Bedtime Story : Ayah Ada Perempuan Lain

Sekarang 2.30 pagi……terjaga dan tunggu depan pc kot² cik abang ada talian internet di sana. Wifi dia ada masalah tu, dari siang tak dapat berhubung.

Kita di Malaysia dah 1hb Disember…. dia masih bulan November… 7.30 malam:lol: Bercinta jarak jauh macam ni lah…. zon waktu berbeza kena bangun awal pagi macam ni nak cari…mana laki aku…..mana laki aku…. :lol:

Awal malam tadi waktu nak tidur , Intan bercerita tentang kawan² dia.  Sembang² biasa sambil dia gosok belakang saya sebelum tidur…tabiat yang susah betul nak dibuang…kena digosok baru lena.  Dah abang tak ada, Intan yang kena dera!

Dari satu bab ke satu bab anak beranak ni bergossip – sampai satu ketika dia cakap “Puspa sekarang tinggal dengan mak dia je…  mak dengan ayah dia duduk jauh²……. ayah dia ada perempuan lain.  Sekarang mak dia dah kerja sebab ayah dia tak bagi duit”

Terkedu!  Anak 11 tahun boleh cerita dengan kawan² tentang ayah yang ‘ada perempuan lain’ di sekolah .  Kisah rumangtangga hubungan 3rd party!

Konflik rumah tangga bukan membabitkan suami dan isteri sahaja tetapi anak² yang biasanya menerima kesan emosi tanpa disedari. Ibubapa masing² nak rebut piala kemenangan!

ops…tak boleh sambung entri ….dah ada voice call tu…nak berdating!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. advance betui budak2 skrg.?
    Jom terjah post menarik dari ecah ..Tutorial Perbaiki Recent Post CommentLuv Tak Keluar atau Tak UpdatedMy Profile

  2. jawatan kosong 2011 says:

    haih.. memang tak sepatutnya anak jadi korban..
    Jom terjah post menarik dari jawatan kosong 2011 ..3D Visualizer- Rendere- Animator VacancyMy Profile

  3. Zaman sekarang ni dah macam-macam pendedahan yang budak2 dapat.
    Jom terjah post menarik dari etomyam ..November Review- Memang Terduduk LahMy Profile

  4. budak2 skrg dah advnce, cpt je tgkap …
    hmmmmm rumahku syurgaku … dohh hope bukan mitos

  5. mak ayah kena hati-hati, jangan sampai anak-anak terdedah kepada benda-benda negatif macam ni.
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..cintakan diaMy Profile

  6. salam..
    skrang zaman canggih..
    bebudak umo 10 tahun sekrang pun dan sama fikiran umo 15 tahun kita dulu dulu

  7. salam kak jie,
    pengalaman yang pernah saya dengari sewaktu saya kecil dulu..
    mendengar keluhan, melihat dengan mata sedniri.. rakan-rakan yang menjadi anak mangsa penceraian..
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Tabiat pelikMy Profile

  8. Anak2 zaman moden dah celik pemikiran. ada kisah sepupu saya berumur 6 tahun, tanpa rasa malu bercerita hal dalam kelambu mak ayah dia pada kami. terkezut & kelakar la org yg mendengarnya ni. Tp Kalu mak dia tahu, sure dah “kena” bdk nih 😉
    Jom terjah post menarik dari mekar ..Mengatasi Masalah Bau BadanMy Profile

  9. nur liana bt liela says:

    ksian nya … macam nie la…. kehidupan di dunia …. setiap nya ada…. dugaan dan … kita kena tabah mengahadapi dugaan…. 😐

  10. mmg pun.. jgn kata mak ayah tak bersama.. lau mak ayah gaduh2 pun beri kesan.. mungkin masa kecik tak nmpak sgt, tapi bila besar nampak la..

    de jugak yg buat sama seperti mak ayah buat terhadap org lain.. sbb tu anak2 kena didik betul2.. kan kak jie?
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..November 2010My Profile

