Detik Terakhir Ramadan 1431H

Untuk pertama kali dalam tempuh melepasi 40 tahun, saya akan menyambut Aidilfitri di rumah sendiri tidak di kampung. Untuk pertama kali juga selepas berkahwin melepasi usia hampir 19 tahun ( 18/09/1991) saya menyambut Aidilfitri tanpa suami di sini.

Sangat berbeza sangat terasa. Tiada keghairahan seperti tahun² terdahulu. Semua ada – kuih, baju baru, rendang daging ( kerbau ), kuah kacang, ketupat, lemang , air serbat ( sirap) , sup tulang dan meehun sup.

Hanya satu yang tiada – Encik Saipul Anwar Haji Daud yang jauh di di Constantine, Algeria. Keadaan jadi tak lengkap jadi serba tak kena walau dia bervideo cam dengan kami hampir sepanjang hari. Menemani sejauh 10,500 kilometer melihat anak² memotong bawang, merebus ketupat tetapi realiti dan fizikalnya tak dapat disentuh.

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh – once ( dealova)

Petang² akhir Ramadan ni bolehlah jadi senduk, pisau, periuk ataupun jadi kuali ye bang……hehe:lol: bukan saja disentuh, disental sepuasnya!

p/s – Awal pagi saya ke Pasar Batang Kali, beli daging kerbau – lembu selalu sangat jadi untuk Aidilfitri ini, saya ingin kelainan.

Aidilfitri 2007 – suasana seperti inilah yang tak sanggup dihadapi tanpa suami jika di kampung.  Riuh rendah riang ria gelak tawa sanak saudara sedangkan dalam jiwa ada kekosongan.

Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa.  Dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tak lepas dosa.  Beribu maaf dipinta  … Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

©kujie – Alhamdulillah – masih bersyukur ujian untuk kami hanya secebis jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih menderita.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Detik Terakhir Ramadan 1431H”

  1. salam aidilfitri kak jie
    baru balik dr kampung…lama tak singgah hidup biar sedap
    alhamdulilah aidilfitri di zaman milenium ni memungkinkan kita at least mendekatkan yang jauh walaupun bersidang video sepanjang hari ….sabar la….faham perasaan tu selepas melaluinyer 2 tahun lepas….insyallah di panjangkan usia moga di pertemukan ramadhan semula tahun depan

  2. Pingback: Salam AidilFitri 1431 dari jauh ku pohon maaf | Denaihati
  3. Selamat hari raya aidilfitri untuk Kak Jie sekeluarga.
    Iza mohon maaf atas semua kesalahan tutur kata dan apa2 yang tak kena. Kalau ada rezeki boleh singgah makan kuih raya kat umah Kak Jie nanti hi hi hi. InsyaAllah.

  4. sedihnya……abg minta maaf,sebab dalam setahun ini terlalu banyak bebanan yang abg tinggalkan untuk di uruskan oleh isteri tersayang.dari urusan anak2 sekolah hingga ke urusan rumah tangga.masalah sampingan juga menyampuk….kereta rosak,kemalangan kereta,….banyak klau nak di senaraikan.Jadi diatas kesempatan ini….abang mohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan,keterlanjuran kata,tinggalan bebanan dan macam2 lagi….abg minta maaf dengan setulus ikhlas dzahir dan batin.dan abg janji utk tidak akan membiarkan isteri berhari raya tanpa abg disisi utk tahun2 hadapan.kepada rakan2 on line kepada kujie…haraf dapat memberi kemaafan kepad beliau andai tulisan juga kata2 yang mengguris perasaan, saya juga ucapkan selamat hari raya….maaf dzahir dan batin.

  5. Kak Jie , selamat hari raya 🙂
    Minta maaf kalau ada terkasar bahasa selama ni .
    Jangan sedih-sedih ye kak Jie .

    *saya tak pernah makan daging kerbau
    Jom terjah post menarik dari Farah ..Terkedu My Profile

  6. sama-sama Kak Jie pun…. sebagai manusia biasa, kadang²…. erk…selalunya sering dikuasai emosi.

    Maaf zahir & batin

    Terimakasih kerana selalu ada menjadi blogger yang menemani

Comments are closed.