Entri mama macam kat Kosmo lah…

Petang tadi pergi Rawang, beli earphone baru. Dah 2 hari tak dapat dengar suara romantik encik suami yang dirindui. Earphone lama dah pekak, hilang deria.

Kat Rawang jumpa blogger Mrs Azmi. Dia Pemenang Pengomen ke 30000 ribu dan walaupun jarak rumah kami tak sampai pun 10 km, kesempatan untuk bertemu tak pernah ada.

Dalam perjalanan balik, anak-anak membaca akhbar Kosmo yang Intan beli. Cekap sungguh mata mereka.

Mama…………. kat paper ni macam entri blog  mama je. ( Anak-anak saya pembaca/penyumbang idea blog ini )

Saya jeling sambil memandu – artikel Kosmo yang macam entri mama ! he he he:mrgreen:

Ye lah…entri saya 30/12/2009 – Nak guna RON 95 ke RON 97

Bukan entri saya yang keluar di akhbar tetapi isu yang  sama yang saya tulis dan bincangkan bersama pengunjung blog ini . Mungkin,  tiba-tiba wartawan Kosmo teringat tentang tentang RON 95. Masa isu hangat kenaikan harga minyak September dulu wartawan sibuk tak sempat nak sentuh isu tersebut.  Bezanya saya menulis entri tersebut berdasarkan pengalaman sendiri.

Mama , Menara Condong Pisa ke Menara Condong Eiffel Tower ?

Tak perlu tanya encik google pun Intan yang berumur 10 tahun  tahu jawapan.

Wartawan tu bercerita tentang menara condong Eiffel Tower tahun 2050 kot? Mana tau masa tu Menara Eiffel dah condong.

Kalau baca blog sampah macam blog saya ni, kesilapan fakta, kesalahan ejaan bolehlah dimaafkan kerana saya penulis blog bebas dari ceruk dapur tetapi jika kesalahan fakta penting keluar di akhbar edisi jualan, itu agak memalukan.

©Kujie – dulu nak baca isu hangat, isu semasa, kes sensasi artis , keluhan rakyat kena baca akhbar, sekarang nak cari isu hangat, cerita sensasi artis hanya perlu merayau dari blog ke blog

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. mesticun says

    Wartawan sungguh kemaluan.kalau tersalah eja.sudah dapat malu.benda sudah keluar disurat khabar.kalau blog tu mungkin dapat dimaafkan.rasa tanggungjawab ke nak tulis entri ni.

    baca blog lebih senang daripada surat khabar.
    .-= mesticun´s last blog ..Awek berak ”melepas” dah =-.

  2. jawatan kosong says

    Betul tu, kesalahan ejaan di akhbar edisi jualan rasanya agak memalukan. Seharusnya mereka sudah melakukan QA sebelum di release untuk dijual.
    .-= jawatan kosong´s last blog ..Nautica & TagHeuer Retail Executive Vacancy 2010 =-.

  3. megat says

    nampak gayanya penulis kahbar pun dah goyang dengan kehandalan blogger bermain dengan kata-kata (ha3). dan atas sebab itu jugalah mereka mencanang-canang tentang etika menulis blog!

    wah baguslah intan peka dengan blog mamanya dan perbandingan di luar seperti di akhbar? cekap betul derang, anak-anak akak.

    kadang2 terfikir, apakah wartawan kini tidak jauh dari pemikiran seorang penulis kecil seperti blogger? bezanya kita tiada yang menapis tetapi mereka pasti ada ketua editor untuk lakukan sedemikian?
    .-= megat´s last blog ..Jodoh Yang Baik, Siapa Yang Tidak Suka? =-.

    • says

      @megat, yg gunting suratkhabar, yg scan dan yg crap juga anak-anak
      kak jie just tulis entri, upload image je :mrgreen:

      bila dpt cek nuffnang je – masing tuntu 10% :lol:

      • megat says

        @Kujie, wah hebatlah anak-anak akak (ha3), patutlah derang senang nak ikut jejak. esok boleh bagi-bagi trafik ke blog anak (he3).

        nampak seronok bila semua beri kerjasama. semangat pun rasa lain kan?

