Dibakar Tidak Hangus Dan Direndam Tidak Basah

Ayah lahir pada  01 Julai 1941. Tahun penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ayah menjadi anak yatim apabila datuk saya di bawa Jepun sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat tidak pernah kembali selepas itu.

Dibesarkan tanpa bapa bukanlah sesuatu yang mudah di zaman keperitan penjajahan Jepun. Ayah tidak pernah bersekolah tetapi ayah tidak buta huruf. Ayah boleh menulis dan membaca dengan baik kerana ayah belajar secara mengintai² orang lain . Ayah belajar menulis  dengan menguis-guis di atas tanah.


Tulisan ayah cantik dengan seni tulisan Tamil yang berkerawang kerana ayah dibesarkan di estet getah. Disepanjang zaman remajanya ayah merantau berbasikal dari Gurun, Bedong dan akhirnya menetap di Kuala Ketil. Disitulah ayah bertemu jodoh dengan emak, Chek Chang Binti Md. Nor juga seorang anak yatim piatu yang berkelana dari Seberang Prai.

– Ayah sebelah kanan bersama kawan baiknya.

Ayah seterusnya meneruskan kehidupan dan menetap Baling hingga kini. Dengan sejarah keluarga yang pudar dan kelam, saya sendiri tidak berapa mengetahui susur jalur salasiah keluarga.

– Dalam usia tua begini, saya masih sanggup memeriahkan majlis perkahwinan.

Ayah seorang yang pendiam, bercakap hanya perlu, sangat  berfikiran positif dalam hidup dan seorang yang baik hatinya. Lembut walaupun ayah seorang guru silat. Saya belum pernah sekali pun melihat ayah meninggikan suara atau berdendam sakit hati dengan sesiapa walau apa pun perkara buruk yang pernah diperlakukan kepadanya.

Sepanjang ingatan, saya  hanya pernah sekali dimarahi ayah dengan teruk kerana kecuaian  menjaga adik hingga hanyut waktu mandi di sungai.  Waktu itu umur saya 10 tahun.  Ayah ada 3 orang anak perempuan dan yang ke-4 itulah satu-satunya anak lelaki ayah.

Saya bawa adik lelaki main di sungai sewaktu ayah dan emak pergi menoreh.  Seronok main hingga saya leka tidak sedar adik  sudah dihanyutkan arus air. Mujurlah guru mengaji kami ada di bawah sedang mengambil air sembahyang.  Adik tidak lemas walaupun jaraknya agak jauh.

Balik dari sungai, saya menyorok di bawah katil.  Saya tahu mesti kena marah. Saya hanyutkan satu-satunya anak lelaki yang ayah ada ketika itu.   Memang ayah marah dan sejak hari itu saya tidak dibenarkan lagi bawa adik ke sungai ( kalau tak boleh pergi sungai, tak bolehlah main-main dengan kawan-kawan lagi…) Itulah medan permainan kami sewaktu kecil.

Membesarkan anak seramai 9 orang termasuk seorang Down Syndrome ( yang telah meninggal dunia pada usia 20’an- al-fatihah) membuatkan keseluruhan hidup ayah hanyalah disekeliling perdu-perdu getah untuk mempastikan kami cukup makan. Pernah di tahun 80’an ayah merantau bekerja sehingga ke Singapura.

– Selepas dilanggar Gadis Myvi Hijau beberapa bulan yang lepas.

Ketika saya perhatikanlah ayah waktu sedang tidur, mula saya sedari betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kami, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kami kenyang dan pendidikan kami lancar.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan kami semata- mata kerana rasa kasih dan sayangnya sehingga kadang-kadang itu sering di salah ertikan.

Melihat ayah dalam keadaan itu, satu getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ayah untuk kebahagiaan saya dan adik-adik. Pengorbanan yang amat melelahkan serta memenatkan namun enggan diungkapkan.

Sekarang, walaupun kehidupan ayah tidaklah kaya raya tetapi ayah lebih tenang dan bahagia. Kesemua anak ayah telah bekeluarga kecuali seorang adik bongsu saya yang masih belajar di Politeknik Kulim.( dah kerja) Saya ada adik perempuan ye ….silalah hantar proposal diri! :lol:

Walaupun anak-anak ayah tidaklah berjawatan tinggi bergaji lumayan, menjadi orang penting atau pun jutawan besi, anak-anak ayah tidak terlibat dengan sebarang masalah rumit yang merungsingkan hati tuanya.

