Hati-hati hatiku

sally wrote:
Kak Jie, salam.
Awatnya tak bulih baca latest n3?
Dia dok cakap server cannot find it!
Kak Jie sorok kat mana?

KAK JIE…!! mana post pasal comment love tu..?? kak jie..?? oooooo… unpublish ye…

nikillas

hehehehe……macam²lah kan. Entri tu publish tengah malam tadi. Bangun pagi tadi rasa macam riak pula buat entri macam tu. Kak Jie simpan je kat draft.

Itu saja. Hati rasa tak sedap, tak gembira buat posting menunjuk² walaupun yang ditunjuk hanya ranking blog.  Sesiapa yang dah baca dan komen tu , buat² tak tahu sudahlah ye…:oops:


Hati-hati meski sekadar dalam hati.

*******************

Ingat lagi kisah pembaca blog saya yang menghantar email bertanya tentang kulat sisir atau cendawan kukur?. Selepas saya dapat email tersebut, saya terus telefon mak di kampung.

” bukan ceq yang mengidam mak …kawan ceq”

Semalam bungkusan yang dikirimkan adik saya Ku Ina dah pun sampai. Hari ini  saya akan poskan untuk seorang kawan yang saya tidak kenal rupa paras, yang saya tidak pernah berkomunikasi. Itulah indahnya dunia blog.

Semoga bayi yang bakal lahir nanti tidaklah meleleh air liurnya dan suami tidak lagi perlu bersusah hati melayan ragam isteri.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Riak ke tidak, publish dulu. Biar pembaca yang tentukan. Ni… pandai-pandai dia aje sorok entri tu! 😈 👿 😳

    ODs last blog post..Temuramah Dengan Pelesit

  2. hohoho.. :roll:
    patutla takleh bukak.
    tapi kak jie, saya bace article kat google readers ade kuar.
    tapi takpe.
    terlajak perahu, boleh diundur,
    terlajak post, pon boleh diundur. :mrgreen:

    pcuserzs last blog post..Allah Peduli – Agnes Monica (?)

    • tau…..ramai yg baca kt rss ada
      terlajak post boleh di unpublish ye… 😆
      kadang2 masa tulis tu tak fikir panjang pun
      sedap je menaip….sedangkan tak de isi /info yg berguna pun
      kak jie malu kalau entri terlalu peribadi
      janggal rasa..dah tua bangka pun nk tulis hal2 remeh temeh… 😆

  3. nikillas says:

    waaah.. gitu ke citernye.. sebab saya ada baca entry tu kat google reader.. pastu.. ajak nak komen la.. tetibe takde.. tu yg terkompius tu.. hehehe.. xpe xpe.. ini kan blok kak jie.. suka hati kak jie la kan.. hahaha..

    nikillass last blog post..Antara Akademi Fantasia dan American Idol

    • yeaahhh……betul tu

      Ikut Suka Aku ( ISA ) :mrgreen:

      tak de apa sgt pun..entri pendek je…
      cuma tak selesa je bila dah publish….tak de info berguna pun utk org :mrgreen:

  4. heee..
    yonna penah skali 2 je publish entry gitu.
    tp seriusly rasa mcm menunjuk sedangkan niat kita nak share ngan org ramai je.

    and now mmg yonna elak publish ranking ke,cek nuffnang ke hahaa
    kang nnt kate riak lak.
    nnt org ckp,kita blogging sebab nak earn money la,
    kta blog hoping sebab nk org tambahkan nuffnang kite la :p
    heee..

    yonna setuju tindakan mama ni hahaa
    walaupun niat kita ikhlas sebenarnya 🙂

    yonnas last blog post..kadang-kadang…

    • entri tu simple je..cerita ttg ranking blog mama….mmg best…mmg seronok tapi rasa mcm budak2 je tulis mcm tu…tu yg unpublish tu…

      :mrgreen:

      mcm mana life sebagai seorg pekerja…hahahaha 😆

  5. alaa kak jie dah kurung ker entry tu..teringin nak baca.. bleh buat panduan 🙂

  6. Laa…………Tie pun ada terfikir gitu………

    Walaupun bila menulis ni ikut sedap je, tak de niat nak menunjuk hebat, tapi…..bila baca semula….macam lain je bunyinya . Takut gak, kalau2 orang kata makcik ni (Tie laa) fikir dia sorang aje yang bagus………..

