Jangan Salah Melabelkan Blog Ini

Ini entri boleh dikatogarikan wordless juga… kurang perkataan kerana sepatutnya mungkn 1500 patah perkataans edangkan entri ini hanya mempunyai word count 324 sahaja.

Dalam seminggu dua ini ada macam² isu peram sebenarnya yang bermain dalam fikiran. Beberapa teman rapat yang perasan perkara ini ada yang bertanya ” kenapa? entri tak macam dulu…. ”

Ada beberapa sebab sebenarnya

  • Anak saya sedang menduduki SPM. Sebagai ibu saya tak boleh nak buang masa sia-sia di depan komputer. Saya mungkin tak boleh duduk di sisi dia untuk memberi sokongan tetapi ada amalan yang boleh disumbang dari jarak jauh.
  • Saya sendiri juga ada jadual harian yang cukup padat.
  • Saya sedang ‘dibunuh secara diam-diam’. Saya telah dinilai secara salah oleh blogger. Saya sering dirujuk dalam bidang yang salah sehingga membunuh reputasi.

Saya sering dirujuk atau dilabel untuk blogger SERP atau blogger SEO. Rujukan tersebut adalah palsu kerana cuba baca keseluruhan entri ini, berapa peratuskah entri saya bertunjangkan kepada SEO?

Saya tak buat entri atau tutorial untuk menjadi blogger popular, 5 cara menjadi blogger terkenal , cara menjadi blogger hebat atau menjadi blogger berjaya. Cuba cari………. jumpa tak?  Saya cuma buat tutorial teknikal asas blogging saja.

Saya tak suka bermain dengan keyword untuk mendapatkan trafik jadi mustahil saya akan mengajar orang lain untuk tujuan tersebut.

Jadi saya bukan rujukan yang betul. Tolong jangan labelkan saya pada kategori yang salah.

Blog saya adalah blog peribadi sepenunya, jadi saya tidak terikat dengan sesiapa sama ada pelawat atau search engine untuk menulis mengikut standard yang ditetapkan.

Blog ini adalah jiwa saya, walau entri dihasilkan adalah sebaris tetapi ada makna besar bagi saya kerana cara saya menulis adalah metafora tersembunyi dari yang digambarkan.

Sebaliknya blogger yang menghasilkan SEO atau mengejar SERP, mereka tidak sesuai ‘membaca’ blog ini kerana keyword yyang difokuskan oleh saya boleh difahami oleh manusia bukan robot.txt.

Semua orang mengaku, tiap orang menjadi blogger dengan sebab berbeza, jadi kenapa gagal untuk memahami penyataan ini. Kita, awak saya dan dia berbeza.  Kita berada di dalam ‘kasut’  yang berbeza jenis dan jenama.

Saya tak update blog macam dulu² supaya ranking saya turun… supaya saya boleh bernafas dengan selesa.

kalau tak boleh jadi ubat, jangan jadi racun!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. silap label tu. ini blog peribadi la..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..3 seriesMy Profile

  2. harapnya janganlah macam tu kan..
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Izz Ammar Sudah Enam BulanMy Profile

  3. masa saya mula2 blog dulu, selalu nampak nama kak kujie di blog orang..diorang kata, blogger otai..jadi saya pun datanglah singgah ke blog ini..memang banyak info yg saya dapat dr sini..walaupun banyak cerita peribadi, tapi seronok utk dibaca..sebab ditulis oleh orang2 lama.. =)
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Izz Ammar Sudah Enam BulanMy Profile

  4. Isu Panas says:

    terebaik…
    Jom terjah post menarik dari Isu Panas ..Pertandingan Komen Terbanyak | GiveawayMy Profile

  5. adat la kak jie.. blog yg dulu underground dah jadi mainstream..

  6. saya suka baca blog kak jie, penulisan kak jie bagus, bila baca kena fikir dalam-dalam.