  4. syin says

    hehe…mantap ni…anak2 penyumbang utama idea untuk entri blog mamanya..
    .-= syin´s last blog ..2009 kian berlabuh =-.

  5. says

    Janganlah sampai akhbar tabloid jadi akhbar picisan. Kan kita bayar untuk mendapatkan maklumat. Apa akan jadi kalau fakta yang salah tu dibca kanak-kanak 8 tahun? Sudah tentu menjadi fakta seumur hidupnya (payah nak kikis – sebab pengalaman pertama). Sapa yang nak tanggungjawab sebarkan fakta yang salah? :???:
    .-= samdaddycool´s last blog ..Free Online Coupons =-.

    • says

      @samdaddycool, kualiti kertas jgn cakap dah – mmg tak sama mcm dulu
      dan kadang2 berita ( bukan berita- cuma informasi ) yg dialihbahasa yang kita baca online dah berkurun – mcm ketinggalan zaman le pula

  6. titan says

    haha. surat khabar. biasalah tu..banyak errornya jugak..
    .-= titan´s last blog ..Komisen ke 41 dari TNX =-.

  7. says

    bgusnye anak2 kujie celik IT dan alert dgn perkembangan semasa

    p/s sy ke rawang kejap aje, waktu melepasi signboard Serendah-Batang Kali mmg teringat kat kujie dan teringat juga cerita si iza yg singgah ke rumah kujie

  8. says

    Hok annooo,
    maner buleh typo dlm kosmo kan..
    diorang tu jual product diorang
    singgit lebih senaskah!

    kitorang tak berbayar pun check dua tiga kali
    (Tu pun kekadang silap jgak)

    haaaiiiihhh!! :)
    .-= Pocket´s last blog ..248. DrawingPocket =-.

    • says

      @kruel74, tetapi selalu blogger di pandang negatif, katanya menyebarkan fahaman salah..salah cuma kalau tidak menepati kehendak sebelah pihak je kan.. :lol:

  9. CypherHackz says

    Kesilapan macam ni pun dorang boleh buat. Mana pergi ketua editor untuk proof reading artikel-artikel tu semua? Takkan semua pergi bercuti sampai biar orang yang tak tahu pengetahuan am menulis artikel.
    .-= CypherHackz´s last blog ..Selamat Tahun Baru 2010 =-.

  10. says

    OMG!!!!menara condong Eifflel……dia ni lepas tengok Eiflle, i’m in love ke apa?hahaha

    bila mana para blogger asyik dipersoal mengenai etika menulis & kredibiliti isu, look what official journalist wrote…….duh….
    .-= HURULAINI´s last blog ..GO Award: 2009 MBC Drama Award – Queens Rules =-.

  11. says

    menara condong teluk intan la.. hahaha..

    serius kak jie, saya tak penah respek penulis/editor surat khabar tabloid. selalu salah fakta dan rajin copy paste. banyak dah kes2 plagiat dan salah fakta yg melibatkan penulis akhbar tabloid ni.
    .-= mrkay´s last blog ..Sepanjang Jalan Kenangan 2009 =-.

  12. says

    adeh. dah dibayar kerja menulis macam tu tak layak buat salah. kita dalam dunia blogging ni ada yang buat research dua tiga hari dulu sebelum buat pos baru.

    malu malu..
    .-= ariff´s last blog ..Pesta Kambus Orang Dalam Salji – Sambutan New Year 2010 =-.

    • says

      @ariff, betul tu, dah publish pun edit lagi..dan lagi…dan lagi… itu hanya untuk bacaan kawan2 saja…

      kalau menulis info, teknikal mesti buat rujukan sana sini

  13. Fathiha Zainal says

    Alahai comel je anak-anak kak jie. Notice je dorg psl entry kak jie psl encik RON tu. Hehe..

    Hmm.. Btul2 memalukan kalo wartawan yg slh fakta neh. Huhu…

    Nape kak jie kata blog mcm sampah? :roll:
    X nmpk mcm rupe sampah pon sy tgk. Nice jew.
    Pape pon, teruskan berkarya untuk agama, bangsa dan negara. Eheh!
    Happy new year kak jie! :mrgreen:
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..TWENTY-TEN =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge