Dunia Sepi Seorang Isteri


tengok gambar ni – sayu dan sepi pula – tak ada orang!

Gambar atas adalah view depan mata saya – komputer ini tepi tingkap tanpa langsir. Dari sini saya boleh intai Ruang Rindu atau rama-rama berterbangan atau burung yang bernyanyi riang .  Taman exotik saya tiada pokok berbunga – kalau ada pun hanya helicornia ( lady pink ), orked hutan bunga purle , hidupan air keladi bunting berbunga purle dan yang pelik saya tanam juga sepohon senduduk juga berbunga purle.

Sementara tunggu kat balkoni,  saya intai Si  Bulan.  Ini ikan kaloi yang saya belah hampir 10 bulan.

Sebenarnya susah nak dapatkan aksi Si Bulan,  ikan kaloi (nama saintifiknya Osphronemus goramy ) ini sering mengelak disebalik pasu pokok keladi.  Tapi hari ini, mungkin Si Bulan dalam mood yang gembira, dia benarkan saya snap aksi manjanya.   Tiap kali saya bagi Si Bulan makan, dia benarkan saya menyentuh badan dan dia melentok  manja mengiringkan badan… getik Si Bulan.  Si Bulan makan kangkung yang saya tanam sendiri di tepi kolam .

Kemudian layan ikan talapia bermain dicelah pokok pegaga ( sbb tu ikan2 saya awet muda ) pohon banat, paku pakis dan kiambang bertaut.

Along balik malam tadi, kelas belum ada lecture.  Saya suruh dia pindahkan ikan di kolam bahagian kiri rumah ke kolam utama.  Saya pun tak kenal nama ikan ni, tapi dah lebih setahun bela.   Ada 26 ekor semuanya.   Suami tangkap dalam lombong  setahun dulu.

Dunia seorang mama yang ditinggalkan anak-anak.   Berkawan dan berbual dengan pokok, ikan , rama-rama dan burung.

dah berjaya snap gambar burung datang makan – guna kamera kompak canon sajeee..

©kujie – hati tersiat-siat dan pedih … seorang ‘kawan’ yang kenal offline dan online. yang hilang lebih 2 tahun tiba-tiba muncul mempertikaikan bloglist tiada link dia – tak pernah tanya khabar, tiba-tiba muncul mencari salah diri – kecewa!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Dunia Sepi Seorang Isteri”

  1. bila sunyi kenalah cari pape perkara lain utk diisi.. tmbah2 cam kak jie, suri rumah.. tak dapat saya bayangkan lau saya ditempat kak jie.. hanya anak peneman.. tul tu.. nasib baik de intan kan..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Setelah 2 Tahun BerlaluMy Profile

  2. biase la tu kak. bile keseorangan mmg cmtu. atleast akak express feeling tu. tak dipendam. so xmembebankan nanti. y dun u try sumtink else? sumtink new? mcm bela hamster ke. ok gak tu. bley tgk die pusing2 roda tu 😆
    Jom terjah post menarik dari jack ..Jadi Doktor Online-My Profile

  3. biase la tu kak. bile keseorangan mmg cmtu. atleast akak express feeling tu. tak dipendam. so xmembebankan nanti. y dun u try sumtink else? sumtink new? mcm bela hamster ke. ok gak tu. bley tgk die pusing2 roda tu 😆

    Jom terjah post menarik dari jack ..Jadi Doktor Online-My Profile

  4. hehe dulu kat rumah ada dua kaloi indo tu. tapi satu tu kiok, tinggal seko. seko tu besar gila dari dalam akuarium kat umah kene dikeluarkan ke kolam kat luar.

    tapi akhirnya kiok gak 😀

    yang ikan tak tahu tu nak teke la.. tongsan! :p
    Jom terjah post menarik dari TMUkmkd ..Guna Twitter Dari Pidgin MicroBlogMy Profile

  5. cantik dan nyaman sungguh umah kak jie bila la dapat singgah….mengidamkan rumah ada laman macam kak jie….tapi bela ikan seekor pun mati 😆

    1. nampak mmg lah…tapi nak maintenance tu….malas…malas…sbb selalunya suami yang rajin bab2 cucuk tanam ni…semua tu dia yg tanam, dia yg buat sendiri kolam2 air terjun tu

      sebulan sekali budak potong rumput lalu depan rumah, minta tolong dia potong yg dlm rumah sekali… bagilah sikit saguhati…

  6. along dah balik eh.. hehehehe… segan nak tegur dia aritu bila jumpa kat cafe.. bestnya umah kak jie hijau mcm kat taman aje, siap ada kolam ikan.. takde org pancing ikan kak jie ke? heheee

  7. Suasana gambar yang nyaman memberi idea yang bernas, apatah lagi jika berada ditempat sebenar. Mungkin.. sepi isteri adalah pengorbanan dan perjuangan yang tidak ternilai kepada semua insan disayanginya.
    Jom terjah post menarik dari Brother One ..Berlian Nurcinta Khairina – Bab 12My Profile

  8. assalamualaikum kak,

    bertahun saya ni jadi silent reader aje. masa mula jumpa blog akak dulu, saya tidur pukul 4 pagi. baca hampir semua entri. termasuk entri tentang teratak ana. masih sedih sampai laa ni 🙁

    bila baca n3 yg ni pulak, saya teringatkan arwah nenek dulu. di kampung. kesian dia..selalu sunyi.
    Jom terjah post menarik dari Lynn Nasir ..JUALAN PENGHABISAN STOK-My Profile

  9. masa belum kawen cam meriah je rumah. bila dah kawen, ada anak sendiri mmg riuh rendah rumah. tapi bila hubby selalu lewat balik dari kerja duk tercongok kat rumah sensorang, mmg bosan dibuatnya..

    bila tgk rumah dan kak jie yg tinggal berdua.. haiya… pengsan boring kalau takde aktiviti ek kak?? 🙂
    Jom terjah post menarik dari Zana ..HapuskanMy Profile

  10. sekarang sha paham – bila ibu dan ayah tiap2 hari call dan tanya, “lambat lagi ke balik kerja, kakak?”

    sorang anak pon takde kat rumah lagi.
    kerja. belajar. kerja. belajar.

    baca posting kak jie nieh buat sha sedih!!!
    Jom terjah post menarik dari cheryna ..sha- baju pengantin in wimbledonMy Profile

  11. salam kak jie….
    bila ditinggalkan anak2..ada gak kawan..ada si Bulan..beburung…dan pelbagai jenis ikan lagi…
    pengisian yg baik juga kan..
    Jom terjah post menarik dari izzah ..talk to meMy Profile

  12. kite serupa la kak jie….
    bila suami g kerja..bila sianak dh g sekolah..bila sikecik dah tido..itu lah mainan kite..kan..kan..

  13. Adakala kita perlukan kesepian untuk memuhasabah diri tetapi untuk seketika jika terlalu lama kesepian bisa memenjara diri.

Comments are closed.