Saya masih ingat, 20 tahun dulu sewaktu pertama kali saya meninggalkan kampung berhijrah ke Kuala Lumpur, ayah berikan saya sekeping kertas dengan sepotong ayat disuruh hafal.

“La ilaha illa Anta, SubhanaKa, inni kuntu minaz-zalimin”

Saya hafal dan baca setiap kali didalam kegelisahan, hati berdebar-debar dan di dalam kekeliruan membuat sesuatu sehinggalah saya tahu ayat itu adalah doa Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut ikan nun.

Ayah seorang yang hebat! Catatan pendek  ini tidak mungkin mampu merungkaikan segalanya tentang ayah kerana apa yang pernah dilakukan untuk kami tidak dapat dihitung. Semoga Allah berikan ayah umur yang panjang dalam keberkatan dan semoga ayah dalam perlindunganNya selalu.

Selamat Hari Bapa !

p/s – ayah selalu tersilap dail nombor saya – bila saya telefon balik. ayah akan cakap..  ” silap..ayah tak nampak, nak telefon orang lain”

©kujie – entri setahun dulu yang dikitar semula sempena Hari Bapa.  Sekarang ini ayah tidak berapa sihat.  Demam sejak seminggu lalu.

Untuk Encik Suami – bapa kepada anak-anak saya . Selamat Hari Bapa, bang…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya sayang ayah 🙂 🙂

  2. Anonymous says:

    saya sayang ayah 🙂 🙂

  3. shaa ryenn says:

    Assalamualaikum…kak jie
    Ayah ape khabar Shaa baru in this blog…
    Shaa miss ayah Shaa but tk pernah see dia pon 🙁

  4. Walaupun lewat tapi belum terlambat mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa yang telah berkorban di seluruh dunia.
    Jom terjah post menarik dari Benrauf ..Dari Mana Asal-Usul Yahudi IIIMy Profile

  5. hem selamat hari bapa cuba kita lihat dan kaji siapa dulu yang allah cipta ? bapa betul tak ? iaitu nabi adam 😛
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Temubual bersama Dr ishak dan Pak pandir mengenai twitterMy Profile

  6. jawatan kosong says:

    hik hik.. bapak memanglah begitu berjasa bagi kita semua..
    Jom terjah post menarik dari jawatan kosong ..Senior PHP Developer Vacancy Cheras KLMy Profile

  7. touching la baca entry kak jie ni..
    tapi..beza ngan saya ..tak brapa ngam ngan ayah…sejak dulu lagi…sbb ibu dan ayah pun ada conflict tapi masih bersama..serumah tapi bilik asing2..kadang2 jealous gaks tengok family org lain..nasib baik bapa mertua saya sangat ngan dengan anak2ya

  8. adikeica87 says:

    kak jie, ica baru lepas post entry ica pasal ayah ica..Pastu baca blog kak jie, eh baru perasan, ayah kita banyak persamaan..Lahir zaman jepun..=)

  9. salam kak jie.
    semoga ayah kak jie cepat sembuh.
    selamat hari bapa buat ayah kak jie.
    Jom terjah post menarik dari fikah ..Kembali kepada hidup yang kurang normal.My Profile

  10. salam ukhwah.

    wah! tersentuh jugak membacanya. Memang menarik entri ini.
    Semoga ayah Kak Kujie sembuh dari demam..Pengorbanan ayah tidak dapat dibalas…

    pernah lihat ayah menangis tak kerna kita? hurm…
    Jom terjah post menarik dari Amir izzat ..Bodoh Ke Pelajar Sekolah Teknik?My Profile

  11. Menarik gak entri ni kak jie,Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di Malaysia tak kira dimana mereka berada
    Jom terjah post menarik dari wazy ..Selamat Hari Bapa 2010My Profile

  12. best baca kisah kak jie ni… selama hari bapa kepada semua yang bergelar bapa…
    Jom terjah post menarik dari syahirul ..Rasulullah: Aku merinduimu, aku sedih!My Profile

