Diam diam rindu…

erk… korang datang nak tau pasal entri hangat tahap hangit tu ke? he he he…

Draft itu tidak akan saya publish. Kadangkala kita ingin meluahkan perasaan, tapi bila sudah terluah kita berfikir adalah lebih baik kita tidak melakukan demikian. Itu yang saya rasa pagi ini.

Bila kita sudah melukakan hati seseorang yang dekat dengan kita baru kita sedar akhirnya hati kita juga yang merasa pedihnya dan kita berfikir lebih baik kita pendamkan saja dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga kita pun terlupa kita pernah merasa sebegitu.

Ia ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan.

Saya juga terkenang sebuah syair Jarir bin ‘Athiyah …

Diam adalah keindahan bagi orang bodoh, akal seseorang dapat diketahui dari kata²nya, dan tidak berakalnya seseorang juga tampak dari kata²nya.’

Ada dua macam diam: pertama , diam lisan (lidah) dari berbicara tentang selain Allah SWT ; kedua , diam hati dari hal² yang muncul di hati mengenai yang maujud, diam sama sekali.

Barang siapa yang lisannya diam tetapi hatinya tidak, maka dosanya akan ringan. Barang siapa lisannya diam dan juga hatinya diam, maka rahsia akan menjadi jelas baginya, dan Allah akan menjadi jelas pula baginya. Barang siapa hatinya diam tetapi lisannya tidak, maka dia akan berkata dengan kata hikmah. Barang siapa yang lisan dan hatinya tidak diam, maka itu adalah kekuasaan setan dan ia tunduk kepadanya.

Diam dengan lisan adalah kelas orang awam dan mereka yang melakukan suluk (perjalanan ruhani). Sedang diam dengan hati adalah sifat para muqarrabiin (mereka yang didekatkan Allah kepada-Nya), diam milik ahli musyaahadah (orang yang mampu menyaksikan kebesaran Allah).

Jie ~ sekurang² jari jemari saya tidak menulis sesuatu yang akan menyakiti hati seseorang. Hidup biar sedap…!!!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. OD

    itu semua peringatan pada diri saya sendiri yang sering alpa dan sesekali hilang pertimbangan.

    Saya tak akan riuh menyerang … saya akan perkuatkan diri saya untuk menempuh serangan..hihihi..gitulah kias²OD.

    Orang akan menilai kita , kita tak boleh nak cop sirim diri sendiri bahawa kitalah yang baik, yang sempurna yang istimewa….org pakat gelak adalah..sengal pe Jie nk ngaku dia terhebat..hakhakhak…

    ” Saya ingin berbuat sesuatu yang meninggalkan gambaran yang baik kepada orang lain “

  2. Salam Jie…
    Terima kasih kerana mengingatkan sesama insan. Sabda Rasulullah, “Sampaikan pesananku walaupun sebaris ayat.” Inilah dia… antara ajaran yang paling mulia untuk menjamin insan melakukan kebaikan di dunia. Semoga, setiap yang Jie lakukan akan diberkati ALLAH hendaknya. Amin.

  3. combi

    jgn risau combi, kata Kalajengking

    what you give you get back

    kita bahagia, kita gumbira suka ria kan….kita membahagiakan kawan²kan…jadi apa kebaikan yg kita buat tu..akan dapat balasan..

    erk…ko bagi kristal tu ko jgn harap dia jadi mas 916 pulak!

    hehehehehe..cubit dia sekali !

  4. echah_syed says:

    betol jie..jgn jadik sengal dan bengap..tak reti bahase jawa,jerman,timor leste dan pape je laa..

    lotih den nak ngajo..patut dia ngajo aku sbb dia kan sijil pnjg berjelo..uhukz !

  5. muin

    hari ni kak jie sungguh hepi..kakjie berbuat sesuatu yang lebih baik dari semalam..untuk diri sendiri..

    Insya Allah semoga mendapat rahmatNya

  6. my heart

    Diamlah selagi diam kita itu boleh mengawal keadaan.

    Kalau marah, lebih baik diam..percaya tidak…masa akan menghapus rasa yang prnah kita simpan…kadang² kita lupa kita pernah berperasaan begitu..

    ada hikmahnya dan percayalah ada gamjaran bahagia kemudian hari.

    farah deeba

    Before you open your mouth to speak, please make sure it’s an improvement upon the silence – something similar

  7. arin

    bila timbul rasa tak puas hari, rasa nak memberontak…selalu ingat, adakah apa yg kita akan cakap ini boleh mengubah keadaan?

    Mungkin hal ini kerap berlaku..pakar motivasi akan suruh kita berterus terang tetapi bagaimana kes yang sering berulang²…nak bercakap lagi?

    eemmm..kadang² diam lebih baik…lukanya sembuh sendiri..:p

    combi

    Aku bukan marah kes itu combi, saya masa tu aku rasa patut berkokok mempertahankan diri , kendian aku berfikir..kalau aku hilang pertimbangan dan sama riuh seperti ” pihak itu”…apa kelasssssssssssss…aku pun sama level dengan kesengalan dia juga!

    Aku tak perlu buktikan apa² pada orang yang seperti itu..aku percaya pada diri aku mempunyai qulaiti hidup yang lebih baik dan kawan² sekeliling yang lebih memahami…muaaaccchhh utkmu sahabatku…

    Aku takut….aku akan hilang seperti air yang menjadi wap….tanpa kesan tanpa jejak..ha ha ha

  8. nice entry k.jie..mmbuatkan sy terdiam……………………….pekabar k.jie hari ni? :p

  9. Farah Deen says:

    sometimes, silence speaks a thousand words….

  10. diam…itu adalah satu perbuatan yg selalu saya buat….baik diam dari berkata² yang mungkin bisa menyakitkan perasaan orang lain….tapi sampai bile nak diam & pendam ?? kenot go la kak jie….

  11. echah_syed says:

    ek elehh suspen aku jie..siap sedia 2 tempayan ais batu lagik..

    orait laa tu kkdg..rase marah tu dtg sekejap je.. ia ilang seperti perginyer kabus bila mentari menjelma..

    tabik springgggg :p

  12. Sehari dua ini saya banyak diam dari berkata2 ngn seseorang yang amat dekat dengan saya..kenapa ye?kadang kala,sebab marah saya lebih banyak diam tapi rasa tak puas sangat sebab apa yang marah tak dapat diluahkan..dan jika saya luahkan..perghhh.. 🙂