Bukankah bayang tergantung pada cahaya

myhope

Terimakasih untuk kawan-kawan…. Ramai yang hantar email , bahasa bunga-bunga cinta memujuk hati. Lain kali tulis bahasa buah pula ye… durian ke , manggis ke….

Psst- Email ni bukan nak mintak simpati, tau!! Just to cheer you up!!

Terimakasih kerana mengumpul kekuatan  berterus terang dengan saya, Tie .
Telah kucermin wajah diri
Dan menyelam kehati
Mencari kenyataan disebalik mimpi
Dan nyatalah bahawa hakikatnya suci

Mungkin Jie sedang hadapi ujian yang besar, tapi bersabarlah. Insya Allah, doa kawan-kawan semua tetap ada buat Jie. Semoga usaha Jie membuat rawatan akan mendatangkan hasil.- Kak Long Mawar Merah

Terimakasih Kak Long, Kesenangan adalah kesedihan yang terbuka bekasnya. Tawa dan airmata datang dari sumber yang sama. Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa menampung kebahagiaan – Khalil Gibran.

“Kak, tumpang berteduh, sambil dengar ritma indah ini bekali-kali.

Lagu ini, melodi ini, indah kerana naik turun nota-nota muzik yang tersusun di dalamnya. Hidup kita juga diharapkan indah kerana naik turunnya takdir disepanjang jalan kehidupan.

Terima kasih sebab izinkan diri ini berlegar-legar di wilayah indah, terharu kerana diberi percaya” – iza

Iza – kita hanya sejalur pelangi yang menumpang mentari seusai hujan.

Take care Jie. Saya doakan semua yang terbaik buat Jie. Kita sama-sama doa. Tak ada yang mustahil bagi ALLAH Jie. Dan DIA sering makbulkan doa-doa hamba-NYA yang meminta-minta. Semoga doa Jie dan kami semua dimakbulkan-NYA. Amin. Get well soon, okay. Mwah. – Opah Dee

Mungkin juga persahabatan ini ;
tidak selalu ada saat diperlukan tetapi selalu ada hadirnya
tidak selalu dekat tetapi sentiasa bersedia
tidak selalu tahu tetapi sentiasa mengerti
tidak selalu mengerti tetapi sentiasa PERCAYA
tidak selalu percaya tetapi yakin persahabatan itu tetap ada di hati!

Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya – Yati

Sebenarnya apa yang berlaku adalah anugerah atau mungkin juga kaffarah dosa-dosa lalu.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Jie,
    Kak long baca tulisan Khalil Gibran tu dalam terjemahan versi Indonesia.
    “Sukacita adalah dukacita yang terbuka kedoknya.
    Dari sumber yang sama, yang melahirkan tawa,
    betapa seringnya mengalir airmata.

    Semakin dalam sang duka, menggoreskan luka,
    ke dalam sukma, maka semakin mampu
    Sang kalbu mewadahi bahagia.”

    Baca yang Jie tuliskan dalam versi BM lebih umpphhh.
    Terima kasih.
    .-= Kak Long´s last blog ..Episod terakhir =-.

  2. gigi ronggok says:

    Menangis aku jieeeeee…… sayang u tauuuu

  3. salam jie..nampaknya jun ketinggalan sket..bz aje, mcm2 hal..dugaan mcm2..mcm tu lah hidup kan…jie x sihat? mcm serius j? walau ape pun, jun doakan jie bertambah sihat masa ni ye. Allah nak menguji, bagi senang sket, bg susah sket…maknanya Dia sayang kita tu..sbb kdg2 ada yg kita lupakan?

    -sometimes, worry ruins today’s happiness but it will gives more happiness in future..insyaAllah..who knows kan?
    Take care, mmuahhhh!
    .-= jun´s last blog ..Basic sweet bun dough (Alex Goh) =-.

  4. gilo aaaa
    jiwang tahap 7 petala langit
    veri the veri danjerez nih
    kang menjangkit kat pak cik :))hua hua hua

  5. bait kata2x yang penuh erti dan makna persahabatan…
    .-= kisahsensasi´s last blog ..Temu janji pantas =-.

  6. Kekadang orang jauh memang tak tau apa cerita. kalau dlm kesusahan serta kepayahan moga diringankan beban olehNya.

    salam ceria kak jie.
    .-= TokNabe´s last blog ..Paling Murah =-.

  7. Ingat dalam doa je boleh?
    .-= kruel74´s last blog ..How Yasmin Ahmad became the top Trending Topic in Twitter =-.

  8. Wow! So many people cares about you! 😀

  9. ramai yang kata teman semasa susah…memang susah dicari tapi ternyata salah kan….

    p/s kepada yang ada kelapangan beri juga sokongan kepada ibu mualaf di entri terbaru saya

    • @denaihati, blog awk loading time lama giler….. kadang2 tak boleh buka langsung… make up byk sgt tu 😆

  10. Salam hormat wahai kujie.

    Sedang memijak bumi. Memijak bumi dengan kasih sayang.