  13. selamat hari bapa juga pada semua~
    zara pagi2 tadi ingat nak belanja Abah~
    sekali dia tak mau buka puasa Rejab~
    he he he~ 😛 😛
    Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..Cikgu, Tolong Beri Saya Lulus, Saya Mohon Sangat | Apa Perlu Aku Buat? Pendapat Kamu?My Profile

  14. been there aite??
    would love to hear ur rambles on my case
    gyahaahhaahahaah~

    do comment,
    i wanna hear what ur brilliant brain is thinking.
    gyahahaahahaahah~
    Jom terjah post menarik dari hellioz ..Bukan Lagi Live Blogging MengarutMy Profile

    • baca semua kes dan Kak Jie bukan hakim utk menghakimi semua orang… baca utk panduan diri sendiri

      most arguments are not important to me – diam lebih baik.

      Terimakasih kerana sudi mencemar duli menulis di sini. Orang popular ni… 😆

      • org popular jarang nak dengar pandangan orang [xsemua]
        orang popular dengar pendapat sendiri je. [xsemua]

        gwa ni newb, same je mcm gwa awal2 start blogging dulu.
        gyahahaahahahaahah~

        btw,
        popular was never an option for me.
        but pleasure of stripping thy brain?
        thats my intention…

        gyahahhaahaahhahha~
        Jom terjah post menarik dari hellioz ..Bukan Lagi Live Blogging MengarutMy Profile

        • Sepanjang menjadi seorang blogger, Kak Jie jumpa berbagai2 kes – selagi benda2 tu tak menjejaskan kualiti hidup Kak Jie, Kak Jie cuma baca dan tidak pernah memberi komen melampaui diri yang tidak kenal kedua belah pihak.

  15. terharu pulak baca catatan kak jie ni…best..terkesan pada sy
    Jom terjah post menarik dari suzzsuzie ..Makan Durian Boleh Awet MudaMy Profile

    • ayah zaman dulu tak sama dgn skrg
      sifat, didikan semua berbeza sbb anak2 saman skrg pun tak sama dgn anak2 zaman skrg 😆

  16. sy tak pernah menatap wajah seorang ayah semenjak saya lahir dan saya pun tak kisah la kalau dia hidup ataupun mati…
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Tutorial pasang feedburner di blog part 2My Profile

  17. selamat hari bapa !! 🙂

  18. selamat hari bapa kakjie 😉
    Jom terjah post menarik dari x-po ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?My Profile

  19. besarnya jasa dan pengorbanan seorang ayah.
    di kala usianya dimamah hari, di kala itu mereka memerlukan kite.

    selagi ada, selagi itu bakti kita pada mereka…
    Jom terjah post menarik dari chekguBH ..Movie Marathon, Makan (pun) Marathon. Apela Nak Jadi…My Profile

  20. tanpa kasih ibu dan ayah, mungkin kita tak menjadi seperti kita skrg…
    Jom terjah post menarik dari lazaac ..Response cached until Sat 19 @ 18:23 GMT (Refreshes in 52 Minutes)My Profile

  21. Salam ziarah Kujie,

    sayu baca entry ni. harap ayahnya cepat sihat ya.

    Jom terjah post menarik dari Nia ..Tips untuk yang merancang atau sedang mengandungMy Profile

  22. menarik sungguh cerita ayah kak jie dalam olahan seorang blogger seperti kak jie..

    saya pun sayang ayah saya 🙂
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Bila RM50 terbang melayang untuk sesuatu yang kita harapkan lebih rupanya hampehMy Profile

  23. hyep dapat tahu dari BEN… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Qiefly ..Adidas The Mall on SaleMy Profile

  24. ayah dan ibu yang amanah, memang tiada gantinya, kan kujie

    semoga kita nanti bisa jadi sama baik atau lebih baik, kepada anak2 kita
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..23 yang melekat pada diriMy Profile

  25. Salam Kak Jie . Menitis air mata bila saya baca entry ini .Terharu dengan pengorbanan seorang ayah . Semoaga ayah Kak Jie dan ayah saya serta semua ayah di dunia ini dirahmati dan diberkati ALLAH

  26. Tadi telefon ayah, kata mak ayah dah makin sihat…terkilan sebab sepatutnya balik jengok ayah 14/6 ttp atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan..tiket bas yg telah ditempah seminggu lebih awal diberikan pada orang lain 🙁

  27. selagi ada ayah…. ingatlah…

    al fatihah utk arwahnya Hj Sadri bin mohamad. 🙂
    .-= zana´s last blog ..Tag Lagi Ya.. 😀 =-.

