Hujan Oh Hujan Usah Turun Lagi

Benda pertama yang saya klik setiap pagi  bila buka blog adalah stats counter. Bukan check pelawat, trafik blog. Saya dah muak dengan angka².

Saya cari Locate > Countries > Kalau nampak Algeria , hati dah berbunga² riang. Itu tanda suami ada talian internet dan dia melawat ‘rumah’ waktu saya sedang tidur lena.

( salah satu sebab utama blog ini masih beroperasi – cerita harian untuk suami )

Dia susah untuk dapatkan talian internet sekarang. Kadang² kami dah berjanji untuk beronline serentak pada sekian sekian masa, sekian sekian hari.

Dia dah ok, saya pula yang tak dapat online. Hujan baru rintik, saya dah kena offline….. Kawasan perumahan kami mudah sangat kena petir. Modem dah 4-5 ketul hangus ( banyak  kot dosa, kena panah  petir…hihihi ). Kedudukan perumahan seperti kawah yang dikelilingi bukit bukau.

Bukan pasangan yang berdating kat KLSentral saja perlu tengok ramalan cuara, berdating online pun …

Saya bukan sahaja ada suami yang chomel, tetapi ada 2 penjaga zoo yang chomel – penguin dan panda. Korang juga chomel kalau klik pergi melawat zoo mereka!

Aku sudah sedia
Bertemu kekasih hati
Malangnya hujan turun
sungguh lebat sekali

Resahnya ku menunggu
Hatiku rasa kecewa
Apakah telah terjadi
Membuat ku gelisah

Hujan oh hujan lekas berhenti
Hujan oh hujan usah turun lagi
Lama sudah ku nanti

Kini dapat bersua
Hatiku sungguh gembira
Walau pun hujan turun
Bertemu dan bermesra

* rangkap last ni tunggu bulan depan

Sesiapa yang lahir tahun 60’an atau ada kakak lahir tahun 60’an mesti familiar dengan pasangan Uji Rashid & Hail Amir.

 

makcik jie oiiii…hari Jumaat ni, cuba bagi entri tazkirah sikit!
ini tips rumahtangga – bagaimana gunakan ruang yg minimum
utk berkomunikasi dlm perhubungan jarak jauh…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sweet nya. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Kimmy ..Bagaimana Ayah Melamar IbuMy Profile

  2. soooo sewwiittttt….hehe agak2 t kalau hubby kak jie balik ,smpt x agaknya kak jie nk update blog hari2..??? hehehe
    Jom terjah post menarik dari munna ..Rawatan Gigi Percuma sepanjang April 2011My Profile

  3. kenapa saya jadi penguin. ok la tu. penguin = linux. 😆

  4. sayacomel says:

    hujan itu turun membawa rahmat. 😆

  5. Sangat comel. Jadi ingat kisah lama. 😀
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Sabah – Sempornakan Harimu Bahagian 2My Profile

  6. Assalamualaikum,
    Saya suka semua lagu-lagu lama…bila tengok tajuk entri ni, hati dah ikut nyanyi hu h u hu

    Bulan depan tu dah tak lama kan…18 hari bulan pun dah tak lama. Sempat lagi cat rumah bahagian luar pulak 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Berpadalah Bila BerhiburMy Profile

  7. hujan yg bersemi sewaktu cinta turun bersinar lalalalala luper
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Di Mana Sekarang Ben Nathan Penyanyi Lagu Stanza Sepi Sekeping HatiMy Profile

  8. jemarioren says:

    apa pasai asik kuar post tu lagik. eh bukan pomot eh. tak paham je
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Yang selalu kita tak perasanMy Profile

  9. abis nanti abg ann dah balik, operasi guano? cite2 pun cik abg dah dpn mata
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Yang selalu kita tak perasanMy Profile

  10. Mrs.Ayie says:

    Manisnya macam gula-gula kapas. 😆

    Senyum simpul lepas baca ni
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..PositifMy Profile

  11. salam kak jie…
    saya datang lagi, suka dgn cerita ka jie ni, teringat masa jul dan chinta hati masa berjauhan… 👿

