Hangatnya pelukan

Sudah 2 hari bumi Serendah disirami hujan Disember yang basah, dan cuaca sebegini perut mudah berlagu keroncong. Sepanjang 2 hari ini juga saya lebih banyak luangkan masa di dapur. Semalam saya masak pulut, sambal bilis cili api dan goreng gelama masam. Malamnya saya buatkan kek cokelat untuk anak². Hari ini saya berjanji dengan Intan umtuk buatkan dia seri kaya. Cuti sekolah dimusim hujan macam ini, anak² berselera sungguh.

Sekitar jam 11.35 pagi tiba² telefon bimbit cap ayam saya berkokok..

” Jie, rumah hang dekat tak dengan stesen komuter? “

” 3 km “

” Kita jumpa kat situ, aku on the way…”

Lor…. Stesen Komuter Serendah tu bukannya ada apa… tak best langsung nak berdating di situ. Pertemuan pertama sekurang² biarlah di tempat yang indah.

” Kita jumpa kat Serendah Golf Resort”

Huhuhu…kelaskan gitu ! Tak der la macam Duta Sofa Pusat Perabut Ah Meng tu…ha ha ..ha

Dalam gerimis mengundang, saya memandu untuk ke Serendah Golf Resort…Antara sebab utama saya suka menetap di sini………..lihatlah sendiri , betapa nyaman dan segarnya udara.
Pelukan pertama penus mesra dari kenalan yang saya temui dari dunia blog – Combi yang menetap di Sabah dah pulang bercuti ke perak. Mesranya senyuman hangatnya pelukan.
Memanglah kami jumpa di TEPI Serendah Golf Resort , itu bukti bola golf sebesar alam di kejauhan sana. Kalau boleh, saya ingin bersama bercerita seharian dengan Combi, tetapi jadual dia terlalu sendat. Katanya dia perlu sampai di Paghet Buntaq sebelum malam.

Nak tau kenapa? Takut sesat. Saya gelak macam icon YM yang guling² tu. Punyalah jauh dia menetap di rantauan tapi takut sesat di bumi kelahiran.

Beratnya rasa tak nak berpisah, dalam masa nak balik , nak balik 10 kali kami berpeluk…tetapi saya perlu memahami kerana Combi akan singgah di Kuala Kubu Baru rumah saudaranya sebelum bertolak meneruskan perjalanan ke Perak.

Terimakasih … terutama suami Combi yang sudi melapangkan masa walaupun sekejap memberi ruang kami bertemu. Walaupun persahabatan ini bermula di alam cyber tetapi kemesraan ini direalitikan di dunia sebenar.

Jie ~ I don’t remember how we happened to meet each other, I don’t remember who got along with whom first … all I can remember is all of us together

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. muadzlife says:

    amboi2…
    seronot nya…
    teruskan kehangatan pelukanmu itu teman…

  2. pu3nemo & Mad redo1

    mmg best….sembang mcm mak mak kan…:p

    KT…. kalo jauh² tu kena dptkan lesen kelas A abg Mad…. kalo setakat jumpa tepi jalan..he he anytime

    amboi..guni beras tu mcm nk buat benteng cegah banjir je abg mad..:p

  3. mad redo1 says:

    memang syok dapat jumpa, ada sesapa nak datang kT? jatuhkan barisan buat mad redo1, boleh gak hamparkan guni beras… hehehe…

  4. waaaaaaaa bestnyer.. berseri2 mamaq dua org ni.. tkcr ma..

  5. cikgupanji selalunya perjumpaan mcm ni tak de plan²..tgok combi lalu je..set 20 minit kita jumpa…

    mamaranggie insya allah…ada jodoh boleh kita jumpa

    cik mika insyaallah nnt kita set ye..issshhh…nk set² ni yg payah ni…selalu mmg tak dirancang pun

  6. mikaounik says:

    mama..kalo ada plan nak p peluk kakred tu calling² laa saya nie..saya pun nak…naik train..transit jap kat kl central pastu meluncur gagah ke klcc…yuuuuhhhuuuiiiii

  7. mama ranggie says:

    ni yg jeles nih…bile ler kite plaks dpt jpe kak jie ek?