  28. saya selalu terfikir, macam mana la ayah membesarkan anak-anak yang ramai…walaupun gaji tak seberapa…~kagum~
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Peluang Kerja =-.

    • @Lan Bingka, kita hanya nampak material itu sesuatu lambang kecukupan…tp rezeki setiap anak itu sudah disediakan….perlu berusaha

  29. Salam Kak jie…
    Su selalu peluk makcik-makcik kenalan kat masjid shah alam bila rindukan arwah mak. Meminjam kehangatan seorang ibu. Tapi bila rindukan arwah ayah… su cuma mampu memeluk bayangannya saja… 🙁
    .-= suara´s last blog ..Alhamdulillah…. =-.

  30. salam..
    sedih teramat sgt baca blog kak jie nie..
    pgrbanan insn bergelar bapa rasanya xtrbls jasanya..
    snggup brgdai nyawa utk mbsrkn ank2nya..
    smga ayh kak jie n smua bapa2 trmasuk ayh sy dlm keadaan sht n dirhmti allah…
    SELAMAT HARI BAPA….

  31. Bapa saya meninggalkan kampung halaman di Kendal, Jawa Tengah, kerana inginkan alam persekolahan yang boleh menjamin masa hadapannya.
    Walaupun cita2nya tidak kesampaian kerana Jepun mendarat di Asia Tenggara, kehidupan & ekonominya berubah 360 darjah,
    Bila beliau bersama anak-cucu seramai 17 orang ‘balik kampung’ lewat tahun 90, beliau memberitahu tiada perubahan berlaku pada rumah yang ditinggalkan lama sebelum perang meletus. Begitu juga dengan perabut & alatan rumah yang masih digunakan.
    Kini beliau telah lama meninggalkan kami. Tapi yang pasti, insyaALLAH kami akan merubah kehidupan & ekonomi asal-usul kami 360 darjah juga.
    Alfaatihah untuk Almarhum bapa, datuk-nenek & sekelian yang telah meninggalkan dunia ini.
    Amiin…

    • @ummie, Al-fatihah untuk almarhum bapa ummie..semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

      Sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui kesenangan harta benda,
      tetapi sayang seorang anak pada kedua orang tuanya ialah dengan doanya supaya kedua orang tuanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

      Amin…

  32. selamat hari bapa kepada semua bapa terutama bapa jie…
    .-= zino´s last blog ..tiga dalam satu….. =-.

  33. etomyam says:

    kasih ibu membawa kesyurga, kasih ayah selama-lamanya…
    .-= etomyam´s last blog ..Seminggu Di HUSM Kubang Kerian =-.

    • @etomyam, itu kalau ayah yang sedar dan bertanggungjawap pada anak2…ramai juga ayah yang jadi ‘hantu’

  34. Setiap orang patut mengenang orang yang membesarkan mereka setiap hari dan yang Muslim patut baca ayat yang mendoakan mereka yang meminta Allah menjaga mereka seperti mana mereka membesarkan kita tu… Selamat Hari Ibu dan Bapa untuk semua…
    .-= kruel74´s last blog ..Z4 launch and PJ Challenge Bloggers ‘K’arnival =-.

    • @kruel74, ye yg ni sgt2 betul..dlm kita dok sebut ingat, rindu dan hargai apa saja pengorbanan mereka, kita tak boleh ckp kosong mcm tu je….kita mesti mendoakan mereka

  35. Kdg2 kita lebih ingat jasa mak sampai terlupa pengorbanan bapa.
    memang sayu baca ni…
    .-= zool´s last blog ..Badminton Terbuka Indonesia milik Lee Chong Wei =-.

  36. Salam kak jie.. komen pertama saya di blog kak jie ni. terharu saya membaca entry ni dan mengenangkan pengorbanan seorang ayah. Semoga ayah kak jie sihat sentiasa.

  37. selamat hari ayah untuk ayah kak jie… tiap kali baca pasal mak abah mesti rasa syahdu semacam.
    ayah ayah kita memang hebat 🙂
    .-= iza´s last blog ..Doa Untuk Abah… =-.

