Fiberglass Balut Kaki Tulang Patah

Alhamdulillah, mak mertua saya dah keluar wad petang semalam. Sekarang ada di rumah saya.

Seperti yang dijadualkan, mak dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk bertemu pakar ortopedik.

naik ambulan

Saya yang ikut mak ke hospital dengan ambulans. Adik beradik lain dengan kereta sendiri.

Pertama kali naik ambulans, kena tandantangan surat untuk bertanggungjawap atas diri sendiri jika berlaku apa-apa.

Selalu beri laluan kepada ambulans, kali ini saya pula merasa pengalaman mendapat laluan istimewa daripada pengguna jalanraya lain. Tapi laluan dari Hospital Sabak Bernam ke Teluk Intan tidaklah sesesak aliran trafik di Kuala Lumpur.

gambar xray kaki patah

Ini imbasan z-ray tulang kaki mak yang patah.

Gambar sebelum adalah gambar x-ray selepas kemalangan dan belum dibalut.  Gambar selepas adalah gambar x-ray selepas 3 hari dibalut.  Nampak ada perkembangan positif dan doktor cadangkan untuk disimen tak perlu pembedahan.

Syukur Alhamdulillah… mak dah 72 tahun, pembedahan bukan pilihan yang sesuai sebenarnya.

simen kaki patah

Kami buat keputusan tidak menggunakan simen putih ( simen POP -Plaster of Paris ) tetapi gunakan fiberglass yang lebih ringan. Kaki mak dibalut dengan 5 lapisan fiberglass dan setiap lapisan berharga RM 45.  Kalau guna simen pop, tidak dikenakan bayaran.

Ringkas saja entri ini, masa agak terhad untuk bersosial online.

 

Notakakikujie :  

  • 18/9/2014 – ulangtahun perkahwinan saya yang ke 23, dapat hadian naik ambulans
  • Saya belajar secara praktikal untuk ambil air sembahyang dan solat orang sakit seperti mak.  Sebelum ini hanya belajar secara teori sahaja.