  7. Wah.. tanjung karang dkt dgn umah saya! hehe anyway blog akak kujie ni mmg best 🙂 tabik spring 😛

  8. kagum dengan kak jie..blog personal tapi ramai follower..harap dapat jadi macam blog ni jugak..
    Jom terjah post menarik dari paihujey ..Tips Keselamatan Jalan RayaMy Profile

  9. janganlah rasa terbeban sebab kita ada blog dan update punya pasal…. rilek jer…… biaq pi lah apa org nak kata…
    Jom terjah post menarik dari zack ..Wordless Wednesday #5My Profile

  10. betul tu..

    ajar add maths, maths, sains..kenapa kak jie?
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Pengalaman Menggerunkan Dibawa Naik Kereta Polis!My Profile

  11. kalau faham, memang ada info yang kak jie sampaikan tetapi bukan secara direct sebutir sebutir… mcm kelopak mawar…ada rahsia dari setiap kelopak..

    cewaaahhh….cikgu ajar subjek ape ye?
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tak Setuju Tak Apa , Cuma Mohon Untuk DifahamiMy Profile

  12. Waalaikumsalam…

    Terimakasih kerana memahami. Kak Jie tak perlu persetujuan semua orang atas pendapat ini, cuma perlukan sedikit pemahaman mengenai perkara sebenar.

    Ramai yg salah meletakkan blog ini pada kategori yang betul sehingga dia bukan membantu Kak Jie, malah membunuh secara senyap. Bila blog ini dirujuk sebagai blog SEO, pengunjung yang datang akan mencari mana SEOnya? Mereka akan kecewa dan ini akan memberi Kak Jie penilaian negatif.

    90% isi kandungan blog ini adalah kisah peribadi, pengalaman peribadi , jadi Kak Jie melabelkan blog ini sebagai blog peribadi . 10% mungkin ada fakta SEO tetapi masih juga kepada pengalaman sendiri bukan sekadar dimuatkan untuk engine carian.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tak Setuju Tak Apa , Cuma Mohon Untuk DifahamiMy Profile

  13. marah ke kak jie…uhuh.
    Jom terjah post menarik dari arena84 ..Bicara Agama – Siapakah Golongan Islam Yang Benar di Akhir Zaman?My Profile

  14. Fakarepain says:

    entri ni pon mmg dah metafora hbis ni kak jie.. hehe
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN INDIA VS MALAYSIA 16/11/11My Profile

  15. Walau niche kita berbeda Kak Jie tapi saya suka baca – baca konten anda baik itu gambar maupun posting artikelnya.
    Penyampaiannya sangat ringan dan apa adanya..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Kapan Waktu Yang Tepat Membangun Blog BaruMy Profile

  16. hasrulhassan says:

    Dunia maya .. dunia tanpa sempadan, tetapi punyai batas yang perlu diikut jika kita ada agama dan budaya. Wujudnya blog adalah untuk perkongsian info, perkongsian ilmu, percambahan pengetahuan, samada bersifat terus mahupun tidak.

    Blog adalah sesuatu yang ditafsirkan sebagai satu platform mensejarahkan pengalaman. Dari pengalaman kita belajar, walau ia bukan pengalaman sendiri. Dari sejarah kita jadikan sempadan dan tauladan, bahawa semua yang ada telah kita lalui.

    Bila blog telah jadi terlalu mengikut arus yang bertunjangkan materialistik, itulah jadinya. Menjadi penyebab banyak perkara, dari hasad dan dengki, dari tak puas hati hingga menjadi batu api.

    Sayang sekali bila dunia blog yang sepatutnya bersih dari anasir negatif (yang mana dah ada negatifnya), menjadi terlalu teruk sehingga menghukum orang lain.
    Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..Cadang Buat 2 Jenis Logo HalalMy Profile

  17. orang business memang tak reti nak berkawan dengan orang ke eh? risau plak aku nak buat bisness sendiri. orang kate ape nanti… “KIASU?” kiasu pasu kan.. hhahaha…

    pepatah cukup manis.. jangan meludah kelangit.. nanti kelaut… yak ak awwwwwww~ bhahahaha!

    p/s: ini blog kedua. owh welll… saya ade ekses yang boleh membuatkan awak jeles hokey hahaha!
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Ketuk-ketuk keyboard & Indoor PhotoshootMy Profile

  18. amboi siap bold komen, mengalahkan tuan tanah ni, hang memang pedas la man kalau bab mengomen, jadi kalau yg tak faham tu ataupun memang sengaja tak nak faham….

    satu pesanan tambahan, jgn menyusahkan hidup org dengan kepentingan diri sendiri

    bisnes adalah bisnes tetapi jangan campur adukkan dengan kehidupan peribadi org lain
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Wordless Wednesday #8 Outstation Kota Kinabalu, SabahMy Profile

  19. gelak dulu bleh kak jie? hahahaha… puas kawan membacenye. Mau menanah kalau yang paham tu. Masalahnye selalu tak paham bahasa. itu la pasai kan.

    basically… pada saya kan… hidup lebih selesa sekiranya update blog kaedah blogspot. betoi betoi rasa blog tu adalah kita punye. semakin turun ranking… semakin lega rasa hidup. boleh meneruskan urusan peribadi yang lain. kalau tak… dok tercangok la depan PC. Mengharapkan jumlah KOMEN bertambah macam menunggu ikan masuk tangguk.

