Ayah & Aktivitinya

Salam semua, walaupun saya dah balik bercuti, tetapi kesibukan tidak pernah terhenti. Dihujung Disember yang basah ini, saya kembali sibuk dengan urusan keluarga juga anak². Saya tak akan post gambar percutian saya tetapi kali ini saya akan post gambar² ayah saya.

Semua gambar ini adalah dari 3 majlis kenduri pada hari Sabtu 15/12/2007 di Bongor & Sungai Limau , Baling dan Kampung Pulau Chengai, Gurun Kedah.

kanan tu ayah saya

Majlis pada Ahad 16/12/2007 di Gurun, Kedah

Jie ~ Ayah saya ada ramai anak murid silatnya tetapi tak seorang pun dari 4 anak lelaki & 4 anak perempuan ayah tahu bersilat! Anak saya, Along belajar silat di taman perumahan ini juga di sekolah.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. pakteh rasanya mcm tu la kot..ayah sy ni kalo dok sembang mmg dia turunkan sikit² apa yg dia ada, dia byk pengalaman….tiap anak ada dia bgtau bergantung pada keadaan dan keperluan kita la..mcm masa mula² saya nk keluar merantau..datang ke KL, dia bagi saya sepotong doa yang ditulis tangan dan suruh saya hafal..hingga kita masih ada dengan tulisan tangan ayah saya..nostalgia walau pun dah lebih 20 tahun berlalu.

  2. kata orang, tuan guru silat dia tak ajar semua ilmu dia pada anak-anak muridnya..kecuali untuk anaknya yang paling dia sayang, atau anak murid yang terpilih. tak tau la betui ke dak. tapi ayah Jie ni bagus, sebarkan ilmu pada yang mahu belajar. bukan senang nak cari di zaman sekarang.

  3. diya tu ah mcm Noruto nya jurus raikiri..kehkeh…hebat!

  4. aria ayumi says:

    waaa meriahnya… huhu. dya pun tahu bersilat gak mama. sambil ttp mata plak tu. tapi, bersilat atas katil jelah. hehe

  5. papa mafia ha ha ha..mmg sy pandai bersilat..tiap hari bersilat kat dapur tu..bkn dgn gong dgn gendang..tp dgn periuk dgn kuali..bkn dgn keris dgn parang tapi dgn senduk dengan sudip…he he he

  6. Papa mafia says:

    Wah… ni boleh belajar ni… siap ngan tomoi lagi ada….. jie.. ni mesti pandai bersilat ni…. saje je cakap tak pandai ya..he..he..he.

  7. faisal waktu muda aayah sibuk kerja kuat sana sini menyara kami sekeluarga. bila dah anak2 besar masing tinggal jauh…tak sempat ayah nak ajar anak2 dia..

    Budin Guru silat kurang ke..pergilah cari kat kampung²..ramai ramai yg berilmu yang simpan kuku diam spt kucing…merendah diri dgn ilmu dan pengetahuan mereka…

    mz anak cucu je…mmg majlis kenduri kahwin kat sana meriah mcm tu…kalau ada org main gendang, main serunai…tak de kompang

  8. mak aiii .. meriah sungguh! anak cucu pahlawan cemerlang, gemilang dan terbilang lah ni ya?
    *mesti sonok kalo dok kt kg tu ekk?*

  9. DUNIABUDIN says:

    silat adalah khazanah budaya melayu yang tidak sepatutnya dipupuskan. Anak-anak muda sepatutnya belajar bersilat, daripada menjadi mat tempit yang tak berfaedah tu… Yang penting sekarang, bilangan guru silat juga patut ditambah…

  10. waaaa, ruginya kak jie, kalau ayah sy tau silat, sy mesti lagi terer dari dia skrang,hehehe…:) ske tengok org bersilat kka, berseni…