Berita Suka Duka Kehidupan
Peribadi

Berita Suka Duka Kehidupan

tepak sirih

14 Sept 2014 – Berlangsung majlis pertunangan anak saudara saya Farah Hanani. Keluarga kami ramai, semua adik beradik turun Serendah. Mak mertua saya juga datang dari Sabak Bernam.

Alhamdulillah majlis selesai dengan baik.

Selesai majlis, pada malamnya biras saya ( tuan rumah ) menghantar anak perempuannya balik ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Mak pun ikut bersama untuk balik ke kampung. Mak mertua saya bersama menantu lelaki dan cucu perempuannya bertolak lebih kurang jam 10 malam.

Aral yang melintang, kenderaan yang dinaiki mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya di pekan Sungai Besar.

kaki simen hospital

Mak patah tulang kaki dan menantu lelakinya dibahagian tulang rusuk. Cucu perempuan cedera dibahagian muka dan lebam. Mak mertua dan biras saya sekarang berada di wad Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dan anak saudara saya sebagai pesakit luar.

Mak akan dirujuk ke pakar tulang Hospital Teluk Intan pada 18 Sept 2014 nanti. Perancangan seterusnya bergantung kepada hasil pertemuan dengan pakar tulang tersebut.

Doakan mereka semua ye kawan-kawan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Berita Suka Duka Kehidupan

Comments are closed.