Bunyi Macam Chain Saw

Assalamualaikum….minta maaf buat isteri tercinta…tatkala kau memerlukan,aku tiada di sisimu.

Namun untuk teman2 sekalian ……saya ingin berkongsi secebis kisah dari bumi Algeria. Β Inilah paparan motosikal kegemaran ramai warga Algeria.Motosikal saiz kecil yang murah,serendah 40,000.00da @2200rm.

Agak kelakar juga kalau ketika bekerja di tepi autoroute yang dalam pembinaan akan kedengaran laungan bagaikan mat rempit sedang berlumba.Tapi motosikal yang mengaum bagaikan chain saw memotong kayu masih tak sampai2 lagi.


Bila motor mat rempit tu berlalu “laju”….sakit perut kami ketawa kerana motor yang mengaum di sangka laju…. tapi kura2 pun boleh menang. Agaknya macamana lah kalau dia orang nampak motor mat rempit kat Kuala Lumpur. pelik 3 hari 3 malam agakya.

Motosikal ni kebanyakannya buatan France. Muatan tempat duduk hanya untuk seorang. Jadi “kekuatan”juga untuk seorang. Bila melalui kawasan kampung yang berbukit2 dah jadi lumrah motor ni terpaksa di tolak untuk melepasi bukit.

Lagi sekali kami gelak.

Kelebihannya pula…..sangat jimat minyak. Juga tidak memerlukan kick starter atau electric starter,hanya dengan “push” starter.

Ada sesiapa berminat nak order? 40 ribu dinnar algeria saja.

25 Replies to “Bunyi Macam Chain Saw”

  1. kate orang kampung saye “harap bunyi jer gempak…laju macam siput”…hehehe

    mungkin kat malaysia kena pakai moto yg perlahan macam ni…baru selamat sikit.. :mrgreen:

  2. hahaha.. ini mesti moto yang macam dalam cerita Mr Bean tu .. Bean on Holiday, kalau tak salah tajuk nya..

    Kalau kat malaysia pakai moto ni… sure kurang accident melibatkan moto..
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..MATA 2My Profile

  3. ada penulis jemputan malam ni ye πŸ˜‰
    tentunya taraf hidup yg jauh berbeza antara Malaysia dan Algeria, kita kat Malaysia ni sepatutnya bersyukur banyak2 dengan limpahan nikmat dan kesenangan di sini
    Jom terjah post menarik dari kenari ..When i was little littleMy Profile

Comments are closed.