes di bawa ke tengah di US dan UK. Tapi di Malaysia, kes-kes macam ni, banyak yang tidak dilaporkan. Ada kes-kes yang dilaporkan tapi tidak dilayan.

    Kalau kujie free, masuklah blog akak tapi blog akak simple je. Tu pun org tolong buat sebab akak ni tak pandai buat blog. Sori la ejaan autisme tu salah… akak tak tau macamana nak betulkan.

    T.kasih Kujie. Harap sgt Kujie tolong akak ye.
    .-= Ani´s last blog ..AIR MATA IBU DI BUMI JELEBU (4) =-.

      1. @Kujie, Terima kasih banyak2 akak ucapkan. Semoga dengan bantuan Kujie, akak dapat kumpulkan rakan-rakan senasib untuk kami ketengahkan perkara ni kepada pihak kementerian pelajaran. Semua ni amat penting untuk kebajikan dan keadilan anak2 autistik di Malaysia. Kesian mereka kalau perkara ini terus berlaku dan kita tak buat apa-apa kan ?
        .-= Ani´s last blog .. =-.

  4. Napa tak bubuh link kak An tu…. nak gak tengok template terkini….. 😀
    .-= Tie´s last blog ..Budak sekolah : Histeria =-.

  5. Caiyolah kak Jie.
    Dah setaraf selebriti pun. 🙂
    .-= Eriyza´s last blog ..Warkah Bermadah Indah =-.

  6. Dear Kujie ….

    I have a bigggg progblem… huhuhu
    and I need someone help

    actually, even at night, in my dreams it always appear…
    sometimes it quite hard to explain, sometimes so sound & silence.. huhuhu

    please, what should I do when I love so much myblog? huhuhuhu
    Old folks say, “feeling kinda of no wet while bath and feel hungry though eating!”

    uwaaaaa…..

    Please cik sri siantan…….
    eh! Kujie. hehehhe
    .-= maza´s last blog ..SIRI RUMAH TANGGA PAK MAT: Bala Saka Baka 1 =-.

      1. @Kujie,

        according to my physician, to overcome this sickness .. huhuhu.. just enough to have a sip of shark fin soup and a plate of lamb chop @ Big Plate, Kampung Melayu Subang, Subang Selangor… phone no.: 03-6758 ****

        and one more condition, kujie and tie must feed me up.. and belanja maza gitew….

        uwakkk..
        .-= maza´s last blog ..SIRI RUMAH TANGGA PAK MAT: Bala Saka Baka 2 =-.

Comments are closed.