    Menulis blog peribadi berbeza dengan blog niche. kalau “AWAK” nak pertahankan “TAG-LINE” sila buktikan. Blog peribadi dibuktikan daripada TAGLINE dan bukan niche. Kalau niche yang dikejar… sila ubah blog kepada DOMAIN yang lebih sesuai berbanding konsep keperibadian.

    Blog peribadi adalah sebahagian dari rentetan sejarah peribadi.

    “Saya sudi berkongsi sekiranya awak pandai menghargai”,

    “Saya tak pernah paksa awak bertandang… mahupon menghalang awak dari membaca”

    …Kerana itu saya biarkan ianya tanpa kata laluan. Jelas? Paham?

    Sekiranya awak membaca blog yang berkonsep peribadi secara LURUS, maka awak memang seorang yang bendul. Awak takkan boleh paham apa yang cube penulis sampaikan… melainkan si penulis cerita secara terbuka kepada awak sebutir-sebutir MENGAPA dan KENAPAKAH tulisannya begitu.

    BACK LINK, PING BACK, BOUNCE RATE, PR, SERP, SEO itu bukan nilai persahabatan untuk seorang penulis blog peribadi. Tanya pada diri… sejauh mana awak kenal dengan si penulis? Dia dah berkahwin? Anak berapa? Anak yang sulung Laki ke Perempuan? Eh… Penulis ni lelaki ke perempuan? Dia ni betul marah ke atau perli?

    Tajuk seterusnya adalah “KEGAGALAN MEMBACA LABEL KELUARAN”. Ye betul. Ingat blogger tadek label? Seorang pengamati dan pembaca blog pada aku sepatutnya betul-betul kana mengamati penulisan orang lain sebelum buat kesimpulan “Tentang Penulis. Lebih elok kiranya:

    1. bertindak mendiamkan diri terlebih dahulu akan sesuatu penulisan…
    2. pahamkan situasi sekeliling…
    3. membelek kesah-kesah terdahulu…
    4. memerhati setiap link back di dalam catatan…
    5. memerhati siapakah yang kerap bertandang untuk berkomen…
    6. memerhati corak komen dan jugak corak balasan dari pada komentar dan juga penulis…

    Dah paham? Baru la boleh buat LABEL KELUARAN. Pun begitu… tidak 100% kriteria di atas mampu menyukat sesorang penulis blog peribadi.

    Awak takkan paham kenapa dan mengapa… (ulang balik rangkap atas) Kenapa saya tulis komen panjang? Mengapa tak buat entri kat blog sendiri? – Ini adalah saya!

    Sekian, Terima Kasih 😀 Salam Ceria Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Ketuk-ketuk keyboard & Indoor PhotoshootMy Profile

  20. Kalau dah establish macam kujie ni tak payah sibuk SEO pun takpa, lain la kalau blogger cari makan… Hahaha…
    Jom terjah post menarik dari LensHp ..Sinar mentari ditirai dedaunMy Profile

  21. Kenapa org masih tidak memahami isi hati yg ada. dalam blog kakjie, blog kakjie hidup bagaikan nyawa, dan sy faham kakjie selesa di zon kakjie sendiri

    Cuma sy tidak faham sebab ada lagi blogger yg cuba mengheret kita berada di zon yg kita x suka

    Setiap blogger ada perasaan dan juga limitasi yg tersendiri, jadi kenapa perlu berkali2 tuan blog nak ingatkan

    Kena faham, dah jgn lah nak harapkan balasan bila buat sesuatu

    Anda ada cara anda, dan org lain ada cara dia yg tersendiri, x perlu kita mengambil kesempatan terhadap org lain, hormatinya