    Jom terjah post menarik dari zulman77 ..Tertulislah Entri Kerdil Ini Buat Ibu Blogger Terhebat KujieMy Profile

  12. sweet la kak jie ni
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Halal Ketam Nipah di Kuala LumpurMy Profile

  13. saya yang salah

  14. hujan ke yg salah
    Jom terjah post menarik dari jaafar on seven ..Bukan Sekadar SelokaMy Profile

  15. Assalam..

    Dapat rasakan perasaan kak jie mcm mana sbb saya pun selalu ditinggalkan tp dlm malaysia je la..
    Masa tu handphone dan internet mmg penting..
    Jom terjah post menarik dari iza ..Kembali BertugasMy Profile

  16. puteraduyong says:

    wahhh..kalau hail amir…saya memang minat sangat2…hari2 saya nyanyi lagu wajah kesayangan hamba… bukan ‘orang lama’ je yang minat dia kakjie…hehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..SUBSIDI OH SUBSIDIMy Profile

  17. Dulu perkahwinan jarak jauh jugak.
    Antara Malaysia dengan Dubai.
    Kekadang suami call pepagi buta kita tengah syok tidur, sambil cakap kekadang boleh sampai tertidur dengan phone sebab mengantuk sangat.
    Lagipun masa tu masih sibuk study nak habiskan degree.
    Now, Alhamdulillah. Bila suami berhijrah ke Saudi dah boleh ikut sebab dah habis degree. 😉
    Jom terjah post menarik dari NailahAzman ..Perlu Ke Nak Bagitahu Jumlah Dah Berapa Kali Pergi Buat Amal IbadahMy Profile

  18. Modem dah 4-5 ketul hangus ( banyak kot dosa, kena panah petir…hihihi ).

    Suka ayat nie. Kalau iman tipis, mau terlajak masuk web tak tentu hala.
    Jom terjah post menarik dari shamizu ..Warkah di Ambang Maut!My Profile

  19. sabar k jie…. bulan depan, kejap je lagi. sempat le nak berlatih nyanyi “berlian cincin permata. itu tandanya cinta” hehehe
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Manis- Masam- MasinMy Profile

  20. nak kena dedikasikan lagu ni lah…rasa best part tu… berlian cincin permata tu 😆

  21. yatie chomeyl says:

    oopp sorry ada typo error; kalut sangat taip komen cepat2

    *saya lahir tahun 1982; tapi saya sukaaaaa dgr lagu2 uji & hail amir. lagu feveret saya ialah “jikalau abang merindu”..sebab dalam lirik lagu tu ada cakap “jikalau abang menyinta; berilah tanda mata. berlian cincin permata; itu tandanya cinta”

    :mrgreen:

  22. yatie chomeyl says:

    say alahir tahun 1982; tapi saya sukaaaaa dgr lagu2 uji & hail amir. lagu feveret saya ialah “jikalau abang merindu”..sebab dlam lirik lagu tu ada cakap “jikalau abang menyinta; berilah tanda mata. berlian cincin permat; itu tandanya cinta”

    :mrgreen:

  23. hehe..romantiknye..camana nk locate sebab sama2 di malaysia..ok pergi melawat zoo yg di atas itu…
    Jom terjah post menarik dari yana ..Jikalau Kau Seorang Islam Maka BacalahMy Profile

  24. entahlah kak jie…saya belum faham “apa itu rindu suami”.
    Jom terjah post menarik dari azura ..Bila kilat berdentumMy Profile

  25. segan la nak komen..
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..Tips Untuk Bahagia 1My Profile

  26. i suka la, hihi nice betul….teringat bila berada di singapore dan dubai dulu, sms dan online je yg mampu mengubat rindu kat isteri…bila dah x dpt…terpaksa gunakan phone..hohoho sekali sekala boleh la
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kisah hantu di ofis kuMy Profile

  27. Alahai sweet sangat Abang Ann… penat Kak Jie pun hilang… mesti Kak Jie rasa melayang2, ringan macam tertelan mauripan :mrgreen:

    La ni petang2 ujan …rumah Iza atas bukit, letrik selalu trip. Adakah duk atas atau kawah bukit risiko modem rosak tu sama hehe 😉
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Apa barangMy Profile