Hujung minggu yang indah

Hari sabtu, selepas berhempas pulas, siaplah juga benda ni…. saya letak kolam ni kat luar pagar rumah sebelah kanan. Sebenarnya projek ni setahun dah berlalu tetapi biasalah kalau buat sendiri, kena tengok mood ..he he..bahan yang di gunakan semua bahan di buang orang, suami saya kutip dan guna semula. Sebelah kolam comel ni saya letakkan bekas untuk bunga teratai, tapi macam tak subur jer…agaknya redup sangat bawah pokok berri dengan pokok mangga jiran saya kot.
Kemudian saya bercadang-cadang nak pindahkan pokok-pokok bunga yang di sebelah kanan rumah. Tengoklah rasanya letakkan belakang pasu air terjun comel saya tu, sesuai kot…hek hek…macam ni la saya……. tak der keja mula lah berangan-angan.

Pokok langsiur tepi tingkap bilik tidur ni, paling saya sayang…sebab warna hijau yang terhasil menerbitkan satu perasaan indah bagi saya….saya suka menaman pokok-pokok hijau dan amat sedikit yang berbunga.

Ini teratai yang saya tanam sejak 2 tahun. Mula-mula nak tanam seksa ooooo….turun lombong dekat jalan masuk ke Sungai Buaya tu saya terjah tapi degil…akhirnya penyeduk saya yang patah!

Kemudian saya petik biji benih je…balik saya semai dan akhirnya berjaya juga saya mendapat petua mudah membiak teratai. Jangan sesekali mengorek anak teratai, mesti tak menjadi..mulakan dengan biji benih.
Ini pokok tongkat ali yang saya dapat masa menetap di Bentong, Pahang. Dan tinggi melangit dah.
Segala macam saya tanam, dari terung pipit ( terung belanda ) hinggalah ke pokok betik..semua di depan halaman..!
Pokok telipuk warna purple tu asalnya hidup segan mati tak mahu, hadiah pemberian adik ipar tetapi sekarang membiak sakan…dah serasi kot.

Abaikan je la pasu berkeriput saya tu ye…maklumlah tangan tak cukup seni nak buat cantik-cantik..
Antara sudut paling saya suka…. pokok banat ( yang saya kutip dalam parit tepi jalan dekat Kapar, Klang ) bersama pokok pegaga siam dan air terjun buluh yang di buat sendiri. Tempat mainan ikan-ikan saya.

A – H – A – D y a n g m e n c e r i a k a n ..!!
Hujan gerimis pagi minggu…..sejuk sangat. Menghirup udara bersih waktu gerimis macam ni…rasa rindu sangat, teringat mak kat kampung.

Dah rutin saya tiap hari pagi-pagi jenguk pokok, intai ikan……

Tengahari tu, adik ipar dan kakak ipar saya datang …so anak-anak saya dengan anak saudara semua berkubang.

Tuuuu…dari kejauhan si Aqmal sedang merenung .

Intai orang mandi.. he he he . Macam mengintai dalam hutan!

Angah memancing sambil control macho….takut ikan tergoda , katanya!


Suami saya membuat pengaut ikan baru..maklumlah dan ramai sangat nak tunjuk bakat menangkap ikan.

Akhirnya dapatlah juga 4 ekor untuk hidangan tengahari.

Sekelip mata jer…dah menjadi talapia stim….yummm…yummm…dengan sambal bunga kantan….juga yang di petik di belakang dapur.

Sebelum balik sempat petik buah tangan untuk tetamu….semuanya hasil dari taman rumah saya yang sekangkang anak kera tu……hiks!

Inilah hujung minggu saya………………… dan acara ini sentiasa berulang-ulang kerana adik beradik saya memang kerap bertamu ke sini dan saya memang gemar menghabiskan hujung minggu di rumah.
About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. intankamaruddin says:

    Wah ade bela ikan talapia skali???
    Menarik!!!~

  2. aria ayumi says:

    waaaaaaaa ade swimming pool kat umah mama… huhu nnt diya pi umah mama, diya terjun kolam renang dulu ye… mintak permission awal2.. takut kang berebut lak dgn anak2 mama… hak3 :))

  3. sayda says:

    siap ada swimming pool lagi..ikan tu mmg dr kolam kt umah tu je ek..bestnye..dah la tanaman sume cam kt kebun..huhu..
    sayda x penah lg tgk umah org kt bandar cani tau..best r umah k’jie..ni baru tgk gmbar..n k’jie mmg rajin la..nk jaga sume2 tu bukan senang.huhu

  4. *ambo jie* says:

    semuanya kawsn rumah mama ker…wahhh.. dasyat….paling menarik sekali kolam renang tuh..wahh geramnyer..lama tak merasa mandi kolam..kecik2 dulu mandi sungai kekeke… kat sini lak padang pasir jer ..takleh nak berenang…huhuhu

  5. Salam perkenalan..

    pB pernah ke kawasan perumahan ini.
    Rumah kawan kat situ..

    Mana tahu , kawan pB tu jiran Jie …

  6. zura lias says:

    bile tgk gambo kt rumah kak jie lame-lame..daya tarikan saya pada kolam kak jie…besttnye kalo dpt wat terjun tiruk kt situ…hikss…

    P/s: nnti kak jie letak le gambo terung pipit..x penah tgk..*blushing*

  7. KudeN says:

    mak aihh cantik nye cam tengok lam cite astro tu.. ape aa tajuk die.. bukan casa impian, yg satu lagi tu.. alaaa.. lupe laaa.. lame sgt tak tgk astro..

    tp bab yg irresistable, msti a bab makan2 tu.. urghhhhhhhhhh!! kensel jemput-jemput, nanti kalau saye dtg sy nak talapia stim ala Perancis ok.

  8. mikaounik says:

    geram saya bertambah kat pool puan kujie..eieieieieie..biler laa saya dpt berkubang..eieieie

  9. Noushy Syah says:

    Wahhh..besh besh, tantik arr kak Jie munya landscape…sedap mata memandang, ijau sana sini…

    ANd sedapnya ikan tuh,steam plak wahhh, eat with salads, dapnya!!!