Jangan dibicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri sampai ke kaki tangga

Bila kau pandang bintang dilangit jangan lupa rumput di bumi

Semalam ajak anak bujang tu keluar, beli mesin potong rumput Bosch Art 23 Easytrim. Mesin seberat 1.7kg menggunakan satu tali dan satu mata pisau kekal sepanjang seinci.

Biasanya saya upah pemotong rumput majlis daerah, tetapi bila tiba giliran bulanan mereka lalu di sekitar rumah , saya tak ada di rumah.  Akhirnya taman sekangkang anak kera menjadi hutan hujan tropika paling subur ditambah dengan musim hujan sekarang.

Biasanya bahagian tanam tanaman ini minat suami, dia yang cari pokok, tanam dan uruskan.  Hampir 3 tahun dia di luar negara, saya cuba menguruskan apa yang perlu.

Kepada encik suami yang jauh dimata, maaflah saya tak mampu nak jaga semua.  Bukan kehabisan kudrat tetapi kelesuan semangat.

Kalau abang baca entri ini, saya dan Intan dalam perjalanan balik ke kampung.  Balik sehari saja jumpa mak abang.  Dah 2 hari kita tak dapat berhubung, mungkin talian internet di sana yang bermasalah.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Gamaknya apa perasaan cik abang yang jauh di mata tu, membaca entri ini…

    macam sayu jer kan?
    Jom terjah post menarik dari azieazah ..Ingat ni blog porno ker…?My Profile

  2. saya ada beli mesin potong daun pokok renek jenama Bosch gk. mmg best pakai yg tu. pokok kesinai saya nampak sekata je skg 🙂
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Penthouse Moden Di Kiev Rekaan 2B Group (Siri Keempat)My Profile

  3. wahhh..ada yea kak mesin rumput gitu?
    rase nak beli la..leh bt duit poket nie..cm sng je gune~hehehe
    Jom terjah post menarik dari Nabiel ..NIKON D3100 GADGET IMPIAN SEPANJANG ZAMAN!My Profile

  4. Wow, baru tahu ada mesin rumput model ni. Nampak selamat.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Tak selalu dapat naik kapalterbangMy Profile

  5. saye pernah pakai jenis ni. tak tahan lame sgt. Tp kalau buat keje kejap2, kire oklah.
    Jom terjah post menarik dari NoktahHitam ..Confused: Minister or ComedianMy Profile

  6. Dulu memang minat bertaman terutama cantum bunga kertas jadi berbagai warna tapi entah mengapa minat menghilang begitu tapi nasib baiklah diambil alih isteri kalau tidak taman jadi belukar juga lah.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..20112011My Profile

  7. macam takut² jea ank bujang tu..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Gadjet Impian Yang DiimpikanMy Profile

  8. Assalamualaikum,
    Ingatkan rumput kat stadium masa perlawanan bola sepak sukan SEA Malaysia vs Indonesia semalam…

    Selamat balik kampung
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Bola SepaK Sukan SEA 2011: Malaysia Juara!My Profile

  9. 1st time tengok mesin rumput macam ni..hehehe.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..iPhone 4S Gadjet Impianku..My Profile

  10. dah lama dah tamat..
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..iPhone 4S Gadjet Impianku..My Profile

  11. Akak..tak bahaya ke anak teruna tak pakai boot tu. Kang terbidas dengan batu kang. sakit jugak tu..
    Jom terjah post menarik dari iLa ..Drive Memalam.. Kurangkan silau..My Profile

  12. yg ni tentang mesin rumput ker atau pasal jaga tepi kain orang…? ambik positif la kalau ada orang jaga tepi kain kita…. jgn pandang orang, pandang apa yg dia nak sampaikan atau tegur….
    Jom terjah post menarik dari zack ..Hari Pertama dan Setelah 60 HariMy Profile

  13. Hampir terlupa:

    Sila pakai Personal Protection Equipment(PPE) walaupun ia hanya mesin rumput trimmer elektrik. Dulu ketika guna mesin rumput trimmer eletrik ini saya pakai safety boot, google dan bertopi walaupun ia leceh tapi atas faktor keselamatan.

  14. Dulu saya ada mesin rumput trimmer elektrik ini. Sebenar kegunaan mesin rumput trimmer ini untuk memotong kawasan yang tidak tercapai oleh mesin rumput tetapi telah disalah guna sebagai mesin rumput biasa. Lama juga mengunakannya hinggakan satu hari motor berasap dan terbakar. Cuba menghantar untuk pembaikan tetapi harga pengantian motor sudah sama nilai membeli unit baru.

    Saya dahulu mengubah suai benang trimmer supaya boleh guna banyak kali kalau tidak spool tersebut kena ganti sebab cepat sangat habis.

    Nasihat saya kalau guna mesin rumput trimmer elektrik ini tidak boleh on lama-lama nanti motor cepat panas kena pandai hendak sejukkan motor supaya tidak melampaui panas.

    Akhir sekali saya mengunakan mesin rumput tolak jenis green<—mesin rumput tolak mengunakan kudrat dan untuk trim guna gunting pokok. Badan sehat sebab keluar peluh.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Tirai 2011 belum dilabuhkan harga barang sudah naikMy Profile

  15. balik kampung kak jie…best

  16. semoga selamat pergi dan balik kujie
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..sebab dah terlanjurMy Profile

  17. Sama seperti jangan menjaga tepi kain orang..kain sendiri koyak kita x sedar
    Jom terjah post menarik dari ozzy ..FACEBOOK BUKAN FACEBLOGMy Profile

  18. salam..nak ty result GA ulangtahun perkahwinan ke 20 dh kuar ker yer??x jmpa entry pon..

  19. menarik! kat rumah tu walaupun ada mesin rumput tetap lalang tinggi sampai budak2 boleh celus nyorok dalam tuuu 😆
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..semput, serabut, sesak napas…. arrrghhhhh!! stress!My Profile