” ada 2-3 teratakian anti aku , kak…..”
Sebagai Admins , Teratak Santai saya rasa bertanggungjawap untuk menerangkan serba sedikit mengenai hal tersebut.
Setakat hari ini, Teratak Santai mempunyai 1686 registered members. Dari jumlah tersebut ahli yang aktif dan sering menyertai aktiviti Teratak Santai hanya sekitar + 100 orang. Kebanyakkan yang aktif adalah ahli senior yang telah lama kenal dari 3 tahun. Ada juga ahli baru yang sering ikut serta tetapi saya rasa mereka bukanlah orang yang mempunyai attitude seperti itu.
Saya sendiri sebagai Admin Teratak Santai bukanlah disukai oleh semua orang tetapi selagi saya dapat menjalankan tugas saya menjaga kelancaran Teratak Santai , itu bukanlah masalah . Bagi saya setiap orang ada perbezaan pendapat masing-masing. Saya akan abaikan segala kata keji dari mereka yang tidak pernah membuktikan apa-apa selain dari membuang masa mencari dan menjaja kelemahan saya. Kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang kerana setiap orang mempunyai matlamat dan keinginan yang berbeza juga pandangan hidup yang berbagai.
Seseorang pernah beritahu saya bahawa kawan-kawan saya cuma berlaku baik kepada saya dihadapan saya sahaja sedangkan dibelakang mereka mengata-gata saya. Katanya kawan-kawan saya cuma baik dengan saya bersebab. Bagi saya itulah hak masing-masing untuk mempunyai perasaan sama ada suka benci atau menyampah tetapi saya tidak pernah berprasangka buruk terhadap kawan-kawan saya sama ada dari Teratak Santai atau Bloggers. Sehingga kini perasaan saya tidak pernah berubah.
Kepada makcik yang telah saya SMS itu, datanglah ke majlis kami ini. Hidup kita bukannya lama untuk kita bazirkan masa yang tidak seberapa ini dengan memikirkan hal remah temeh yang tidak langsung memberi faedah. Kami pihak Teratak Santai sentiasa berlapang dada untuk membina sebuah persahabatan. Tak perlu kita tergugat dengan mereka yang sentiasa mempunyai perasaan hasat dengki dan syak wasangk. Kita tidak pernah bahagia diatas derita mereka, kita tidak pernah senang diatas kesusahan mereka dan kita tidak pernah berjaya diatas kegagalan mereka.
Sekali lagi saya menjemput semua pembaca/ pengunjung blog saya ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Teratak Santai.
Jika engkau berdukacita renunanglah ke lubuk hati , dan kau akan temui bahawa sesungguhnya engkau sedang menangisi sesuatu yang pernah engkau syukuri ..
Post Lain Yang Berkaitan:



Hidup memang macam tu… jangan dipaksa kalau mendatangkan kesusahan kepada dia…
ODs last blog post..Di Malam Sepi, Aku Bermimpi…
peace !!
~ aku bebas musuh
ada keinginan Teh nak ke openhouse teratak santai, tapi apa kan daya banyak bonar jemputan hari ni..
amboi .. dpt anak buah lagi ekk .. tahniah.
Nak jumpa angah….
ermmm dengki perlu ada dlm tiap semua org..sbb manusia slalu xpenah puas dgn apa yg mereka ada dan apa yg org lain ada…
ermmmm..
apa pun selamat bergembira
yer benar arsaili…
nk pikir sedap dia jer,
x enak kite ader dia pikir?
huaahahhaa
*matila tolong jawab kan**
manusia pelbagai ragam..hidup biar sedap…ye tak kak jie