Cermin Diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat sesuatu kebaikan.

Kujie ~ artikel lama untuk ubati diri.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Tingkatan yang tinggi dalam diri adalah keikhalasan. Ini lah yang dinilai oleh Allah SWT.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Persepsi KejayaanMy Profile

    • Terima kasih di atas peringatan ini. perkara ini nampak macam mudah tapi sukar untuk kita laksanakan. Tetapi kita perlu berusaha agar hidup kita sedap.
      Jom terjah post menarik dari faizal ..Persepsi KejayaanMy Profile

  2. Terima kasih Jie, kerana sering mengingatkan diri yang alpa.

    Kujie ~ utk diri sendiri juga OD…selalu sgt terleka dan tersasar..

  3. ouch… terasa diri neh perlu bnyk lagi muhasabah@!~ Tapi entah la kadang terlepas jugak. Tgh cuba neh sabar.. redha dan bersangka baik…

    Kujie ~ kerana kadang2 kita mudah lekalah kita kena selalu ingat mengingatkan..
    utk diri sendiri dan utk kawan2 yg tersayang

  4. neeza sedang geram jugak ni Kak Jie.. geram dengan apa yang terjadi di Malaysia.. neeza takde kuasa nak buat apa2 kecuali berdoa kepada Allah..
    semoga Allah bersama dengan orang2 yang benar…

    Kujie ~kesannya pada kita rakyat biasa…

  5. Saling ingat-mengingati antara kita! 🙂

    Kujie ~ utk diri sendiri dan utk kawan2 tersayang

  6. “6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.”

    diya kurang faham dgn ayat ni ma… huhu

    Kujie ~ baca mcm ni
    org yg hilang sifat marah = dayus
    org yg cepat naik marah = mujahadah
    org yg ada sifat marah ttp dpt dicontrol = manusia normal
    mcm kita..manusia normal….