Peribadi

Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik

Dengar je teknologi makanan mesti orang tanya “eh belajar memasak ke?”

Teknologi Makanan ni belajar tentang fizikal, biological dan chemical komposisi makanan. Bukan belajar masak masak macam kulinari ya. Teknologi Makanan akan belajar macam mana makanan boleh spoil, microorganisme, nutrition, kelas makanan, penyimpanan makanan, menghasilkan makanan, macam mana nak process makanan dan banyak lagi. Kiranya belajar dari A-Z macam mana makanan tersebut dihasilkan.

Sekarang Intan tengah belajar semester 2 (Dec 2017) dalam Diploma Teknologi Makanan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di Kuantan.

Dari tadi asyik sebut makanan mesti semua mcm mesti best kan. Memang best pun hahahahah. Assignment pun gambar makanan, Slide kat depan pun gambar makanan, nanti sem 3 & 4 lagilah, datang kelas bawak perut je kot hahahaha. Walaupun course ada belajar Chemistry, Biologi. Intan yang ambik aliran perakaunan waktu sekolah dulu rasa okay je. Tak ada la susah susah macam kat sekolah. Sebab lebih separuh kelas bukanlah dari aliran Sains Tulen, Lecturer pun ajar slow slow sampai faham.

Untuk yang bakal belajar di Politeknik, ni lah course yang akan belajar pada Semester 1

 

 

 

 

Engineering Mathematics ni macam Add Math, Tapi rasa takde la susah sangat macam kat sekolah dulu ntah kenapa. Tapi Sem 1 dgn 5 je untuk Diploma Teknologi Makanan. Sebab separa engineering.

Okay sekarang pengalaman belajar pulak.


Ok ni view Kamsis Ibnu Sina. Kamsis ni majoriti student sem 1 yang duduk. Selipar semua dah tak bersepah depan pintu dah semua dalam bilik untuk memudahkan kerja penyelengaraan dan memenuhi syarat keselamatan OSHA

Yang ini pula kami buat jem mangga untuk CDIO (conceiving, designing, implementing and operating real-world systems and products) Siap check pH scale dan Brix (untuk sugar content). Lepas tu design label product, siapkan report dan present kepada pensyarah kami.

 

Yang kiri buat experiment nak tahu kandungan gula dalam kelas amali Food Chemistry. Yang kanan pula buat experiment mengasingkan compound dalam kelas amali Organic Chemistry.

Yang kiri tu experiment untuk kenal pasti kandungan lemak dalam sampel dalam kelas amali Food Chemistry. Kanan, check Brix (kandungan gula) pada sampel masa buat experiment dalam kelas amali Unit Operation.

Ni lah view Polisas. banyak pokok best je. Pepagi sejukkkkk..

Lagi gambar dalam kelas amali. Yang ni pula experiment nak tahu teknik-teknik pengupasan bahan mentah paling cepat dan sesuai untuk industry. Kanan, Ni pulak kelas teori Organic Chemistry. Usually students akan print notes dari CIDOS (Polytechnic e-Learning Portal) so takde lah perlu beli buku kat luar ke apa. Ada juga lecturer suruh beli buku reference yang biasanya harga bawah Rm20.

Belajar teknologi makanan ni macam macam tahu. Tiap hari boleh bagitahu mama kat rumah tips untuk hasilkan makanan yang lebih berkualiti. Seterusnya, bila belajar subjek ni baru dapat tahu yang nak hasilkan makanan dari industry rupanya banyak kerja. Even nak dapat sijil halal pun kena lalui banyak procedure dan audit. Bukan senang senang je dapat.

Product yang dihasilakan kakak abang senior untuk projek akhir pun wow jugak, ada yang hasilkan tepung dari buah delima, hasilkan agar agar dari kulit bawang (serious tak rasa bawang langsung hahahaha), hasilkan mcm cornflakes tapi diperbuat daripada kulit pisang. Dah nama pun Teknologi Makanan kannnn.. Rupanya kulit buah yang kita selalu buang tu boleh hasilkan product yang baharu.

Mesti terfikirkan ambik Teknologi Makanan ni boleh kerja apa je? Course ni luas sangat bidang pekerjaan. Boleh jadi Quality Assurance, Quality Control yang kerja selalu di kilang makanan untuk memastikan kualiti makanan. Boleh jadi Dietitian/Nutritionist yang pakar nutrisi dan diet. Kalau minat engineering boleh jadi Food Engineering, design machine, packaging,etc. Boleh juga kerja dalam makmal, kaji makanan. Boleh jadi Product Development Scientist, Food Scientist, Scientific Laboratory Technician, Food Technologist, dan sebagainya. Senang cerita selagi manusia perlukan makanan, selagi itu lah perkerjaan dalam bidang ini diperlukan.

Untuk adik-adik yang nak apply UPU and ada soalan berkenaan Diploma Teknologi Makanan ni boleh komen kat bawah. Nanti ada bila Intan ada free time buka blog, Intan balas ok!

 

 

34 thoughts on “Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik

  1. hai intan. menarik info ni. Selalu ingatkan macam hotel catering tu. yg belajar2 chef. Rupanya lebih kepada teknologi dan pemprosesan makanan ye

  2. Dah 2-3 bulan tak nampak entri baru. Sibuk ke ni? Harap boleh nampak artikel yang baru secepat mungkin…. Semoga sihat!!

  3. Wah, kagumnya bila baca pasal anak2 muda yang pandai hasilkan produk makanan daripada benda2 yang kita tak sangka pun. Sangat inovatif. Moga lepas ni lebih banyak produk2 makanan hasil ciptaan rakyat kita dapat dijual di pasaran. InsyaAllah.

  4. errr… pakcik-pakcik yang mula kerepot boleh komen kat sini ke, Intan?

    hahaha

    Maza sudah lama tak update dan blogwaliking. Maza kira tahun ini nak mula aktif. Maza akui sudah lama tak menjengok blog kak jie. Dah banyak berubah.

    Penulis jemputan vvvip sekarang di blog ini ialah Intan, ek?

    hahaha

    1. Hai pakcik….belum menopause lagi jadi blogger hahaba…lama tak update.

      Suruh Intan je ambil alih.

  5. Bidang yang jarang anak muda ceburi.BIdang yang menawarkan peluang pekerjaan sebab tak ramai yang nak ceburi bidang ni.Mula-mula memang la cakap tak minat tapi lama-lama mesti minat.Sebab tu jangan kita pilih bidang atas dasar minat je,mana tahu bidang yang kita tak minat tulah buat kita berjaya.

    1. Teknologi Makanan ni kos pilihan utama masa Intan isi form UPU….mestilah dia seronok sebab dapat kos pilihan.

      Ramai yang tak kenal kos ni, masa pergi medical check up pun doktor tanya macam² bila tau tentang kos ni…dia cakap dia pun tak berapa tau .

      Kos ni luas sebenarnya

Comments are closed.