Bila Pelanggan Tercalar Hati

Gambar hiasan - Parkson Rawang
Gambar hiasan – Parkson Rawang

Pernah pergi Giant Rawang?  Dulu bangunan ini Bintang Supermarket.

Dalam sejarah saya masuk berpuluh- puluh cawangan Giant di seluruh negara, Giant Rawang yang paling sunyi sepi.

Tingkat 3 untuk lot parking purata 10 kereta saja.  Tingkat 4 kosong tempat tidur burung layang-layang.  Saya jarang ke sini kerana faktor keselamatan.  Laluan naik ke tingkat letak kereta  agak berbahaya.   Ruang letak kereta yang sunyi juga tak selamat bila membeli belah seorang diri.

Dah habis penerangan untuk menggambarkan keadaan Giant Rawang.  Keadaannya lsngsung tak boleh disamakan dengan Giant cawangan Shah Alam, Batu Caves atau Taman Permata.

Kaunter buka 1-2 saja kerana biasanya memang tak ramai pengunjung.

Hari ini saya ke Tingkat LG nak beli hadiah perkahwinan sepupu.  Saya bawa satu kotak set pinggan mangkuk ke kaunter.

Ada seorang pelanggan  lelaki cina dengan barang satu troli. Dia beli barang-barang besar dan tak dikeluarkan ke atas kaunter pun.

Biasanya kertas pembalut ada ditepi rak berdekatan kaunter tetapi  tak ada.  Saya tinggalkan kotak set pinggang mangkuk tersebut dan mencari kertas pembalut.

Bila saya kembali ke kaunter, pelanggan lelaki cina tersebut baru keluarkan kad kredit untuk membuat bayaran.  Saya dengar RM 300 lebih.  Maksudnya memang urusan dia mengambil masa yang lama dari waktu saya letak kotak set pinggan mangkuk dan saya bergerak mencari kertas pembalut.  Tak ada pelanggan lain yang datang ke kaunter sewaktu saya tinggalkan kaunter.

Bila sata sampai ke kaunter, sementara menunggu pelanggan di depan selesai, saya tak beratur tetapi berdiri jauh sambil membelek rak baju.

Pelanggan di depan belum siap dan tak ada pelanggan lain yang datang untuk beratur.

Saya memang berdiri agak jauh.  Saya bukan nak membeli lagi, saya cuma  tengok-tengok sambil dia uruskan pelanggan lelaki cina tersebut yang belum selesai.

Tiba-tiba cashier yang  bukan muda lagi tu menjerit kepada saya  ” kak… kaunter bukan tempat letak barang, bawa bakul.”

Mungkin hari ini mood saya pun tak mesra insan, saya pun menjawap

” Tak apalah… Saya tak nak beli barang tu”

Saya tinggalkan kotak set pinggan mangkuk, kertas pembalut  hadiah dan sekeping kad ucapan di atas kaunter dan keluar.  Saya bukan nak tinggalkan barang di kaunter, saya tak ada apa lagi yang nak dibeli.

Saya cam sangat muka cashir tersebut kerana ini pengalaman kedua saya melihat dia bercakap kasar dengan pelanggan.

Kali pertama beberapa bulan dulu di Tingkat 1 Bahagian Pakaian.  Dia bercakap kasar kepada pelanggan di depan saya.  Saya pernah tweet kisah ini.

Saya bukan terdesak sangat nak membeli di situ.  Dahlah bangunan tak mesra pelanggan, kakitangan pun tak sedar diri.

Saya ke Parkson, beli dan customer service tolong balutkan.  Puas hati dengan duit yang dibelanjakan.

sent from my GT-i9300

29 Replies to “Bila Pelanggan Tercalar Hati”

  1. teringat pengalaman mengerikan bila anak (masa tu) umur 5 tahun, meluru masuk lift ditkt 4, dlm lift tu tak de org…. aku pulak mcm ultraman terpaksa lari turun tangga kejar lift smpi tkt bwh… lari balik ke atas bila isteri & anak2 yg lain call kata dia dah ada di atas,, naib baik le dia tak keluar dr lift…rasa nak lempangg je budak ni…
    Jom terjah post menarik dari lb ..Satay Hut Tanjung Karang – Sempat Juga Bermain LensaMy Profile

  2. dah masuk 5 tahun dok kat rawang belum sekalipun saya masuk ke giant rawang tu. entah kenapa.. lagi rela sy ke tesco… cuma selalu membebel bila lalu depan giant tu bila driver tak bertanggungjawab suka2 hati parking kat tepi jalan sampai menyusahkan orang. padahal parking kat atas bangunan bukannya kena bayar pun

  3. jahatnya mulut dia. sy biasa jgk bt mcm tu dok tepi2 dlu belek2 tp xpnh lg kena cmtu. klau kena rasanya kot ada borang soal selidik tuh sy pangkah je pekerja tu, and tulis skali sbb2nya.

  4. Saya masih x mahir lagi dengan keadaan dekat Rawang.

    Awat xmaklumkan pada pihak pengurusan. Bagus kalau dikenakan tindakan… Bukan hati busuk, tetapi nak lihat kualiti pekerja terkawal dan kepuasan pelanggan terjamin

  5. Kalau kebetulan mood tak baik kena pulak jumpa jurujual macam tu memang masak kena tu … confirm barang tak akan beli tapi manager/supervisor yg bertugas masa tu memang tak akan terlepas …

  6. Saya tinggal di Rasa, selalu ke Rawang tapi langsung xpernah terasa hati nak ke Giant ni.
    1.Memang xde tarikan langsung
    2.Parking menyeramkan
    3.Byk pendatang berlonggok kat depan pintu.
    Lebih selesa di Parkson. Kat situ pun ada Giant juge.

  7. Memang patutlah kedai tu sunyi .. cashir pun tak mesra alam .. cik jie .. thanks kasi kad bisnes tu .. nice 🙂 . tak sangka penulis blog pun ada kad bisnes .. :D..

  8. Kalau kena orang yang baran habis budak tu..hehe

    Tak c.c ke emel diorang? (ada ke?)

    Marah betul kak jie sampai bertukar jadi orang Terengganu..;p

    Jumpa esok kak jie , in shaa Allah

  9. Sebelum Jusco Rawang dibina, memang pelajar Sepintar (SBP Integrasi Rawang) akan outing ke pekan Rawang, dalam erti kata lain ke Giant Rawang juga untuk membeli barangan.

    Agak menakutkan, pekan Rawang penuh dengan muka-muka yang kelihatan membahayakan. Sekarang ni dah jarang pelajar akan outing ke Pekan Rawang kerana mengambil masa yang lama untuk ke sana berbanding ke Jusco Rawang yang hanya 30-45 minit dari sekolah.

Comments are closed.