    Tapi….bila dah baca komen2 tu…….rasa lega sebab teman2 yang datang komen bunyinya macam ikhlas je… (atau Tie yang blur ?)

    Rupa2nya blogging ni kena bertanggungjawab juga, kan….. Dulu ingat tak de sapa yang kisah. Namun bila ada yang datang komen, terpaksalah hati2, kalau boleh tak nak buat sesiapa tersinggung….

    Kerana itu, Tie ni (yang sering cerita kisah anak atau hubby….macam lah kita sorang je ada anak dan hubby!) selalu terfikir tentang perasaan orang.

    Ties last blog post..MIMPI

    • Tie….tiasa kebebasan mutlak walau dimana pun kita berada. Kita masih ada batas2 yg ditetapkan..walau tiada undang2

      saya berpada²..sedang² saja….nak komen..nak tegur
      sentiasa sediakan zon selamat antara semua org…apa cerita peribadi tidak kesemuanya saya buka pintunya…..di sini berbagai org yg mengikuti dan membaca..kadang2 perkataan yg kita gunakan tidak mengambarkan sepenuhnya apa yg kita gambarkan….

      :mrgreen:

  7. dulu masa mengandung anak sulung,

    teringin nak makan putu halba

    sampai bersalin , tak dpt makan ….

    pBs last blog post..538

  8. k.jie,mekaseh byk2 no, nnt cendawan tu smpai sy bgtau k.jie… 😳
    segan pulak rasanya….

    • sama-sama…kak jie dah pos, esok sampai la tu
      tak pe…sikit je sgt tu

      mgkn masa kak jie pula kot
      idam telur ikan tembakul..hahahahaha :mrgreen:

      • aiyookkkk…ngidam telur tembakul yg bahaya ni,ahahhahhaahh….xpe k.jie punya psl sanggup p carik…hahahahaha 😛

  9. Dah agak dah..

    Kak Jie memang sentiasa berhati-hati..

    Kak Jie,
    saya dah lama teringin nak makan bengkang pulut.
    kak Jie tau buat? ahaks

    sallys last blog post..Air mata di pagi hari

    • Sally…. mmg kak jie sgt berhati²
      risau terguris hati kawan….risau hati sendiri dipenuhi titik² hitam… 😉
      masa tulis tu seronok saja…..sedap pula tu..dpt bisikan²

      ewahhhhh…bengkang pulut tu
      kak jie tatau buat….sungguh
      apa kata kak jie pula yg mengidam :mrgreen:

  10. patutle tak buleh bukak n3 tuh! dah simpan dlm peti rupenye :roll:

    mrs azmis last blog post..kabus pagi~

  11. moga cendawan kukur selamat sampai 🙂

  12. Boleh pesan-pesan rupanya. Saya pun 2,3 hari ni tgh buat posting pasal pengalaman memblog tapi tak sehebat OTAI blog ni lah kan. Boleh pesan2 rupanya ya…

    kruel74s last blog post..The memory of running

    • sy bukan otai..sy …………diri saya :mrgreen:
      sy ada byk pengalaman tp sy tak pandai luahkan dgn tulisan yg menyentuh hati
      sbb sy tak pandai menulis…..karangan hancus :mrgreen:

      • tu la che dah habaq….hang tak mau dengaq….

        kedegaq sugguh hang ni la….huhuhu

        Dulu pak hang suruh hang belajaq bahasa melayu standard, hang bangkang..hang tak mau, hang kata nak support bahasa tempatan…

        la nie kan dah hancus karangan BM hang……aderkk….

        hehehhehe

        :mrgreen: :mrgreen:

        • Eh………ni org mana pulak sesat kecek kedah ni ?