  8. cikgupanji says:

    wow..bestnye k.jie.saya dapat bayangkan kegamatannya bila dua akak kita ni berjumpa

  9. abg budin Combi tu terketaq² nak masuk KL takut sesat…eleee…org yg dok KL beranak pinak pun takut nk masuk Klang..kan kan…:p

    Dia nk blk Perak mesti lalu jalan depan rumah saya, kalau tak mau jumpa, saya buat roadblock dia tak leh lepas la….tu yg terpaksa juga dia call bila dah sampai Rawang tu…takut tak lepas Serendah..ha ha ha

  10. mz pakcik…pakcik nk dakap jugak ke….:p

    sebolbini ko belum masuk makcik² lagi…ko ni…tak pasal² je dia tarik muka patbelas….menten lagi wawa tu…:p

    kak red ye la..ayat tu kita nnt kita sambung ye….aku tatau mcm mana nk plan nk p sana…tp insya allah seblm thn 2008 , aku nk capai azam aku 2007 tu…p peluk ko la…he he he

  11. bp erk….. dok Kepong ke Sg Buloh ke boleh la cakap asap…:p

    ien deting mak² org lagi gamat..gelak bertingkat²..dah tak control ayu dah ;p

    toknabe eleee tok, zaman skrg ni lelaki pun pandai bergossip tau :p

  12. DUNIABUDIN says:

    NOrza dan uncleJ…aku tadi dah mula sembuh demam. Tapi demam aku datang balik kerana sakit hati baca en3 jIE JUMPA COMBI NI…Geram sesangat… Tak pelah combi, tak mau jumpa kami huhuuuu..

  13. Red Mummy says:

    bestnyaaa

    kalo aku dok tetengah akak2 aku ni, lagi best!!

    kak, nnt kan ….

    nanti kan..

    ayat ni aku sambung later..

  14. bini aku kira aountie blogger tak?

  15. tader pun gambar peluk2 sampai puluhan kali yang di gembar-gemburkan itu … 😀

  16. Syok jumpa kekawan lama yang baru pertama kali berjumpa. Banyak citernye kan kalau dah berjumpa tu..dua2 pompuan pulak tu mesti becok mulut bercerita tu. 😀

  17. syoknyaa dia berdeting.. kekekeek..

  18. blackpurple @ jowopinter says:

    Wah! Saya suka tengok gambar yang berasap-asap itu…

  19. norz ni hang baca aku tulieh yg tak dak garam, ajibamoto..tak sedap mcm hang tulieh..kalo hang tulieh…lagi la….terbuai²

    bila ada jodoh kita jumpa la no…hang jgn sedih² tau..meh nk peluk..

    uj kt combi kat PB, dia p kelang 2-3 hari lepas, tu yg dan jadi duta sofa kedai perabut tu… otw blk sana..dia singgah la..

    dia naik kereta…tu ada gambaq yg bawah tu..kereta dia yg dia pos blk dr sabah ari tu..kereta ke 2 la..

    yang ork kKB tu uncle kena tanya dia sendiri la…siasat jgn tak siasat uncle..kot sedara sepusat sepusing :p

    sakurasa ye…setakad ni dah ramai jumpa kawan dr cyber… kalau niat kita ikhlas utk berkawan..insya allah..ramai la kawan kita…what u give u take back…gitu..he he he

    jgn jeles tau..bila berpeluang, kita jumpa

  20. jie wah besttnya dapat jumpa combiii… pasti teringat2 n terasa hangatnya pelukan dari combi… sakura pun cemburu ni…

  21. dua aunty bloggers bertemu didunia realiti…mesti hingarq abis tu!!!

    combi tu naik ketapi ke pi PB tu?? kalau drive apsal jumpa kat stesen komuter tu pulak….ni jumpa kat gerai tepi jln dekat bola golf besar tu ker?

    combi ada sedara gak kat KKB?? kat mana tu? ntah2 saya kenal org tu..

    BTW im glad that the friendship that started in this blogosphere remains strong in reality too….j

  22. Aku nangis sebaik saja habis baca n3 ko kali ini. Gembira sgt utk ko ngan Combi, TUHAN aje yg tahu. Sambil kesat air mata, aku terus menaip…I can feel how happy you were. It’s so amazing bagaimana rentetan kemesraan di blog boleh terbawa-bawa sehingga ke alam realiti…macamana ni, Jie, airmataku tak mau berhenti.

  23. ziana

    dia sihat, segar bugar

    berseri sbb hari² makan seri kaya :p

    cik mika elee…kita baru je jumpa bulan lepas…:p

    seri kaya tu ke…. utk org² tak berapa kaya je , org kaya² buleh beli sendiri :p

    jun satu hari, bila jie turun klang..kita lepak² ye…

    erk ..cik mika pun org klang..kita roger² ye

  24. amboiiiiii..kan maen ek…sukenyer, heheh..tumpang gumbira ni..kalau le dapat jumpe together2..alangkah sronoknyer….! jeles gak nih!

  25. mikaounik says:

    wahhhhhhhhhh mama jumpa kakcombi…jelesss..jelessss…

    kakcombi miss u…

    mama..seri kaya tu nnt anto kat klg erkk..sy tunggu kat komuter teluk pulai…

  26. kakjieeeeeeeeee…
    my mama sehat kan?
    🙂

    wahhh sgt sgt jeles oke!
    🙂

    senyuman mama2 berdua amat berseri2
    🙂