orang yang baik hati

Ipoh Mali Talak Sombong Maaa….

Ipoh… Ipoh adalah sejenis tumbuhan yang getahnya digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Tapi saya tak pasti nama Bandaraya Ipoh itu asalnya dari tumbuhan beracun tersebut atau tidak. Yang saya tahu, tiap kali melalui Ipoh akan melepasi Terowong Menora. Bila lalu Terowong Menora mesti teringat Volkswagen kuning . Saya pun tak tau kisah Volkswagen kuning tu, cuma cerita orang. ย Gossip berkait.

Saya jarang masuk ke Bandaraya Ipoh. Selalunya melalui Ipoh untuk terus ke utara atau selatan. Pernah juga beberapa kali memasuki bandar Ipoh. Tiap kali singgah, masalah untuk mencari jalan untuk masuk semula ke Lebuhraya Plus berlaku.

Masa bercuti baru-baru ni pun kami berpusing juga mencari arah untuk memasuki semula lebuhraya. Jalan paling mudah, turunkan tingkap di persimpangan jalan dan jangan berat mulut untuk bertanya.

orang yang baik hati

Lelaki ini seperti baru balik dari kerja..

” ambil simpang kiri, kemudian terus… jumpa simpang trafik light ke dua ambil arah kiri…bla…. bla… eeeemmmm….ecnik ikut saya sajalah, saya pun nak ke arah sana”

Kami pun ikutlah ย motorsikal encik baik hati ini. Ipoh mali talak sombong maaaaa….

Sampai ke satu simpang tiga, encik baik hati ini memberi isyarat supaya kami teruskan sementara dia membelok ke kanan untuk ke destinasi dia. Alhamdulillah , akhirnya kami berjaya memasuki Lebuhraya Plus di Jelapang menuju utara.

 

Hai orang Ipoh… saya akan melalui Ipoh lagi esok pagi , balik kampung seminggu!

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Ipoh Mali Talak Sombong Maaa….”

  1. sebenarnya kalau kita masuk ke bandaraya Ipoh bukannya susah mana pun jalannya. yang penting kena yakin dengan papan tanda yang ada. heheheh. :p
    pernah duduk kat ipoh hampir 3 tahun. ๐Ÿ˜€

  2. betul tu… ramai rakan saya yang tiap kali dari selatan nak ke utara dan akan melalui ipoh, pikir banyak kali nak singgah ipoh, sebab takut sesat…hehe

    kalau ikut gambar kat atas tu, macam dah termasuk simpang kiri, kalau terus je, memang jumpe hiway dah, hehe

    nama ipoh memang asal dari pokok ipoh, ada satu di depan stesen keretapi ipoh..
    Jom terjah post menarik dari Rizal ..Tawaran Domain MurahMy Profile

    1. kalau tak silap, jalan tu ke port. lepas tu ada simpang yang akan ke silibin/gugusan manjoi/jelapang. heheheh. kalau nak ke highway, kena patah balik dan belok kiri, lepas tu terus je. ๐Ÿ˜€

    2. tapi kalau nak ke highway ikut silibin pun boleh je. rasanya terus sampai jumpa bulatan, ambik ke kanan. lepas tu terus je. jumpa lah highway ๐Ÿ˜›

    1. tak masuk bandar Ipoh kali ni…mcm selalu lalu highway terus je…hari tu mmg masuk jalan dlm bandar, nak jalan2 tengok Ipoh….

      1. sejak pembangunan semakin pesat kat Ipoh ni memang sedikit mengelirukan jugak jalan2 masuk ke bandar Ipoh ni kalau memang tak tau jalan..
        Jom terjah post menarik dari pipoq ..JemurMy Profile

    1. semulajadi kita suka nk membantu… kebetulan masa tu mmg nak lalu situ atau mmg tgh free… kalau org minta tolong rasa nak bantu sampaj berjaya

      mgkn grup tu cuma nak yakinkan keputusan yg diaa dah tau, dia ada org bagitau sama apa yg dia faham… dia rasa dah cukup dan yakin nak lalui jalan tu kot

Comments are closed.