Dari Serendah Ke Semenyih……

Entry sendat tapi cerita yang panjang…..

9.20 – bergerak ke Kerling untuk petik rambutan di kebun orang .

11.30 – balik dari kebun setelah bergayut memanjat pokok rambutan & pulasan.

12.00 – baru sampai rumah ( sepatut rancangan awal pukul 12.00 bertolak ke Sentul )

1.45 – sampai di Sentul dan tergejut mak badak tengok tetamu yang akan diangkut ke Semenyih. Kerana Lia ada sebab kecemasan terpaksa balik kampung , kami terpaksa menyendatkan diri masuk dalam Serena.

( suamiku, intan, angah, kak uda, kiki, cik pah, wawa, topengpalsu dan kawannya )

3.30 – Selamat tiba di rumah yang dituju……no 11, Jln 1/7B, Bandar Rinching, Semenyih.

( Dapat sms dari Dea memberitahu dia telah selamat bersalin, baby boy 3.84kg … alhamdulillah…)

Sesi pokpek² , makan² dan bergambar bersama selebriti…:)

4.45 – Bertolak balik dan tiba di Sentul hampir 6.15. Turunkan Kak Uda dan Kiki di Sentul, Cik Pah, TopengPalsu dan kawannya di stesen LRT Sentul….dan hantar Wawa di Selayang.

7.15 – Selamat sampai Serendah. Dapat panggilan dari Kak Sarah Jalan 8 untuk majlis Yassin & Tahlil di rumahnya selepas maghrib. Telan panadol sebiji. Intan dah tergolek tertidur di sofa.

8.00 – Di rumah Kak Sarah walaupun badan lesu dan sendat . Menu nasi briani.

9.30 – Balik dan tengok sms dari Kak Uda dari Kiki ….

” tayar pancit 🙁 geram sgt, nyesal g isi angin .konon tau guna elektronik. tp hampeh. Dh la nk ty org pun dak2 muda india brkmpul ……”

Ala……kesiannya Kiki, yang rebus² sayur untuk pecal tu, dia tau.

Jie ~ entry sendat edisi mengantuk….esok baru kita tengok gambar ye..nak kena tunggu email …he he he… Untuk Red Diva TeamTAHNIAH! kerana membelasah Burberry 16-10! Maaf tak dapat ikut serta, malam lesen susah nak dapat woooi…!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Teh >> kita org tak de la plan² last minute je ni…kebetulan suami nk melawat..so dpt lesen beso la….

    NNt la kalo derang nk pegi lagi..kita buzz ye

    Khal >> tu baru sehari je khal…hari minggu ade sehari je…aktiviti ade byk..tak celuih nk isi tang mana

    Truanta >> blk tu mmg lesu sgt dah…tp jemputan org wajib la kita tunaikan…..pergi la juga.

    Mz >> pakcik….tak yah nk imagine….mmg ” comei” sgt kalo bayangkan

  2. *tgh dok imagin ni mcm mana ghuper nyer terkezut mak badak tuh*

  3. mmg sendat pot..
    warghhh..laratnya kak jie..kesan sini..
    bertenahag nih..
    kalo saya la..memang dah terbongkang lahh…hahaha!!

  4. hehehe…kalah paklah camni

  5. tehbunga says:

    Kujie
    ada gather2 kat rumah KS ke?..Teh dah lama teringin nak jenguk dia, lenkali kalo ada acara2 gitu, buzz Teh ye, kut kelapangan bleh le join sama..