    Status, gelaran tu dtg dgn sendiri, dan kalau tuan blog pun dah jelas katakan blognya adalah blog peribadi sepenuhnya kenapa masih buat tak faham, atau buat2 tak faham

    Kesimpulannya, sy ter emo dgn entri ini dan nasihat sy, kepada blogger yg tertentu diluar sana, cukuplah2 menganggu zon selesa tuan blog, masing2 ada kehidupan tersendiri
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Wordless Wednesday #8 Outstation Kota Kinabalu, SabahMy Profile

  22. Bunyi macam Kak Jie hendak berpencen dari blogging sahaja?

  23. dunia blogging memang penuh warna. ada yang sekali sekala menyilaukan pandangan kita…. bila dah di usia macam kita ni kujie, kita dah tahu apa yang kita mahu . buat apa yang kita suka dengan kadar yang kita mampu. 🙂
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..kahwin paksa, senyum paksa dan rela dalam paksa tetap tak bestMy Profile

  24. samanosuke_04 says:

    jgn marah² kakjie.. huhu, saya rasa label yang diorang berikan tue tak bermaksud nak sakitkan kakjie.. kalo tengok pun, memang blog nie top di search engine, walopon blog nie top tanpa niat kakjie pun… mungkin tue hadiah untuk orang yang tulis blog secara ikhlas, yang nak share apa yang dia rasa.. sebab tue kakjie dapat SEO mantap..

    ada gak orang yang tulis blog semata² nak dapat SEO, tulis blog ikot keyword panas, walopon dia tatau pape dan takde passion pun dalam post yang dia tulis tue.. last² dia tak dapat gak ranking tinggi kat SE.. huhu..
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Tutorial Edit Gambar Jadi Hitam Putih versi Pro!My Profile

  25. banyak info dan panduan yang saya dapat dari blog ni.. 😀
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Pertama Kali Dalam Sejarah, Hujung Tahun Goyang Kaki Sahaja di SekolahMy Profile

  26. Assalamu`alaikum Kak Jie,
    saya sendiri tidak faham kenapa blog ini boleh digelar blog SEO. Setahu saya pemblog yang suka mengejar SEO adalah mereka yang rajin meletakkan berita,artis dan info internet dalam blog seperti saya.

    Blog ini pada saya, sangat simple dan mencerminkan blog yang sebenar. Jujur saya katakan bahawa saya sendiri merasa cemburu dengan metafora hebat yang telah Kak Jie ciptakan.

    Keep up the good work, saya jarang memuji tapi Kak Jie sememangnya layak untuk itu. 😛
    Jom terjah post menarik dari Mama Murai ..bermonolog dalam diri, berkhutbah kepada sisi gelapMy Profile

  27. hurmm.. 😐 nama pun blog peribadi..kalau nak tahu pasal seo kena carik la blog yang kebanyakan post blog pasal seo..
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Memartabatkan Bahasa MelayuMy Profile

  28. dah tertera tagline blog ni – kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti… ada jugak ye yang salah label blog ni hoho.

    saya baca blog ni bukan sebab tips SEO, saya baca sebab ada informasi dalamnya. anda pula? hihi

    baca blog ni la saya tau adanya kedai bata online dsb hehe
    Jom terjah post menarik dari afiqaiman ..Panduan Memperkenalkan Blog Berbilang PenulisMy Profile

  29. Gd luck untuk cik adik ambil SPM.. moga sukses
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Wordless Wednesday #21My Profile

  30. saya tak kisah kak jie…terbiasa baca jadi terbiasa juga melawat…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Mari belajar Loghat Perak TengahMy Profile

  31. syafiq_lomotech says:

    jadi rujukan kepada benda yang tak sepatutnya. memang menakutkan.
    ok la tu untuk bertenang agar dapat bernafas.

    saya dah jana $$$$$$$$$$$$$$$ anda bila lagi? 😆
    Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..Wordless Wednesday #27My Profile

  32. sama ler kita kak, xpernah kejar seo dan serp, bleh tgk betapa bersawangnya blog saya…haha
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Selamat Datang Ms.EeeMy Profile

  33. saya tak kisah semua tu, tapi kak jie tetap hebat dalam dunia blogging 😀
    alangkah indahnya kalau mak saya join sekali blogging..huhu
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Topup Kredit Telefon Bimbit Melalui CIMB ClicksMy Profile