Awat Tak Update Facebook?

Assalamualaikum – salam hujung minggu.

Saya selamat kembali – semalam balik kampung mertua.  Selepas memandu 2 jam, singgah shopping kat Sungai Besar dan teruskan lagi 30 minit, akhirnya sampai di depan pintu rumah mak.

Mak tengah masak ‘sambal tahun’ kerang.  Kemudian mak goreng udang – udang yang mak beli dengan nelayan , masih segar masih hidup.

” Nurul pun cakap nak balik hari ni” ucap mak .

“Tak update facebook pun cakap nak balik” ulas saya tanpa sedar.

“Facebook tu apa?”  soal mak balik…

“Tempat anak menantu dan cucu  mak luang masa …” :lol:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Awat Tak Update Facebook?”

  1. banyak share gambar dan note di facebook secara privacy dgn orang tertentu saja…jarang utk public

    contoh…share gambar dgn suami dan anak-anak..hanya mereka yang diinvite, orang lain hide

    itu salah satu cara kita mengawal facebook – bukan diri hanyut di situ 😆

  2. Macam dah jadi budaya kan..Keluar shopping bagitau kat fesbuk..
    Kerja hari ahad bagi tau kat fesbuk..Nak balik kampung,nak kawin,baru couple,baru putus cinta etc
    Semua nak dipublishkan kat fesbuk..

    Macam mana agaknya kalau fesbuk down untuk satu hari nanti ye ❓
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Pacar RahasiaMy Profile

  3. facebook ah jadi 1 tempat untuk memberitahu setiap perkambangan dan perbuatan kita…

    tp berhati2 jugak dalam update status.amal 1o perkara yang perlu d jauhi seperti yg pernah yahoo.com kongsi dulu…

    hee…
    Jom terjah post menarik dari belalang ..First Contest Dari SBTMy Profile

  4. keh keh keh keh.. 😆 😆 😆 takkan la semua nak kena update kat Fecabook..perlu juga reserve untuk diri sendiri..kalau semua update kat Facebook, rasa macam ‘telanjang’..

    Sedapnya udang goreng..:-9
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..A Banal UpdateMy Profile

Comments are closed.