Hargai apa yang dimiliki saat ini

Lupakan kisah semalam, itu hanya satu cebisan kehidupan. Ada banyak lagi catatan indah dalam hidup saya yang boleh menceriakan hari ini.

Semalam Intan datang tunjukkan lukisan dia, cantik pada pandangan mata buta seni saya ini.

Mama jahat pun mengusik. Cakap Intan menipu, cakap Intan menekap dari lukisan asal.
Melompat² dia nak mempertahankan diri.:lol:

Kemudian dia ambil komik asal dan tunjukkan ,
” tengok..yang ni kecik, Intan lukis lagi besar…Intan tengok je ikut…tengok yang ni tak de kucing..lukisan Intan ada kucing…”

” Kucing macam singa…..hahahaha “ mama jahat terus membakar batu api


– lukisan asal yang ditiru , memang tak ada kucing pun.:lol:


Ada lagi yang buat saya gembira – t-shirt eksklusif MalayOnline baru sampai melalui kiriman pos. Terimakasih Sai.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. bukan setakat lukisan…segala apa pakaian baby, carry court, stroller…. mesti jadi barang sejarah..kan?

    samdaddycools last blog post..Layan blues – Secondhand Serenade , Fall For You

  2. … Tu akan jadi khazanah tak ternilai kalau simpan sampai dia besar panjang nanti… mesti dia rasa bangga satu hari nanti

    samdaddycools last blog post..Crazy sale, massive clearance – Batik lukis asli LELONG!!!

  3. makin tinggi anak melompat, makin seronok kita menyakat.hehehe

    cikgu panjis last blog post..Kad Raya Dari Jauh

  4. entry ini memberikan saya idea untuk scan gambar orang lukisan si mastura, budak genit berusia 4 tahun! tunggu sampai saya tempek di blog saya pulak! 😀

    • @suealeen, sue..kak jie masih simpan lukisan pertama dia…4 thn dulu
      kisah ‘berudu berudu mencari ibu 😆
      cepat tempek tau..nk tgok

  5. siyes dia ada bakat la..
    teringat time menteil kecik dlu..
    :mrgreen: :mrgreen:

  6. ya…masih ramai lagi yang memahami dan akan menceriakan hari2 akak…

    azlan shahs last blog post..Di kala orang lain tidur

  7. lembut gak tgn intan melukis..kalau harap saya..org lidi je saya terar..

    arins last blog post..Oh my my..

  8. Orang nama intan ni mmg seni orangnya…

    kikiki 😛

    intans last blog post..Sepanjang Jalan Kenangan

  9. lawa la kak. pandainya intan melukis. beruntungnya anak akak ada tangan seni camtu. jeles erni.

    erni ni, jangankan ikut contoh, tekap pun lom tentu lawa. 🙁

    • @erni@cepotet, mmg suka melukis pun..abis pintu bilik dilukisnya
      masih simpan lagi lukisan dia 5thn dulu
      “berudu berudu mencari ibu”