          Maza ooi !

          Elok den kecek bahasa nogori tu…..lagi sesuai ….Loghat kedah tu bunyi macam orang siam je….he he…. hah…..tokse belajar kecek klate ko? Tie boleh ajar nih !

          Ties last blog post..MIMPI

          • aduhh Tie…

            baru jo den nak belajar nie ha……kato org kampung den, “asyik belajar menoreh jo lamo2 pokok gotah pun tak da der nak keluarkan susu laie, muak tengok muko eh haghi2… sekali sekalo elok toreh pokok lain lak” wakakakak

            erk! che sajar ja kata org, “Masuk kandang kambing…meow meow…masuk kandang harimau….cabut laghi….heheheh”

            Kalau hang nak tau, Tie….. dulu che pun dok kat kg Kedah…kawan2 che pun ramai mai daghi sana…

            heheheh

            :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

            mazas last blog post..NOTIS PERPINDAHAN

  13. che ketaq nak makan cakaq ayam…..

    boleh tak hang pi antaq sekali na?!

    hehehheeh

    alamat che … kat depan rumah hang ja!

    hhehehhehe

    mazas last blog post..Bontot diangkat, kaki dilipat, nafas tersekat-sekat….

    • erk..cakaq ayam saja ka?

      lau ayam ayam hang tamau ka?

      p cari lau ayam tu apa benda… 😆

      • Anonymous says:

        tu dia hanggg…

        baru mintaq kuih cakaq ayam, hang perli nak bagi sereban ayam nuh…

        huhuhu

        kalau che dok kat bendang ka, kat kampung nu ka, tak pa lah…..la ni che dok kat rumah merpati…. tinggi bertingkat2

        che tak leh nak bela ayam kat sini …..jadi tak leh la che nak letakkan lau ayam tu noh!

        huhuhu

        • tu dia hanggg…

          baru mintaq kuih cakaq ayam, hang perli nak bagi sereban ayam nuh…

          huhuhu

          kalau che dok kat bendang ka, kat kampung nu ka, tak pa lah…..la ni che dok kat rumah merpati…. tinggi bertingkat2

          che tak leh nak bela ayam kat sini …..jadi tak leh la che nak letakkan lau ayam tu noh!

          huhuhu

          psstt: sorry, terlupa nak boh nama sat……hehheheh

          ampun yg tuan rumah noh……

  14. hehe..ade nampak gak entry tu kat dashboard.
    dah agak musti mama simpan. 😆
    kalau untuk ‘ayat penyata’ apa salahnya nak post entry tu.hehe..

    fiezabaiduris last blog post..Sesegar embun pagi

    • seganlah bai
      kadang2 utk diri sendiri..saja syok..sonok²
      tapi kadang2 takut terover riak ( self esteem yg keterlaluan )
      niat nak share dgn kawan2…supaya dia org pun bersemangat
      berghairahhhhhhhhhhhhhhhhh jugak :mrgreen:

  15. Ma_suyinfiqah says:

    Masak rempah sedap cendawan tu. Smlm masa dok YM ina, dia ada cite p hantar cendawan tu pada kak jie. Hehehe rupanya mak kak jie pandai buat petai jeruk ye? Pakcik saya ngidam….terlambat sbb ina dah balik dari kg baru saya bagitau dia. Anyway saya dah selamat buat sendiri petai jeruk tu dan harap pakcik saya kat melaka tu dapat lah makan tanpa dapat trace saya lah pembuat jeruk petai itu. Kat Perlis ni mana ada benda tu…kuala pilah banyak lah.

    • salam Ma_suyinfiqah, terimakasih krn singgah blog kak jie
      alahaiiiiiiiii..yg p sebut jeruk petai tu buat apa..kan dah teliur
      tapi senang je nk buat tu..petai la pulak..mahai skrg ni :mrgreen: