Kejutan Mak Sambal Tahun Kerang

Tetiba pagi Isnin Intan cakap dia cuti sempena PMR.  Terus ajak balik kampung.  Kebetulan kelas pengajian saya pun cuti setiap minggu pertama.

Selepas berkemas apa yang patut, kami bertiga bertolak balik ke rumah mertua di Sabak Bernam.

Tinggalkan pesanan di Facebook suami beritahu dia kerana sejak seminggu kami terputus hubungan.  Menara telekomunikasi di tapak projek dia dipanah petir, tak boleh berhubung.  Internet ada di dalam pejabat sahaja. 

Sampai sekarang dia tak balas pesanan saya, entah baca entah tidak.  Kerja dia bukan mengadap komputer di dalam pejabat, mungkin sibuk di tapak pembinaan.

image

Pertama kali bawa Julie balik kampung. Nasib baik tak meragam.

image

Julie was here!

image

Berhenti di R&R Kuang (Highway Latar)

image

Travel Cat Blogger !

image

Sampai ke kampung lebih kurang jam 4.30 petang.  Mak masak Sambal Tahun Kerang. 

Sambal Tahun adalah masakan istimewa orang jawa yang menggunakan bahan utama lengkuas, cili api dan santan.   Kerang boleh saja diganti ayam, ikan  atau yang lebih istimewa gunakan belulang (kulit lembu).

Kalau nak resepi, baca di sini – Sambal Tahun Belulang

Selepas Zohor jap lagi kami balik semula. Saja ambil masa terluang buat kejutan untuk mak.

image

Layan halaman rumah mak yang berwarna warni … angin membuai, kicau burung bernyanyi…. kehijauan dan kedamaian.

Bestkan…. apa lagi korang ni… pi lah balik kampung jumpa mak.

Posted From My GT-i9300

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. tamannya indah sekali berwarna warni…kucingnya lucu action di photonya…

  2. Kucing join balik kampung 😀 Sambal tahun tak pernah makan, ni first time dengar. Boleh saya cuba nanti
    Jom terjah post menarik dari Khadeejah Hasmad ..Sakitnya Susu Tersumbat!My Profile

  3. aduhhh terliur plak tgk lauk kerang tuh, ermmm
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Mengkuang Dam – Best Jogging Place In PenangMy Profile

  4. wahh..kucing pun ikut sekali..
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..2 cara mudah untuk buat duit dengan JobdirumahMy Profile

  5. Kucing pun ikut jalan-jalan.
    Jom terjah post menarik dari Naziman Azlye ..5 Panduan Orang Awam untuk Menilai PendakwahMy Profile

  6. bagusnya kucing tuh… elok jer banyak naik kereta ya.. bagus2.. huhu~
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Kontes Review Klinik CintaMy Profile

  7. sekarang emak abah ada kat rumah … jadi tak boleh lah nak balik kampung …

    sambal tahun ni memang feberet lah kalau ada mesti nak makan je … lauk lain dah tak layan … nasib baik wife pandai buat.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Qurban hanya ibadah sunatMy Profile

  8. Sambal tu saya pernah makan, orang jawa mesti tau tu…kucing tu memang sporting habislah tak banyak ragam..
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Wifi Lembab Jadi LajuMy Profile

  9. Buat sambal satu piring, pasti pedas tu kalau kita menghabiskaannya
    Jom terjah post menarik dari Rina ..About Mod_Rewrite And How To Set Up / Enable In Apache ServerMy Profile

  10. Wah kat rnr julie tak lari ye, baguslah
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Top komentator September 2013My Profile

  11. Dekat syok la balik kg,sambal tahun gitu rupanya 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Repair Canon 1100d RosakMy Profile

  12. oh siap bawak kucing balik kampung lagi , hehe…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Nasi Ayam Penuh Kasih SayangMy Profile

  13. LATAR highway tu macam tak banyak kereta ker….?
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Kasut Swat OriginalMy Profile

  14. emm tak pernah makan… rasa dia macam mana ek… pedas tak?
    Jom terjah post menarik dari staibaqhang ..Orkid mama berbunga lagiMy Profile

  15. serius xpernah rasa sambal tahun tu….mcm best je…
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Graduan Terlalu Memilih PekerjaanMy Profile

  16. Saya baru balik kampung dua hari lepas 🙂
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..How To Post Tall Pictures On BloggerMy Profile

  17. Jinak dan pandai bawa diri. Dahulu ketika bela kucing saya akan bawa kucing bersiar-siar didalam bakul basikal.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Dari Kellie’s Castle ke Pasar Malam Brinchang Cameron HighlandsMy Profile

  18. Sabtu nanti nak jengah mak merta kat Bota, nak balik rumah mak sendiri alahaiii jauhnya kak… Perlis nun tapi bulan Nov nanti balik jugak kot.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Cuti Edisi UPSR 2013My Profile

  19. Comelnya Julie tu.