  11. anak2 zaman skang mmg dah bijak… ibu bapa pun patut bijak dalam menangani masalah rumahtangga agar anak2 tak tau
    Jom terjah post menarik dari ila ..Aku Blogger SO WHAT!!My Profile

  12. aduhaiii… kisah rumah tangga yg melibatkan anak2 mcm nilah yg merisaukan maza..

    mintak simpanglah kejadian seperti ini daripada berlaku pada maza atau sabahat serta saudara mara maza itew.. huhuhu

    😥 😥 😥
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sepi Seorang PerinduMy Profile

  13. org tua2 kalau bercerita tak alert sekeliling…
    even ada budak sekeliling pun,selalunya kita beranggapan mereka tak faham apa yang kita ceritakan..padahal..semua dorg faham dan simpan..budak sekarang mmg advance dalam semua hal..mereka sudah faham apa yang berlaku di sekeliling mereka..
    Jom terjah post menarik dari izzah ..Cinta Adam dan HawaMy Profile

  14. risau plak dengar camtu..tak kesiankan anak2 ke?
    Jom terjah post menarik dari din ..Mencari Yang Halal Lagi BerkatMy Profile

  15. intankuterpilih says:

    tu la, kesian dekat anak2 yg jadi mangsa masalah rumahtangga…
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Jalan Penyelesaian- Hubungan Tanpa RestuMy Profile

  16. kakjie selamat berdating untuk jarak yang jauh
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Jana pendapatan pasif dengan google adsenseMy Profile

  17. Perkara ni semua akan bagi effect bila diorang dah besar nanti. So, parent memainkan peranan yang sangat penting. Budak-budak diorang tak kan tanya benda tu betul atau salah, diorang tau ikut jer.

  18. kanak2 skg mmg jauh lebih matang dari zaman kite kecik2 dulu.. semua perkara depa dh advance..
    Jom terjah post menarik dari faezah hannah ..aku mahu asmaraMy Profile

  19. budak2 selalunya lebih selesa bercerita dengan kawan2 daripada family sendiri (contohnya, emak saudara, sepupu dsbnya)

    mungkin budaya berbincang dalam keluarga itu tidak di terapkan sejak azali dan sebab itu budak2 lebih memilih bercerita dengan kawan berbanding keluarga..
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..KAHWIN &amp HUJAN RAHMATMy Profile

  20. anak kak jie kan bijak, mestilah dia pandai bab2 ni. lagi pun budak zaman sekarang, semua benda dia nak tahu. hehe
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Free Domain By BroFramestonecomMy Profile

  21. Kasihan pada si anak + si ibu tu..
    Lelaki tu memang tak bertanggungjawab !!
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Dahulu Koc Untuk Wanita Kini Rapid Bas Wanita Pula Untungnya Menjadi WanitaMy Profile

  22. m is for munira says:

    kanak-kanak sekarang memang lebih matang dari usia mereka!
    Jom terjah post menarik dari m is for munira ..Perkara Remeh yang Patut Di Pandang Sebelum Anak-anak ke KindyMy Profile

  23. anak-anak pun dewasa sebelum masanya. Kasihan
    Jom terjah post menarik dari epel ..Kakak misses maktehMy Profile

  24. gosok jangan tak gosok.. 😆
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Selamat Pengantin Baru Mak Chik!My Profile

  25. kesian kat anak2 tu je.. maybe bila besar dia akan lakukan perkara yg sama.. dengan alasan,”dulu parents aku buat macam ni gak”..
    atau lagi teruk,anak tu menyimpan dendam.. mcm drama tv slalu tu..
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Pagelines Platform Theme Yang Tak ProfessionalMy Profile

  26. awainya komen….tak tidoq ka?ha ha ha.
    Jom terjah post menarik dari ann ..Ziarah d’AlgeriaMy Profile

  27. fuh!!!
    kanak2 bergossip….
    anak2 jadi mangsa..
    Jom terjah post menarik dari mie ..Dari Bintulu Ke Pasir GudangMy Profile