  38. Salam kak jie.. …. kalau ada masalah, kita biasa jumpa ibu. kalau nak apa2 senang jumpa bapa.. sbb dia jarang tanya banyak2 :DSelamat hari bapa untuk semua orang lelaki bergelar bapa.

    … menjadi juga magazine template kak jie ni.
    .-= TokNabe´s last blog ..Satu Kepuasan….. =-.

    • @TokNabe, betul tu..sy anak perempuan, anak sulung
      mmg lebih rapat dgn ayah..kata org..sikap kami hampir serupa…heheh

  39. wah kak jie.. panjangnye kesah.
    aku tak berkesempatan nak buat citer psal
    entri abah aku. tak pe la… dah wish pon kat die.
    xceli bukan stakat nak tgu hari bapa je wish..
    kekadang saje je telefon dia tanye khabar.

    harap kak jie dan famaly sihat alhamdulilllah..

    Note: aku baru sudah balik dinner dengan si-dia.
    erm.. die sampaikan salam kat kengkawan blog
    termasuk kak jie.. ok~ 😀
    .-= Kreuger´s last blog ..Selamat Hari Bapa & PC aku melingkop =-.

    • @Kreuger, post yg ade dateline mcm ni, bkn kak jie buat senafas je….kak jie draft berhari2…sikit2
      bila sampai harinya baru publish

      waalaikumsalam…wah..ari2 pergi dating :p

  40. Ramai juga adik beradik Jie, Tie cuma 5 beradik, Tie yang sulong.

    Memang jasa ayah sungguh tidak ternilai….. 😆
    .-= Tie´s last blog ..Selamat Hari Bapa =-.

    • @Tie,skrg ada 8 , adik saya yg down syndrome tu dah meninggal di usia awal 20’an. semua adik2 sy dah berkahwin…seorg je lagi…yg masih belajar
      org dulu2…. anak 10 tak sama dgn zaman kita anak 2-3 ketul Tie… :mrgreen:

      kita dulu boleh jaga adik, umur 10thn dah pandai masak nasi..anak2 skrg….huhuhu
      tgok anak kita sendiri…hehe

  41. kak jie memang pakar menulis catatan sebegini. terkesan membacanya. tak disangka mengalir air mata. mungkin ada banyak cerita sebaliknya yang mengusik hati ini.

    pengalaman baru setahun jagung menjadi seorang bapa sudah menggambarkan betapa cekal seorang bapa menjalankan tanggungjawabnya.
    .-= megat´s last blog ..Lesen Karpersky Internet Security 2009, Iklan Nuffnang! =-.

    • @megat, catatan ni tak de cukup perisa..kak jie bukan penulis yg baik…

      semua org ada kenangan masing2 ttg ayah..suka duka pahit dan manis

      bila usia meningkat…terasa lebih memahami ayah

      • @Jie,

        Bila usia meningkat, terasa lebih memahami ayah…
        Su pun sama kak jie… Tapi su fahami ayah bila ayah dah tiada… Terlambatkah su…? 🙁
        .-= suara´s last blog ..Alhamdulillah…. =-.

        • @suara, bukan terlambat Su
          itu sudah mencukupi…. kecukupan masing2 tak sama

          doa masih boleh dikirimkan..ada org masih ada batang tubuh ayahnya tetapi tdk diperdulikan..apa ertinya

          sekurang2nya su boleh kirimkan doa dan al-fatihah…lagi berkat

  42. erk! Den seorang ayah.. tapi anak2 den belum laie pandai buat entry mcam si kujie buat ini…

    agak2nya, bila mereka sudah besar, bolehkah mereka membuat entry khas untuk ayahnya?!

    huhuhu

    harap2 kalau mereka buatkan utk ayahnya itu, segala yg baik2 sahaja yg terpahat.. huhuhu

  43. tahniah kak jie kerana mempunyai seorang ayah yg begitu kuat & cekal.
    semoga ayah kak jie sihat hendaknya, insya-Allah.

    *betapa beruntung kerana masih mempunyai ayah berbanding saya. 😥
    .-= aidilx´s last blog ..Nur Kasih: Nilai Cinta & Pengorbanan =-.

Trackbacks

  1. […] ©kujie – awal pagi tadi telefoh ayah – Alhamdulillah, ayah beransur sihat.   Minggu lepas ayah tak berapa sihat. […]