Gajah Dan Kura-kura Teman Kembara

Alhamdulillah saya dah selamat balik.

Ini kali kedua saya memandu sendiri ke Hulu Terengganu pergi dan balik. Kali pertama dengan Intan, kali ini disertai anak saudara.

Entri ringkas ini saya nak kongsi sesuatu yang istimewa yang ditemui sewaktu didalam perjalanan pergi dan balik.

image

Ini kali kedua terserempak gajah liar di kawasan Hutan Simpan Tembat.  Lokasinya lebih kurang 5 kilometer dari tapak projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu.

Saya rasa kumpulan gajah ini adalah kumpulan yang sama yang saya jumpa buat kali pertama pada bulan Mac 2013. Jarak tempat tersebut lebih kurang 1 kilometer.

Baca entri tersebut di sini – Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan

Kata suami, beruntungnya kami kerana berpeluang menemui hidupan liar ini kerana ada kawan sekerja yang telah 2 tahun bekerja di situ belum pernah sekali pun menemui gajah liar seperti ini.

image

Dalam perjalanan balik tadi saya bertembung sang kura-kura yang sedang mengembara.  Tak dapat gambar yang jelas kerana apabila dihampiri, kura-kura tersebut melencong ke arah rumput di tepi jalan.

Betullah kata pujanggan – jauh perjalanan luas pengalaman.

24 Replies to “Gajah Dan Kura-kura Teman Kembara”

  1. Blog berwajah baru ye Kak Jie.

    Jauh perjalanan, bertambah pengetahuan dan puas pengalaman. Kalau kat Lebuhraya Timur Barat gajah melintas jenuh berkilometer jem. Kadang2 depa lepak tengah jalan jadinya semua kereta kena tunggu, sapa berani nak pi dok hon bagai.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Cubaan Pukau Saya Serik-Bahagian 1My Profile

Comments are closed.