Cerita biasa-biasa saja…

aulia wrote:
salam mama .. lama tak tegur lia ekk dah lupa kot

Website: www.nuraura.blogdrive.com

Alahai anak-anak, merajuk tak ditegur :mrgreen:

Mama sibuk lah Lia, sebenarnya malu nak bagitahu sibuk seolah-olah tidak pandai menguruskan masa.  Mungkin ramai yang perasan saya agak kurang bertandang meninggalkan jejak di blog masing-masing, saaya minta maaf.

housewife


5.30 pagi saya dah bangun, siapkan sarapan  dan bekal anak-anak.  Selepas Intan pergi sekolah, saya hantar Angah setiap pagi.  Balik dari sekolah, ke dapur cuci apa yang bersepah tadi.  Membasuh atau menyidai pakaian yang telah dibasuh sebelum masuk tidur .

8.45 – bersiap untuk ke kelas.

9-11 pagi saya ada kelas setiap hari.  Selasa – tadarus, Rabu – tasauf, Khamis – tajwid dan Jumaat – hafiah. ( macam murid tadika juga – tadika dewasa )

Sampai rumah 11.15 atau lewat jika singgah cari ikan, sayur di kedai.  Campak kitab atas almari ( ini ayat ustazah selalu guna ) , mula bersilat di dapur.  Kadang-kadang tak sempat duduk untuk secawan teh.

Saya perlu masak, saya tak ada bibik.  Jam 1.10 mesti di depan sekolah untuk jemput Angah.  Ambil Angah terus ke sekolah Intan.  Setiap hari saya perlu hantar makanan Intan jam 1.30 petang.  Intan balik 3.30 petang.

Balik sampai rumah dah 2 petang.  Baru nak makan atau duduk sekejap.  Masa ini saja menjengok blog atau membaca.  Saya lebih suka membaca blog orang dari menulis di blog sendiri.  Banyak komen belum dibalas….

Sebenarnya saya malu untuk detailkan tugas-tugas surirumah. Tak akan ada yang faham.

Rasa lesu sangat hari ini.  Tadi selepas solat maghrib suami tegur, katanya muka saya nampak macam susah hati.  Hehehehe…. entah, saya tak rasa susah, masalah kewangan tak pula, jiran tetangga semua elok, adik beradik pun rukun damai.

Penat mungkin.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. huhuhuhuhu memang lia paham sesangat .. tapi . 🙁 kita semakin jauh ….walaupun ader higway huhuhuhu .. jadual lia pun lebih kurang macam mama juga … apa pun lia rindu sangat ngan mama .. ok .. miss u ..

  2. hah..
    sekali mama explain.,
    terkedu ai tau :p

    bayangkan la kalau mama ni bekerja..
    huihh..
    mmg mama kena pinjam tangan sotong la :p

    yonnas last blog post..Project Pop – Bukan Superstar

  3. Suka bebenor teman dengan kartun tu… he he he

    ODs last blog post..Batuk

  4. hahahaha comel je kartun tu. xnk wt keje trus tukar jd lelaki ek hehe.

  5. Kak Jie..bersusah2 dahulu..bersenang2 kemudian..bila dah senang2 nanti teringat penat lelah membesarkan cahaya mata mesti rindu saat bersusah2 tuh..saya jamin..Don’t worry kak jie..u have a great children..mereka pasti membahagiakan akak..

    izzahs last blog post..My Precious

  6. Ibu, isteri dan house manager…

    kruel74s last blog post..My own fish spa

  7. Housewife mmg lagi penat daripada wanita bekerja… Kerja sentiasa menunggu, dari celik mata sampai pejam mata balik.

    😉

    intans last blog post..Happy 8th Anniversary

  8. BesaQnya pengorbanan seorang ibu dan isteri..
    Orang2 lain dah start cuti rayo cino, seorang ibu dan isteri tetap bekerja.
    Insaf sekejap 😐

  9. Apapun, TAHNIAH kerana menjadi WANITA yang bertanggungjawab. Tugas seorang wanita tidak pernah habis. Jadi, Abang long tidak pernah rasa terkilan, andainya Kujie tidak bertandang ke blog Abang Long. Sudah faham dengan dunia seorang – BLOGAWAN.

    Abang Longs last blog post..MEMORI INDAH di TAIPING (3)

  10. sejak sy sakit, sy juga seperti suri rumah. walaupun kerja rumah tak byk spt kak jie, sy faham tentang kepenatan tersebut.

    aktiviti harian sy spt htr org umah keje, htr nk skolah (tadika), basuh baju (mesin), sidai, memasak dan kemas rumah.

    lepas itu baru sy online. itu pun rasa dah cukup lepak! huhu.

    kak jie mmg rajin. disamping kak jie byk menuntut ilmu utk bekalan di akhirat kelak.

  11. orang rajin selalu tak cukup masa. org yg malas berlebih2 pulak masa. apa tak lebihnya, satu kerja pun tak buat.rasanya le.hehehe

    cikgu panjis last blog post..Lagi Cerita Budak Darjah Satu

  12. huuhu..
    tugas seorg ibu dan isteri sgt saya kagum…
    Allah jadikan ibu dan isteri itu mampu untuk melakukan byk bende dalam satu mase…
    kdg2 takde waktu utk diri sendiri…
    mane dtg segala power tu, Tuhan je yg tahu…
    Saya kagum!

    Akak penat cemni maybe masa kecik je kut..
    bile dah veteran nnti, anak2 dah besar, lebih aman dan lebih gembira dari sekarang nih,InsyaAllah…

    Besar pahale ibu dan isteri ni…

    chekguBHs last blog post..Pesan Roh Kepada Manusia

  13. best kn ada anak2 nie? 🙂

    Faizs last blog post..Anak Dara Zaman Sekarang Semakin Montok ! !

  14. Dalam pada antara ramainya kita, tak ramai pula yang mampu melihat yang dalam. Ramai yang hanya mampu menafsirkan yang luar.

    Yang luar, mampu diredakan apabila yang dalam diredakan dahulunya… itu kata nenek DakLan ler… Ketika itu atuk DakLan, idak pula menjawabnya.. entah ler…

  15. huish,rajin ye kak jie anta n amik anak2 kat sekolah..siap anta bekal lagi tu..mmg ibu mithali..cayalah kak jie..! 😉
    mm,kitorang zaman2 sekolah dulu berulang alik naik bas skolah je..abah keje,mak pun mane de lesen..hehe..

    nadinezuharras last blog post..:: Dilema bersuamikan seorang doktor..

  16. zino baca pun dah rasa letih hehe..

    zinos last blog post..si pemandu teksi