Bayar Lebih 20 Sen Untuk Nafsu

Saya bagi RM 3.00 untuk Intan pesan 2 bungkus.  Saya di dalam kereta , hanya Intan yang turun.

Separuh perjalanan, Intan berpatah balik.

“Dah naik 20 sen lah mama…satu RM 1.70”

Kutip siling dalam dashboard kereta dan hulurkan pada Intan rm 0.40.

“Semua barang dah naik harga ye Intan… tak apalah.  ABC bukan makanan asasi , bukan keperluan pun – cuma kita saja² mengikut nafsu”

Kita tak dapat mengelak krissi kenaikan harga barang mengikut pola kenaikan harga minyak, gula dan gas tetapi kita boleh mengelak untuk tidak membeli sesuatu yang bukan keperluan.

©kujie – sedang buat persiapan untuk bercuti panjang.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

58 thoughts on “Bayar Lebih 20 Sen Untuk Nafsu”

  1. sekarang ni semua barang harga dia naik… asal naik harga minyak barang lain pun naik la… gaji tak naik2 jugak… kalau gaji naik pun… nnt harga barang naik lagi…
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Malaysia Menang Ke…My Profile

Comments are closed.